Terdapat 4 Tip mengawal marah yang disarankan menurut
pandangan Islam.
1. Duduk atau Berbaring
- Perasaaan marah itu dicetuskan oleh syaitan yang diciptakan daripada api, sedangkan kita manusia dicipta daripada tanah. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang ituberasa marah, dekatkan diri pada tanah.
- Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Apabila seseorang dalam kalangan kamu marah dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Jika hilang kemarahannya (dengan sebab duduk maka itulah yang sebaiknya). Jika tidak (hilang kemarahannya) maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Abu Daud no. 4782)
- Duduklah… Berbaringlah.. Dekatkan diri pada tanah kerana tanah itu sifatnya qanaah (menerima sesuatu apa adanya). Dibuang benih, tanaman menyubur, dibuang sampah, sisa organic mereput.. Segalanya diterima dengan hati yang terbuka. Mulianya tanah dengan sifat qanaah!
2. Berdiam Diri
- Diam bukan bermakna kalah. Diam bukan bermakna salah… Dalam diam tersirat seribu satu hikmah.. Diam itu umpama tiupan angina yang memadamkan api kemarahan.. Diam memberikan waktu kepada fikiran untuk kembali tenng, hati untuk beristighfar dan akal untuk mencari penyelesaian. Hebatnya kuasa DIAM..
3. Sabar dan Memaafkan Kesalahan
- Sekiranya marah itu berpunca daripada kesalahan orang disekeliling, maka bersabar dan memaaafkan ialaha piihan yang terbaik. Ia bukan saja menjaga hubungan sesama Mukmin, bahkan meninggikan darjat seorang muslim.
- Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pegasihani.” (Surah At-Taghabun 64:14)
4. Berfikiran Optims dan Positif
- Akhir sekali, sentiasalah brfikiran optimis… Kerja-kerja yang banyak, pekerja-pekerja yang lembab, pasangan yang cerewet, anak-anak yang nakal serta kawan-kawan yang banyak karenah. Allah tidak menjadikan semua itu melainkan untuk mewarna-warnikan dunia!
Mudah-mudah tip ini bermanfaat untuk kita
semua sama-sama mengamalkannya... Khasnya untuk diri saya sendiri.. Control your temper Mia.. InsyaAllah
With Love,
MamaMia
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment