23 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | LEMAK BAIK UNTUK TUBUH

LEMAK oH LEMAK...
Sebut je pasal lemak kat badan semua kata tak suka.. Macam-macam presepsi kita tentang lemak sedangkan kita sebenarnya tidak tahu pun lemak tu apa? Jenis-jenis lemak? Kebanyakkan diantara kita cuma tahu lemak tu mengemukkan badan, menggeleber kat perut, lengan kiri kanan.. betul ke tidak?

Sebenarnya lemak ni terbahagi kepada dua.. Lemak jahat dan lemak baik.. macam kelakarlah pulak bunyinyakan, tetapi inilah yang sebenarnya. 

Lemak baik vs lemak jahat
Lemak Baik Vs Lemak Jahat 

KITA melakukan pengorbanan yang amat berharga kepada badan sekiranya dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan. Bagaimanapun jangan sampai keterlaluan kerana pemakanan yang tiada lemak langsung boleh membunuh kita secara perlahan-lahan.


Lemak
Jenis dan sumber utama lemak yang perlu ditambah dan dihindari

Sehingga kini masih ramai skeptikal terhadap lemak dan menganggap ia sebagai bahan yang memburukkan kesihatan. Hakikatnya ia adalah antara bahan penting yang membolehkan kita hidup dengan sejahtera kerana lemak adalah sumber penting untuk tenaga, melembapkan kulit, membolehkan organ berfungsi dengan baik dan menyingkirkan bahan toksin dari badan.

Lemak amat diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan, mengurangkan risiko diserang penyakit jantung, merendahkan tekanan darah, mengelakkan keradangan terutama dalam sistem pencernaan dan sendi serta mengekalkan kesuburan.

Bahkan makanan yang mengandungi lemak rasanya jauh lebih sedap dan menyelerakan. Fungsi dan manfaat lemak ini bagaimanapun sering ditenggelami pelbagai keburukan lemak seperti yang dialami kebanyakan orang terutama apabila mereka mendapat serangan jantung.

Pakar Pemakanan dari Kanada, Dr Udo Erasmus menegaskan bukan semua lemak itu memudaratkan kerana badan amat memerlukan jenis asid lemak perlu seperti omega-3 dan omega-6 untuk berfungsi dengan baik.

Memang benar semua minyak yang berasaskan sayur-sayuran tidak mengandungi kolesterol kerana kolesterol hanya wujud dalam makanan yang berasaskan haiwan.

Katanya, ada tiga proses yang boleh mengubah ciri baik minyak kepada tidak baik iaitu hidrogenasi - menjadikan minyak cecair ke bentuk beku, lebih stabil dan bersifat seperti plastik. Proses ini menyebabkan kemusnahan molekul dan mengubah susunan molekul ini menjadi `rantaian asing' kepada badan.

Proses inilah yang menjadikan asid lemak perlu bertukar kepada asid lemak trans (dengan susunan molekul berpilin dan kompleks). Bahan-bahan seperti marjerin, lelemak haiwan atau sayur serta minyak separa hidrogenasi juga mengandungi banyak asid lemak trans.

"Antara makanan yang mengandungi banyak asid lemak trans (hidgrogenasi atau separa hidrogenasi) ialah kek, biskut, biskut lemak, coklat, sup segera, sajian pencuci mulut, kerepek, mentega kacang, roti dan makanan ringan," kata

Asid lemak trans dikenal pasti menjadi faktor risiko utama penyakit jantung, mengubah sistem pertahanan badan, mengganggu fungsi insulin, mengurangkan penghasilan hormon testosteron dan meningkatkan penghasilan sperma tidak normal serta boleh mempengaruhi kehamilan.

Kedua ialah menggoreng. Memanaskan minyak sehingga berasap boleh mengubah susunan semula jadi molekul minyak yang boleh menjejaskan fungsi sel dan menyebabkan masalah kesihatan membuat salur darah menjadi keras serta kanser.

Ketiga ialah proses penapisan dan `pengharuman' yang menghasilkan minyak tanpa warna, bau dan rasa. Proses ini katanya akan mengubah lebih banyak susunan molekul minyak dan menambah paras toksik minyak.

"Kebanyakan minyak masak mengalami 0.5 hingga satu peratus perubahan molekul atau satu camca teh (15 mililiter). Walaupun jumlah ini nampaknya sangat kecil tetapi ia mengandungi kira-kira 100,000 molekul toksik.

"Malah kebanyakan orang menggunakan tiga atau empat camca makan minyak untuk memasak makanan. Jadi fikirkanlah berapa banyak bahan toksik yang akan masuk ke dalam badan kita.

"Jika minyak itu selalu digunakan untuk menggoreng, jumlah molekul toksik akan bertambah menjadi tiga hingga 10 kali ganda. Kebanyakan minyak mengandungi dua peratus fitokimia yang amat penting tetapi bahan ini musnah ketika proses penghasilan minyak," katanya.

Malah ada kajian menunjukkan apabila minyak dipanaskan sehingga melebihi 150used Celsius, ia akan mengubah ciri minyak daripada memberi perlindungan terhadap mutasi genetik (perubahan bahan baka) kepada menyebabkan mutasi.

Dr Merasmus bagaimanapun menegaskan bukan semua minyak memudaratkan kerana kita memerlukan 15 peratus tenaga daripada lemak tetapi pengguna perlu bijak memilih dan menggunakan minyak yang mengandungi asid lemak Omega-3 dan omega-6.

Menurutnya minyak yang panjang jangka hayatnya kurang baik untuk kesihatan dan justeru itulah kita disaran mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.

Apakah sumber asid lemak omega-3 dan omega-6? Walaupun ada yang mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) tetapi Dr Erasmus menyarankan supaya dua asid lemak ini diperolehi daripada makanan seperti biji flax, kacang pea, kacang kuda dan dal bagi omega-3.

Manakala bagi omega-6 pula boleh didapati daripada biji bunga matahari dan bijan. Bagaimanapun katanya, amalan pemakanan yang seimbang sebenarnya sudah membekalkan asid lemak omega-6 yang mencukupi.

Malah beliau juga tidak menggalakkan pengambilan minyak ikan kerana ia mengandungi lebih banyak kerosakan berbanding minyak masak biasa iaitu antara tiga hingga lima peratus.

Sebaliknya menyarankan khasiat daripada minyak ikan itu diperolehi daripada ikan segar yang dimasak dengan cara sihat iaitu menggunakan air sama ada rebus, kukus atau reneh dan bukannya goreng atau bakar.

Bahkan kita juga perlu memastikan pengambilan asid lemak omega-3 dan omega-6 ini dalam nisbah yang betul iaitu dua ke satu.

Kedua-dua asid lemak ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan kulit, meningkatkan tenaga dan kecerdasan otak, menajamkan daya tumpuan, menseimbangkan emosi, merendahkan risiko sakit jantung dan kencing manis serta memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang.

Kekurangan kedua-dua asid lemak ini boleh menyebabkan masalah ingatan, kemurungan, cepat penat dan bagi kanak-kanak, mereka berisiko mengalami masalah cemerkap (kelam kabut) dan kecerdasan terbantut...





No comments: