05 May 2014

PENYAKIT ASMA PENYEBAB KEMATIAAN

BAHAYA Penyakit Asma


Asma Penyakit Paru-Paru Kronik... BETUL ke????

Masih ramai yang menganggap pesakit asma tidak boleh terbabit dalam kegiatan aktif, bimbang mereka akan ‘semput’. Malah ada ibu bapa yang meminta doktor memberi surat supaya anak mereka dikecualikan daripada program tertentu khususnya jika ia membabitkan banyak aktiviti fizikal.





sakit asma



Asma adalah antara penyakit kronik kanak-kanak yang paling lazim di seluruh dunia sehingga ada pakar perubatan menganggapnya sebagai wabak. Di Amerika Syarikat saja dianggarkan ada 22.2 juta pesakit asma dan 6.5 juta daripadanya adalah remaja di bawah 18 tahun (data 2005). Asma dihidapi kira-kira 8.9 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.

Kajian menunjukkan 85 peratus kes asma di kalangan pesakit kanak-kanak yang tinggal di bandar adalah tidak terkawal. Manakala di kalangan pesakit yang kerap mendapat serangan asma, hanya 20 peratus yang berjaya mengawal penyakit mereka.

cegah asma

Keadaan di negara kita juga tidak jauh berbeza. Kajian pada 1995 mendapati 14 peratus remaja berusia 13 hingga 14 tahun di Lembah Klang menghidap asma. Hasil kajian juga menunjukkan pertambahan kes asma kanak-kanak dan dalam masa 10 tahun kemasukan pesakit kanak-kanak ke hospital akibat asma meningkat 20 kali ganda!
Menurut Perunding Paediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Azam Mohd Nor, asma adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan kanak-kanak yang menduduki tangga ketiga kepada punca kemasukan ke hospital di kalangan kanak-kanak bawah 15 tahun. Satu pertiga daripada keseluruhan kes kecemasan paediatrik adalah membabitkan kes asma.

Asma juga menjadi punca utama ketidakhadiran kanak-kanak ke sekolah. Dianggarkan empat juta kanak-kanak yang mengalami sekurang-kurangnya satu serangan asma kehilangan 12.8 juta hari persekolahan akibat penyakit ini.
Cegah asma

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan pada saluran udara pada paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan (alergen), dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk,” katanya.

Keberatan sesetengah ibu bapa membenarkan anak yang menghidap asma menyertai aktiviti cergas memang berasas kerana senaman atau sebarang kegiatan membabitkan banyak pergerakan adalah antara faktor pencetus serangan asma.

Untuk mengelakkan masalah ini, kanak-kanak asma selalunya diberi kelonggaran untuk duduk di tepi padang atau gelanggang ketika kawan-kawan bersukan. Kebanyakan kanak-kanak ini sebenarnya ingin merasai keseronokan itu tetapi kebimbangan ia akan mendatangkan mudarat menyebabkan mereka rela menjadi pemerhati.
 

Mealshake Omega Guard
Jadi tidak hairanlah jika pesakit asma sering dilabel sebagai orang yang lemah sedangkan mereka boleh hidup cergas dan aktif seperti orang lain jika penyakit mereka dikawal dengan baik.

Bagi kebanyakan orang, asma bermula sejak kanak-kanak. Biasanya masalah dapat dikesan ketika mereka berumur antara dua hingga lima tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan sepanjang hayat, terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya.

Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat. Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi ia dalam keadaan terkawal.

Keadaan ini membezakan kualiti hidup setiap pesakit. Asma yang terkawal dan stabil membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang baik - sebaik individu sihat.

Bagi kanak-kanak asma, kualiti hidup dianggap baik jika dapat bermain, pergi ke sekolah dan tidak perlu ditahan di hospital untuk mendapat rawatan. Bagi orang dewasa pula, kualiti hidup dan prestasi kerja terjejas jika kerap mengambil cuti sakit.


Bagaimana kita boleh menentukan sama ada si kecil menghidap asma?

Bukan semua pesakit akan menunjukkan gejala yang sama. Bagaimanapun antara gejala yang paling kerap dialami ialah batuk berterusan ketika bermain, ketawa atau menangis, dan lebih teruk pada waktu malam; nafas anak menjadi kasar, pendek dan cepat (tercungap-cungap); pernafasannya berbunyi kasar.

 
FAKTOR pencetus serangan asma:

1. Selesema dan flu
2. Pencemaran udara
3. Kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
4. Senaman atau aktiviti cergas
5. Sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
6. Sesetengah ubat dan persediaan herba
7. Asap rokok
8. Cuaca sejuk
Bagaimana SHAKLEE membantu Kanak-Kanak yang mengidap ASMA

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

JIka kita mempunyai anak penghidap asma, anda tentu sekali gusar dan susah hati kan? Ialah anda terpaksa berualang alik ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan NEB untuk anak anda.
Seksa kan bila tengok anak meronta-ronta semasa menerima rawatan NEB tu kan?

 
SET CADANGAN ASMA UNTUK KANAK-KANAK
 
OmegaGuard dan MealShake Shaklee


SET CADANGAN ASMA UNTUK DEWASA
 
Alfalfa, Omega Guard dan Vita-C

Alfalfa, Omega Guard, VitaC
Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulen yg diesktrak dari ikan laut dalam yg bersifat panas, cuba bayangkan mcm mana ikan ni boleh hidup dalam lautan yg sejuk dgn tekanan yg sgt tinggi tu, Ini adalah kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi
Omega-3 boleh mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan, yang boleh memberi manfaat kepada orang-orang dengan asma. Satu kajian kecil daripada 29 kanak-kanak dengan asma mendapati bahawa mereka yang mengambil minyak ikan selama 10 bulan telah kurang gejala daripada orang-orang yang tidak mengambilnya.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati, Kita mencuba apa jua cara mengatasi segala sesusatu penyakit. Selebihnya kita memohon kepada NYA, In Shaa Allah akan terlaksana. 
 
 

No comments: