Ya Allah! Sejak serangan Israel keatas Bumi Gaza, terlalu ramai nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Kejam sungguh Israel!
Di laman-laman sosial tidak kurang juga yang mengutuk keras kekejaman Israel. Bermacam-macam yang cuba dilakukan untuk menghentikan serangan Isreal termasuk la boikot memboikot produk keluaran mereka.
MAMPUkah? Hinggakan Shaklee juga tidak terlepas menjadi isu hangat di laman sosial yang dikatakan merupakan salah satu penyumbang kepada laknatullah Israel.
Ini membuatkan saya terkedu, benarkah? Saya pengedar Shaklee, saya menggunakan hasil penjualan produk Shaklee untuk menderma ke Tabung Kecemasan Gaza.. Setiap RM1 hasil daripada penjualan produk Shaklee telahpun saya sumbangka ke Tambung Kecemasan Gaya.. Tapi Shaklee menyumbang ke Isreal???
Alhamdulillah isu itu akhirnya terjawab. Nyata Shaklee bukan penyumbang kepada Israel.. Memo yang di keluarkan pihak pengurusan Shaklee membuatkan hati saya berbunga-bunga.
Bukan saya tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang ingin memboikot ini dan memboikot itu. Tetapi bagi saya kalau boleh ELAKKAN daripada membeli dan menggunakan produk yang telah disahkan penyubang kepada pihak ZIONIS.
Daripada kita kecoh boikot sana boikot sini, post sana post sini, rasanya lagi afdal rasanya jika kita menderma ke Tabung Kecemasan Gaza. Mungkin ianya mampu meringgankan beban mereka. InsyaAllah.
Mendermalah semampu dan seikhlas kita.. Pray For Gaza.
No comments:
Post a Comment