20 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : DIET OH DIET!! MUDAHNYA BERDIET..

Bukan mudah untuk memastikan diet berjaya. Sehinggakan ada satu masa ia membuatkan kita betul-betul fed-p dan kecewa dek gagal dalam berdiet.. Siapa yang pernah mengalaminya?? Mengaku je bukan ada orang tengok pun...



Nasihat saya, jangan mudah menyerah kalah... terdapat beberapa tip yng boleh membantu kita mencapai tujuan dalam berdiet ni...


KOMITMEN
Jelas dan terang, kita harus membuat komitmen ada diri sendiri. Walaupun nampak berat dan rasa terbeban tetapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya. Sentiasalah mengingatkan diri kita sendiri bahawa usaha ini pasti aka membuahkan hasil

TAMPAL GAMBAR IDAMAN
Kita boleh menampal gambar atau foto tubuh badan yang idel atau ramping yang kita inginkan.. Kekuatan pada gambar itu akan menghantar isyarat agar kita sentiasa ingat dengan tujuan sebenar kita. Malah, dengan meletakkan gambar model slim melim yang kita kagumi juga boleh memberi motivasi ada kita.. Tak percaya? Cubalah.

PILIH KAWAN
Pilihlah kawan yang mempunyai pelbagai aktiviti sihat. Contohnya, kawan yang suka bersenam, yoga atau bersukan. Ini kerana aktiviti yang dilakukan bersama akan lebih menyenangkan. Malah, ia boeh mengalihkan tumpuan kita pada makanan.. Tapi harus diingat yang kita tidak seharusnya melanggar kebiasaan makan pada waktu yang tepat.. bila dah sibuk beriadah hingga lupa untuk makan tengahari.. 

BUAT CATATAN
Ini tentu ramai yang malas nak buat... Buatlah catatan perkembangan diri kita dan juga dairi info tentang perubahan bentuk badan kita dari masa ke semasa. Dengan melihat perubahan ini, ia boleh membuatkan kita terus berusaha dengan program diet yang sedang kita lakukan.. So, jangan lupa mesti buat catatan.

FREE YOUR MIND
Bahasa orang putih la pulak!.. Maksudnya disini, jangan tertekan kerana ia boleh membuatkan kita merasa beban dan buat kita lagi stres. Inilah yang boeh membuatkan diet kita gagal dan akhirnya kita akan makan secara emosional.. Kena kosongkan minda kita dengan perkara-perkara negatif.. InsyaAllah kita akan mampu berdiet.

JANGAN BANDINGKAN
Bab yang suka nak banding-membandingkan ni memang tidak digalakkan sama sekali dalam berdiet. Janganlah kita membandingkan diri kita dengan orang lain kerana ini akan mengalihkan tumpuan kita dalam berdiet dan seterusnya menimbulkan tekanan pada diri kita. Jadi, lebih baik kita focuskan pada proses diet yang sedang kita lakukan.

NIKMATI PROSES
Nikmati saja proses berdiet yang sedang kita jalani dengan tenang dengan menganggap kita sedang membersihkan badan dan pola pemikiran kita. Jika apa yang kita lalui itu betul, ia kan menjadi kebiasaan yang sihat sehinggakan kita tidak hanya focus pada berat badan tetapi pada kesihatan badan dan fikiran.. Itulah kehebatan menikmati proses tanpa perlu protes macam-macam.

PANDANG KE DEPAN
Ada tak yang pandang kebelakang??  Memikirkan masalah berat badan memang menyakikan dan pasti ada orang yang mengalami perkara yang sama. Tetapi kita harus pandang ke depan dengan tujuan yang sebenar. Jadikan masa lalu kita sebagai motivasi, bukanya tekanan.


Ingat ya bahawa "zon diet" adalah keseimbangan hormo yang kita dapat ketika makan. Dengan itu kita disarankan untuk mengambil 40 peratus karbohidrat, 30 peratus lemak, dan 30 peratus protien.. Walaupun berdiet, kita perlu makan mengikut cadangan penakanan ini untuk penghasilan insulin tubuh. Dengan cara begini, tubuh kita tidak terseksa dan kita akan lebih mudah menurunkan berat badan. 


Berat Turun Kerana LEMAK Atau AIR??

Ketahuilah ketika kita berdiet atau bersenam dan kemudiannya turn beran badan, ia sebenarnya adalah kehilangan air dalam tubuh.. Apabila tubuh kita kehilangan air, inilah punca berat badan turn lebih cepat selain kehilangan lemak atau berat otot.


Apapun cara kita berdiet, haruslah dengan niat yang baik.. Bukan nak diet kerana nak cari boyfriend hansome atau nak ngorat laki orang... no.. no... no... Berdiet itu adalah satu ibadah yang mampu menghidari kita dari penyakit obesiti dan sebagainya. So, jangan pernah serik atau give up dalam berdiet! 


With Love
MamaMia

No comments: