05 October 2014

APA ITU PENGORBANAN?? SANGGUPKAH KITA BERKORBAN?

Pengorbanan.. Apa yang kita tahu tentang pengorbanan? Sangguplah kita berkorban? Mungkin bagi pasangan kekasih yang sedang hangat memadu cinta asmara, semua sanggup berkorban.. Korban cinta dan macam-macamlah katakan... Itukah makna perngorbanan?

Sanggupkah Kita Berkorban
Apa Itu Pengorbanan? Sanggupkah Kita Berkorban? 

Pengorbanan dapat dilihat dalam pelbagai sudut.. Sama ada pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, pengorbanan sorang ayah kepada anaknya, pengorbanan seorang suami atau isteri, dan pengorbanan seorang anak kepada kedua ibu bapanya... Tidak kurang juga pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencapai sesuatu yang diredai olehNYA.

Apa pun makna pengorbanan kita, biarlah ia berlandaskan kepada pegangan dan ajaran Islam. Sebagai umat Islam, kita mestilah sentiasa patuh dan taat kepada titah perith Allah SWT sepertimana patuh dan taatnya Nabi Ibrahim A.S dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ismail A.S.  Ketaatan kita kepada perintah Allah WS hendaklah dizahirkan dengan cara menjunjung syariat Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah dan menjadikan ajaran Islam sebagai cara hidup kita.

Mudah-mudahan kita akan dapat mencontohi sifat kehambaan dn ketakwaan Allah SWT seperti yang telah ditunjukkan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Sebagi umat Islam, kita perlu bersama-sama mengenang harga sebuah pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ibadah Korban yng dilaksanakan merupakan lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam, yang akan memperolehi keredaan Allah SWT di dunia dan Akhirat. Ibadah Korban yang kita lakukan pada hari ini juga merupakan satu tanda kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Ibadah korban ini juga memperingatkan kita tentang rezeki yang dikurniakan olehNya, agar umat Islam lain yang kurang berkemampuan dapat sama-sama berkongsi kenikmatan yang diperolehi. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan nikmat kesihatan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT. 

Selamat Hari Raya AidilAdha daripada saya sekeluarga biat semua umat Islam di Malaysia dan juga di Seluruh Dunia. Fahamilah makna pengorbanan yang sebenar dan hargailah setiap pengorbanan yang telah berikan oleh insan-insan disekeliling kita. 


With Love,
MamaMia


No comments: