22 December 2014

BAD MOOD? STRES? |12 MAKANAN ATASI EMOSI YANG TIDAK STABIL

Bad Mood? Stres? Lagi-lagi bila hari ISNIN yang sering dikaitkan dengan hari yang paling sibuk, secara langsung menjadi hari yang menyebabkan emosi kita tidak stabil atau bad mood.. Bila dah bad mood confirm akan membawa kepada stres.. Tak kan nak biarkan je bad mood tu mengusai diri kita seharian..

Apabila mood tidak menentu, kita akan lebih cenderung menikmati makanan enak tanpa berfikir panjang, janji perut kenyang. Sedangkan belum tentu makanan yang kita ambil itu boleh menghilangkan stres, silap haribulan akan menyebabkan berat badan kita semakin bertambah. So, bagi yang rasa-rasa diri tu bad mood atau stres, boleh amalkan salah satu daripada 12 makanan yang mampu atasi emosi yang tidak stabil ini.

12 JENIS MAKANAN ATASI EMOSI YANG TIDAK STABIL


1. Daging

Ia mengandungi zink yang tinggi dan vitamin B yang membantu menghilangkan stres

Daging mempunyai kandungan zink yang tinggi


2. Asparagus

Asid Folik yang ada pada asparagus membantu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membawa rasa bahagia dan nyaman

Asparagus
Asparagus kaya dengan Asid Folik

3. Susu

Kandungan protein dan kalsium tinggi yang digandingkan bersama bijirin pilihan akan menjadikan ianya salah satu penghalau stres dan sarapan lazat untuk kita

susu dan kacang badam
Susu dan Kacang Badam mampu membantu atasi stres

4. Kacang Badam

Mengandungi Vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang merupakan salah satu sebab utama stres pada kita. Sebab itulah, setiap kunyahan membuatkan kita merasa puas dan membuang emosi berlebihan.

5. Blueberi

Kandungan vitamin C yang tinggi dapat membuatkan fikiran kita lebih tenang dan tahan dalam menghadapi tekanan.

Blueberi


6. Tuna

Ia mengandungi vitamin B6 dan B12 yang dapat menangai stres. Malah, tuna juga rendah lemak.

7. Sup

Sup mengandungi bahan dari protein, vitamin dan mineral lain. Ia dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan menenangkan saat kita menikmatinya.

8. Telur

Ia mengandungi asid amino yang bergabung dengan tryptophan yang membuatkan otak dan badan kita menjadi lebih rileks.

9. Madu

Madu dapat melepaskan tekanan yang dihadapi di dalam badan dan bahagian otak menjadi lebih tenang. Tambahkab madu dalam susu, teh atau makanan lain.

Gandingan Mantap Teh dan Madu dalam mengatasi Stres

10. Teh

Minuman ini mampu menenangkan kerana kandungan L-theanin dan flavonoid yang membantu meredakan tekanan dengan menambahkan teh dengan lemon atau chamomile.

11. Makanan Laut

Makanan laut sangat kaya dengan kandungan magnesium, zink dan selenium yang memberi manfaat untuk meredakan tekanan dalam badan.

12. Coklat Gelap

Coklat gelap mengandungi tryptophan dan mampu mengeluarkan hormon serotonim

Coklat Gelap dikatakan lebih baik untuk kesihatan berbanding Jus buah-buahan


SUPLEMEN SHAKLEE MAMPU MEMBANTU MENGATASI STRES


Set Budget Atasi Stres dengan Suplemen Shaklee



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

No comments: