24 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | AMALAN ROHANI YANG TERSEMBUNYI



Amalan rohani yang tersembunyi... Cuba kita perhatikan apa amalan kerohanian yang telah kita lakukan. Tentu kita ada sesuatu amalan yang telah sering kita lakukan secara konsisten sejak lama dulu.. Ataupun belum pernah melakukan apa-apa amalan kerohanian ini.

Terus terang saya hanya mengenali dan mengamalkan amalan kerohanian ini sejak saya mengenali perniagaan Shaklee.. Hanya mengenali sejak saya mula bergaul dengan SID Shaklee yang lain.. Saranan seeorang leader ketika memberithu rahsia kenapa dia boleh menjalankan perniagaan Shaklee dengan lancar sedangkan ada ramai lagi SID diluar sana tidak.

Memang ada orang yang lebih cenderung untuk melihat amalan luaran atau kebijaksanaan tertentu pada seseorang yang berjaya. Ada pula yang lebih cenderung untuk mengetahui amalan rahsia kerohanian seseorang yang berjaya. Begitu juga dengan saya... Masing-masing dengan pendapat tersendiri. Ada yang kata amalan rohani lebih penting. Ada pula yang kata amalan luaran dan kebijaksanaan lebih penting. Ada pula yang kata perlu ada gabungan kedua-duanya.

Maklumat ini dikongsikan oleh salah seorang daripada leader saya yang cuba mengorek rahsia amalan rohani hidup ringkas yang sering diamalkan dalam kehidupan sehariannya... selain itu, saya juga mengambil sedikit info dari beberapa blog untuk perkongsian kita bersama.. 

Kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa jika kita merasakan diri kita lebih berjaya daripada orang lain, perasaan itu tidak semestinya benar. Barangkali orang yang kita sangkakan berjaya itu sebenarnya merasakan perkara sama. Dia rasakan bahwa kita pula yang jauh lebih berjaya daripadanya.

Itulah lumrah hati manusia. Kita tidak pernah rasa puas dengan apa yang kita ada. kita mula berpusing melihat orang lain lalu membandingkan apa yang dia ada, tetapi kita tak ada.

Untuk membuat kerja perbandingan itu memang mudah, oleh kerana amalan ini kita amalkan sejak kecil lagi sampai dewasa, maka dalam masa kurang dari satu saat, kekurangan kita berbanding orang lain akan dapat disenaraikan.

Sejurus selepas itu, kita lalu menarik nafas panjang. Merenung jauh dan mula menyesali diri sendiri. Rasa merendah diri, rasa kekurangan dan bermacam-macam campuran rasa lain yang akhirnya menimbulkan perasaan tidak bahagia.

Bukankah itu satu kerja bodoh?

Kita sedang menikmati kehidupan yang aman, merasa lega dengan apa yang kita ada, tiba-tiba kita menoleh pada jiran dan mula membuat kiraan apa yang kita tak ada berbandingnya dan seterusnya mula bersedih. Memang satu amalan yang cukup bodoh jika sengaja mencari pasal untuk merasa sedih. Membuang masa! 

Amalan rohani hidup ringkas paling utama
Berdasarkan pemerhatian itulah maka saya bertekad untuk hanya melihat diri saya sendiri dan membanding diri saya hari ini dengan yang semalam. Membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain adalah satu perkara yang perlu dielakkan seboleh mungkin walau apapun yang berlaku.

Itulah yang saya cuba amalkan untuk mengukuhkan jiwa agar tidak buat kerja bodoh tunduk dan kecewa setiap kali bertemu orang yang kita rasa lebih dari kita. Saya mula amalkannya sejak buat keputusan untuk berniaga secara online mahupun offline awal-awal dulu. Sejak itu saya berusaha memujuk hati agar jangan buat perbandingan antar saya dengan orang lain.

Jika dia kaya ratusan juta dan saya cukup makan untuk satu keluarga, biarkanlah begitu keadaan hartanya, kerana dia lain saya lain. Lagipun tidak ada pengadil yang sedang mengambil kira markah antara dia dengan saya berapa jumlah harta masing-masing…kenapa kita nak kisah?

Apa yang penting, kita sasarkan apa yang kita mahu dan berusaha secara konsisten sehingga mencapainya. Bukannya membuat sasaran untuk menjadi lebih kaya dan berjaya daripada si anu atau sesiapa saja, kerana itu cukup meletihkan.

Senarai amalan rohani hidup ringkas

Berikut saya senaraikan beberapa amalan rutin yang sudah diamalkan sejak lama dulu dalam kehidupan seharian.

Beristigfah 100 kali, berselawat 100 kali dan berzikir La Ila Hail Lallah 100 kali. Amalkan sekali sebelah pagi dan sekali sebelah malam. Jadikan ini amalan rutin.

Berjalan kaki setiap pagi sekurang-kurangnya selama 45 minit sambil berzikir nama-nama Allah seperti berikut:
        Ya Aziz – Membawa maksud ‘Yang maha perkasa’. Ulama menyatakan barang siap sering memgamalkan zikir Ya Aziz ini setiap pagi sebanyak 41 kali, nescaya akan dicabut rasa gementar atau takut pada orang lain atau makhluk lain.

        Ya Muhaimin – Membawa maksud yang Maha Memberi Perlindungan. Diberitakan bahawa sesiapa yang megamalkan zikir ini 115 kali selepas tiap kali mandi, Allah akan membuka perkara yang terlindung dari orang lain yang membuatkan kita tahu apa yang orang lain tak tahu.

        Ya Rahman, Ya Rahim – Membawa maksud Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengampun. Jika diamalkan sebanyak mungkin Allah akan lepaskan dirinya daripada perangai lupa dan lalai. Jika dibaca sekurangnya 100 kali sehari, Allah akan jadikannya orang yang disenangi oleh manusia lain.

          Ya ‘Aliim – Membawa makna Yang Maha Pengetahui

     Ya ‘Alimal Ghaibi – Yang Maha Mengetahui Perkara Ghaib. Jika diamalkan zikir no.4 tadi lalu disambung pula dengan yang ini, Allah akan membuka pintu Kasyaf dalam hati anda dengan mengetahui dan melihat perkara yang tidak diketahui dan dilihat oleh orang lain.
        
          Solah dhuha setiap pagi sekitar pukul 8.30 ke 9.30 pagi dan berdoa.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi cukuplah untuk entry kali ni.. mudah-mudahan kita melaksakan semua yang diatas dengan seikhlas hati kita tanpa ada sedikit pun rasa keterpaksaan... InsyaAllah! 

Namun begita, ada  juga orang yang tak percaya dengan semua amalan-amalan sebegitu dapat mempengaruhi kehidupan kita, terpulanglah pada kepercayaan masing-masing. Tetapi bagi saya jika kita yakin atau sekurang-kurangnya mahu membuat kajian apa akan berlaku jika kita amalkan semua yang saya sebutkan di atas, silalah lakukannya dan lihat perkembangan jiwa anda selepas itu.

Demikianlah saya kongsikan serba sedikit Amalan Rohani Hidup Ringkas untuk para pembaca. Moga ada manfaatnya untuk mereka yang dapat mengamalkannya. Wallahu’alam.


With Love,
MamaMia

No comments: