23 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : JOM KITA MAKAN UNTUK BAKAR LEMAK!! BIAR BETUL??

Siapa yang mampu menahan diri apabila melihat makanan manis yang lazat dan sedap??.. Bukan sekadar rasanya, tekstur makanan juga boleh menjadi penggoda untuk kita menikmatinya.. Sadap bah tu!

Membakar lemak dengan cara makan
Makan juga salah sau cara membakar lemak..  Bagaimana?


Menurut Paul Bresin, profesor di Rutgers University dan ahli Monell Chemical Senses Center, lidah mampu menjadi saingan dalam merasakan teksturnya dan juga organ badan menjadi penggera terbaik untuk mengesan perbezaan tekstur makanan... Wah2 macam pakar pemakanan pulak den ni.. hihihi.

Masalahnya, kita hanya mengenali teksturnya yang merangsang untuk terus mengunyah walaupun tidak lapar.. Lebih teruk lagi, kita memilih makanan yang berkalori tinggi tanpa kita sedari... Kalau nak tau, keadaan inilah yang membuatkan diet kita terganggu.. 

Jom kita belajar untuk bersahabat dengan makanan!! Mungkin cara ini boleh membuatkan badan kita kekal sihat dan langsing.

SEDIKIT SAHAJA
  • Penelitian menunjukkan lemak makanan yang berminyak dimulut boleh menghidupkan orbitofrontal contex (mengarahkan kita makan lebih banyak).
  • Namun, kita tidak perlu menghilangkan lemak sama sekali dalam piggan makanan kita. Bagilah lidah kita untuk merasa sedikit makanan lemak (sekadar memuaskan)

PILIH YANG TEBAL
  • Penelitian oleh Kess de Graaf, profesor di Wageningen, Belanda (jauhnya Belanda ooo) menunjukkan semakin cair atau lembut sesuatu makanan, semaki sedikit isyarat ke perut dan otak. Inilah yang membuatkan semakin banyak kita ingin mengambilnya... So, pasni cari makanan yang tebal-tebal tau!
  • Kebanyakan produk makanan sekarang dibuat untuk lebih cepat dinikmati. Keadaan ini boleh menjadi alasan untuk kita menghadkan makanan yang di proses... Maka, bertukarlah kepada bahan-bahan makanan yang segar.

KERANA EMOSI
  • Kebanyakan kita makan berlebihan dengan alasan bosan, sedih, geram, marah dan sebagainya. Kajian mendapati apabila seseorang itu marah, mereka lebih cenderung untuk mengunyanh makanan yang ranggup.. Manakala ketika seseorng itu inginkan hiburan, mereka inginkan sesuatu yang berkrim dan lembut.
  • Alihkan kebiasaan kita dengan membuat senarai perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan makanan seperti bersenam. mandi, menonton televisyen atau menelefon seseorang.
  • Ketika kita menikmati makanan kesukaan kita, makanlah dengan penuh perhatian... jangan gelojoh tau!! Ini akan membuatkan kita makan dengan lebih sedikit.

KUNYAH INI, BUKAN ITU...
Ini biasanya terjadi apabila makanan kegemaran kita melambai-lambai.. hahahha... gantigkan dengan makanan ini.. Kita akan berasa puas dan berat badan tidak akan bertambah.. 

Anda Inginkan:
  • Kekerapan kerepek, bertih jagung, biskut.
Kunyah Ini:
  • Baby lobak merah, potongan buah atau badam (hati-hati kerana 1/2 gelas mengandungi 400kalori)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda Inginkan:
  • Makanan yang berkrim (jem kacang, burger dengan keju)
Gantikan Ini:
  • Jeli tanpa gula atau semangkuk sup (untuk makan malam)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda Inginkan:
  • Makanan berminak atau berlemk seperti kentang gorang, burger dan pizza

Kunyah Ini:
  • Ubi panggang yang disapu dengan minyak atau pizza nipis dengan topping sayuran
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda Inginkan:
  • Minuman berjus, soda atau ais

Cuba Ini:
  • Penelitian mengatakan bahawa menghadkan kalori minuman boleh membantu menurunkan berat badan kita.
  • Semakin pekat minuman, semakin menyedapkan.. Namun, kita boleh tukarkan dan kurangkan kalori dengan menyediakan sendiri minuman seperti pisang yang dikisar sendiri (tak pernah cuba lagi ni).. Must try it! 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mudah-mudahan info ini membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi tidak mampu menahan lapar.. yang penting kawal sedikit kuantiti yang kita ambil.. InsyaAllah akan berhasil. Selamat Mencuba!


With Love
MamaMia

No comments: