11 September 2014

PUTERI MAMA SAYANG DANIA MAIRISYA.. MAMA LOVE YOU

Sebagai seorang ibu, perlukan kesabaran.. Begitulah dengan diri ini.. Membesarkan seorang anak sendiri tanpa sesen pun wang perbelanjaan dari seseorang bergelar ayah pada anak itu.. bukan satu halangan untuk anak itu memperolehi apa yang diinginkan seperti kanak-kanak lain.

Usia 3 tahun hingga kini 7 tahun, Caca sentiasa SENYUM

Anak itu adalah puteri tunggal ku, Dania Mairisya @ Caca.. Sejak berusia 4 tahun, dia telah kehilangan kasih sayang seorang ayah.. Walaupun ayah nya masih hidup.. Tanggungjawab yang tidak pernah tertunai dari seorang ayah buat Caca. 

Sentiasa Ceria itulah Caca anak mama

Alhamdulillah, limpahan rezeki dari Allah pada Caca tidak pernah membuatkan dirinya rasa kekurangan. Kasih sayang mama, nenek, atuk, auntie dan uncle juga mencurah-curah.. Itulah berkat kehilangan ayah yang diperoleh oleh Caca. 

Mungkin ramai yang hanya melihat kesempurnaan diri Caca.. Sedangkan Caca pernah mengalami minor strok sejak kecil pada bahagian tubuh sebelah kanan.. Kerana itu Caca kelihatan berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya iaitu 7 tahun.

Kekurangan Tidak Jejas Kehidupannya

Puteri mama sayang, terlalu memahami keadaan diri ini.. Pandai pulak berdikari.. Makan minum dah pandai ambik sendiri.. Buku-buku sekolah dan kain baju pun dah tahu kemas sendiri.. Begitulah Caca... Walaupun kuat merajuk, she's really clever girl! 

Terlalu BERDIKARI membuatkan Caca begitu matang 

Mungkin mama bukan orang yang alim ulama, tapi Pendidikan agama tidak sesekali diabaikan... Sejak usia 6 tahun Caca bersekolah dari pagi ke petang.. Bayangkan kepenatannya.. Tapi tidak sesekali Caca mengeluh. Itulah kelebihan yang ada pada Caca. 

Menuntut ILMU perkara WAJIB

Baru-baru ini, Cikgu senilukis kat sekolah menyuruhnya melukis gambar keluarga... gambar tu kena ada ayah, mama dan adik-beradik... Hasilnya Caca tunjukan pada mama.. terharu, pilu hati ini di buatnya.. sebak dalam dada ini.. 

Hasil Senilukis Caca - Keluarga Bahagia katanya

Caca melukis gambar seorang lelaki yang di sebutnya "ayah" walaupun telah bertahun-tahun Caca tidak pernah merasa kasih sayang seorang "ayah" itu.. Caca memberitahu mama yang itu hanya lukisan permintaan Cikgu.. Caca tahu yang ayah Caca tiada... Caca tahu yang ayah tidak sayangkan Caca.. Caca tahu yang mama lah ayah dan mama Caca. Terima kasih sayang kerana tahu semua itu walau tanpa perlu mama berkata-kata.

Bersyukur Dengan Apapun yang Mama berikan walaupun Tidak Mahal

Setiap kali Caca menginginkan sesuatu.. soalan yang akan keluar dari bibir comelnya "mama dah gaji?.. mama bila gaji?"... dan bila mama bertanya "why?"... Barulah Caca akan memberitahu mama keinginannya.. Tidak sesekali meminta sesuatu yang diluar kemampuan mama.

Koleksi FROZEN Caca yang baru tertunai oleh Mama

Ketegasan mama membuatkan Caca menghormati keputusan mama.. Walaupun kadang-kadang ada yang perselisihan pendapat, tapi pastinya Caca akur ngn mama.. Bagi Caca syurga seorang anak itu dibawah telapak kaki ibunya. 

Mama sayang Caca... love you dunia dan akhirat sayang ❤️❤️❤️❤️❤️.. Mudah-mudahan jadi anak yang Sholehah.. Amin.

No comments: