29 September 2014

FUH!! PENATNYA BERKERJA

Rutin harian ku sejak 13 tahun yang lalu tidak berubah.. Bangun pagi-pagi demi mencari sesuap nasi jadi kuli di syarikat-syarikat tertentu.. Dalam masa 13 tahun makan gaji tidak juga aku kaya-kaya lagi... Tapi Alhamdulillah! aku telah memiliki sebuah rumah dan kereta kecil.. kira aku dah ada aset la ni.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T.


Bukan kekayaaan yang dikejar semata, tetapi juga kebahagian.. Mungkin saya idak bernasib baik macam yang lain, punya keluarga yang sempurna.. Tetapi cukuplah dengan memiliki seorang cahaya mata yang jadi peneman dan juag keluarga yang sentiasa berada disisi saat aku jatuh.. Dek kerana itu saya harus bekerja 9 jam sehari dan adakala nya hingga 12 jam sehari.. panjang juga waktu berkerja ku ini.

Aku bekerja disebuah firma logistics yang banyak dikuasai oleh kaum lawan jenis ku iaitu lelaki.. Tentu saja tekanan kerja nya lebih berat berbanding yang lain... Mana tidaknya, setiap hari aku harus berdepan dengan macam-macam ragam dan perangai kakitangan syarikat yang sukar untuk ku gambarkan... hanya Allah yang tahu.. Mungkin ini dugaan yang membuatkan ku menjadi lebih kuat mengharungi semuanya.

Sampai bila aku harus begini.. seawal jam 8 pagi memulakan kerja di pejabat.. walaupun waktu pejabat berakhir 5 petang, handphone ku masih sentiasa berbunyi dan aku masih berurusan dengan hal-hal kerja sehingga ke lewat malam.. Walhal aku cuma seorang wanita biasa, mana mungkin aku mampu bertahan dengan keadaan seperti ini selamanya.

Kekadang aku berasa terlalu penat dan terlelap bila menjejakkan kaki ke rumah... Kesian pulak pada anak perempuan ku seorang... Lupa nak bagitau tadi, actually am single parent with the only one doter.. Seboleh-bolehnya aku ingin meluangkan banyak masa untuk dirinya yang semakin membesar.. Tapi apakan daya, aku harus mencari nafkah untuk kami dua beranak.

Walaupun kini, aku baru berjinak-jinak dalam perniagaan online dan juga Shaklee, ia belum cukup untuk ku jadikan alasan berhenti kerja.. Dengan kos hidup yang semakin meningkat, duit gaji saja memang tidak cukup... Kerana itu aku cuba untuk mencari pendapatan sampingan yang halal untuk diriku dan anak ku.

Tetapi sampai bila aku harus hidup makan gaji dan berkerja seperti ini?? Terus terang aku memang dah PENATTT... terlalu penat... Aku punya juga punya impian seperti wanita lain.. InsyaAllah selagi nyawa dikandug badan, aku tidak akan pernah berputus asa.. Aku yakin dengan usaha yang tidak pernah jemu ini... Suatu hari nanti aku bukan lagi kuli-kuli makan gaji.. Aku juga mampu memiliki perniagaan sendiri seperti yang lain... InsyaAllah!

You'll never be brave if you don't get hurt.
You'll never learn if you don't make mistakes.
You'll never be successful if you don't encounter failure.

Doakan ya... semoga impian ku tercapai.. Amin..


With Love,
MamaMia

No comments: