04 December 2014

OH TIDAK! URIN JADI WARNA KUNING SELEPAS AMBIL VITAMIN | KENALI WARNA AIR KENCING

"Urin saya dah jadi warna kuning pekat pulak selepas mengambil B Complex.. Tak Bahaya ke?" 
Urin Kuning
Urin Jadi Warna Kuning Lepas ambil Vitamin

Ini adalah feedback yang sering di berikan oleh mereka yang mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee terutamanya yang mengandungi B Complex. Sebenarnya warna urin biasa ialah kuning pucat atau cair.

Namun, apabila mengambil B Complex atau sapa saja suplemen yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah kepada warna kuning pekat yang terang dan cerah. Ini adalah normal kerana vitamin B merupakan vitamin larut air dan Reboflavin yang tidak diserap akan disingkirkan melalui air kencing dan menjadikan warna kuning kepekatan kepada urin.

Kenali warna urin atau kencing dan simpton-simptonnya

  • KUNING CAIR  adalah warna urin normal
  • KUNING CERAH adalah warna urnin akibat pengambilan Vitamin B Complex
  • KUNING PEKAT  adalah disebabkan oleh dehidrasi (kurang minum air) atau akibat pengambilan Vitamin B Complex
  • KECOKLATAN menunjukan pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
  • OREN adalah dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
  • KERUH adalah mengalami jangkitan kencing kotor (UTI)
  • KEMERAHAN menunjukan seseorang yang mengalami jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan dengan buah pinggang
  • KEBIRU-BIRUAN adalah kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue syndrome
Kenali Makna Warna Air kencing
Tiada yang perlu dirisaukan jika urin berwarna kuning cerah. Ianya merupakan pentanda yang baik kerana tubuh kita mampu bertindak balas terhadap Vitamin B yang kita ambil. Namun begitu, sekiranya warna urin bertukar menjadi warna yang luar biasa tidak seperti senarai warna diatas, sila lah berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera.

Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

No comments: