12 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | RAHSIA MANDI AIR SEJUK

Musim-musim hujan di Kota Kinabalu sejak dua menjak ni, tentu ramai yang kata sejuk.. Sampai ada yang tidak mandi.. Kalau mandi pun kena air panas, rasa selesa gitu.. But OK lah kan daripada tak mandi langsung.. hahahaha... 

Mandi adalah aktiviti rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa air sejuk boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh dan kesihatan.. Tak percaya? Berikut adalah faedah mandi air sejuk

Rahsia Mandi Air Sejuk

TINGKATKAN SISTEM IMUNITI
  • Mandi air sejuk boleh meningkatkkan tahap kekebalan tubuh. Dikatakan air sejuk yang membasahi tubuh boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan sel darah akan melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit kecil seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya.

MELEGAKAN SELESEMA
  • Sekiranya kita terkena selesema, mandilah dengan air sejuk. Menggunakan air hangat untuk mandi ketika selesema hanya akan meningkatkan lagi suhu panas ditubuh sekaligus menyebabkan hidung tersumbat.

MENURUNKAN BERAT BADAN
  • Berita baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jika sebelum ini kita telah puas berdiet dan melakukan senaman, cuba alternatif ini. Amalkan mandi air sejuk berbandng air hangat kerana ia mampu merangsang penghansilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekaligus mengurangkan berat tubuh.

ATASI MASALAH DARAH BEKU
  • Bagi yang mengalami darah cepat beku, disarankan agar mandi air sejuk secara konsisten. Ia boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh seterusnya menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga.

HILANGKAN TEKANAN
  • Bekerja seharian di pejabat memang memenatkan. Ditambah lagi dengan tekanan tugas, pastinya menyakitkan kepala. Lari seketika daripada masalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Suhu dingin yang meresap ke dalam tubuh amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisme.

SIHATKAN PARU-PARU
  • Mandi dengan air sejuk bagus untuk menyihatkan paru-paru. Paru-paru akan terbuka sekaligus membuatkan kita mampu bernafas dengan baik dan selesa.


Bagi meningkatkan tenaga pada waktu pagi mandi menggunakan air sejuk. Ianya mampu membuatkan badan kita berasa lebih cergas dan bertenaga. 


With Love,
MamaMia 

No comments: