18 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | KEPENTINGAN SUPLEMEN UNTUK TUBUH

Tubuh yang sihat, cergas dan bebas daripada pelbagai jenis peyakit adalah antara nikmat kehidupan. Bagi memperoleh kesihatan yang baik, tubuh memerlukan nutrisi yang cukup dan ia boleh didapati daripada makanan yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Kepentingan Suplemen Untuk Tubuh
Kepentingan Supleemen Untuk Tubuh

Namun begitu, ada kalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen boleh memenuhi khasit yang diperlukan. Walaupun begitu, kita tidak boleh mengambil suplemen sembarangan keraana seandainya tidak memerlukannya, ia tidak akan memberikan sebarang manfaat. Maka, kita perlu bijak mengambil suplemen agar ia memberi kebaikan kepada tubuh selain mengelakkan pembaziran.

DI ANTARA KEBAIKAN SUPLEMEN KEPADA TUBUH

Meningkatkan Metabolisme Tubuh
  • Gangguan terhadap metabolisme tubuh akan memberi kesan kepada penyerapan makanan yang kemudiannya akan menurunkan kadar nutrisi yang diterima oleh tubuh. Mengambil suplemen dalam kadar yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme hinggakan tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan.


Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Suplemen seperti Vitamin C sangat berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan sekaligus sebagai antioksidan yang membantu mengatasi kerosaka ke atas otot.


Penting Untuk "Vegeterian"
  • Bagi mereka yang mengamalkan "Vegeterian" pastinya kekurangan zat yang dibekalkan oleh makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka telah kekurangan sumber protein, vitamin dan mineral, sedangkan ia penting terhadap tubuh. Dengan pengambilan suplemen, ia sangat membantu memberikan manfaat kepada tubuh dan akan menjalankan peranannya dengan berkesan.


Suplemen Khas Untuk Wanita
  • Terdapat tiga jenis suplemen sangat penting dan berguna untuk wanita iaitu zat besi, asid folok dan juga vitamin D, terutamanya bagi wanita hamil. Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk mencegah anemia. Asid folik sangat diperlukan untuk mengurangkan kecacatan pada bayi manakala vitamin D penting untuk mencegah osteoporosis.



BILA BADAN PERLUKAN SUPLEMEN?
  • Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga
  • Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen
  • Ketika terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
  • Ketika badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan dengan cuaca buruk
  • Wanita hamil amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.
  • Pengambilan suplemen perlu dilakukan dari awal untuk hasil yang memberangsangkan.


INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN TERBAIK? 

Klik di sini Suplemen Untuk semua


With Love,
MamaMia













No comments: