Baru-baru
ini saya memberanikan diri menonton wayang tentang cerita anak patung yang
berhantu “Before the Conjuring There Was Annabella” atau lebih glemer
“Annabella”.. Kira seram juga lah jalan ceritanya.. Bila saya fikir-fikir balik
jalan ceritanya macam berkisar pada kisah benarlah pulak… Maka, dengan rajinnya saya buat searching dengan Mr Google..
![]() |
Kisah Benar Anak Patung Annabelle |
Rupa-rupanya
anak patung Annabelle merupakan kes yang paling luar biasa yang menjadi
tumpuan oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dengan kes
paranormal pada awal tahun 1970 yang direkodkan dalam buku Demonologist.
Menurut
pembacaan saya, pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy
Ann Doll antik dari kedai barangan lama untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu
Donna bersempena dengan hari lahirnya. Ketika itu, Donna ialah pelajar di kolej
yang bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di
sebuah pangsapuri kecil bersama rakannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat
patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas
katilnya dan tidak merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah setelah beberapa
hari kemudian.
![]() |
Before The Conjuring There Was Annabelle |
Ketika
itu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan mengenai patung
Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada
satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak
patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang
juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja
makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di
atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas
katil dengan pintu yang tertutup rapi.
Pada
suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle tu dan
sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun
mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri
Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah
seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang
tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan
untuk mendapatkan nasihat pakar.
Tidak
lama kemudian, penyiasat itu menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada
semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal
di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa
mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan
Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak
patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati
dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan
Donna dan Angie.
![]() |
Tempat penyimpanan patung Annabelle |
Sehingga
sekarang, patung Annabelle telah disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau
disentuh oleh sesiapa sekalipun kotak tempat simpanannya.
Apapun cerita disebalik anak patung Annabelle ini, kita sebagai hamba Allah hanya perlu takut kepadaNya yang satu. Semua ini adalah angkara syaitan yang ingin menyesatkan umat Nabi Muhammmad di muka bumi ini.
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment