28 September 2014

AKU BENCI POLITIK!!

I Hate POLITICS


Hunjung minggu ni emo-emo plak aku.. Mana tidaknya, geng beliau-beliau datang rumah story pasal politik.. Kalau terer politik takpe gak.. Bercakap mengalahkan ketua menteri je.. Tapi habuk pun takde.. huhuhu..

Ini adalah luahan perasaan ku je.. Kadang-kadang memang itu yang terlintas di kepala aku. Benci sangat aku dengan politik. Macam-macam cara untuk dapatkan undi. Sampai kadang-kadang memburukkan sesama sendiri... Sampai ada yang sanggup bermasam muka hanya kerana isu politik. 

Aku pun agak tension bila sekarang buka wasep group je tak abis-abis dengan isu politik.. buka facebook pun sama juga... masing-masing cuba menegakkan kebenaran yang kita sendiri tidak tahu mana yang benar. 

Politik oh politik!   

Lagi-lagi bila dah nak dekat pilihanraya, macam-macam janji ditabur macam milo tabur yang anak saya suka minum tu (Milo Dinasour).. Time tu baru lah kita tengok muka-muka wakil rakyat, muka-muka calon yang baru nak terhegeh-hegeh turun padang, baru nak melawat dari rumah ke satu rumah.. padahal sebelum ni nak tengok batang hidung pun susah.. nak jumpa pun kena appointment bagai... Tujuan hanya satu, apa lagi kalau bukan untuk meraih undi.

Walaupun, aku benci Politik, tapi tanggungjawab aku sebagai pengundi tetap ku laksanankan. Bukan apa, untuk generasi masa depan jugak. Lagipun, aku tahu! ramai orang yang atas pagar macam aku nie, malas untuk mengundi. Terus terang aku katakan, aku mengundi pun kerana keterpaksaan oleh parents aku yang taksub sangat dengan satu parti politik ni.. Nasib baik diriku tidak begitu terpengaruh dengan semua tu.

Hak memilih dan mengundi tu kan hak masing-masing.. Jadi jangan lah kerana perbezaan pendapat dan pandangan dalam dunia politik, kita harus bermasam muka... sungguh tidak adil bukan?? Walau bagaimanapun kotornya dunia politik ini, aku tetap sayangkan negara ku MALAYSIA.. inilah tanah tumpah darahku.. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu akau bangga menjadi anak Malaysia.

So, bagi kawan-kawan yang di luar sana yang dok sibuk dok offer sign partition untuk menyokong Sabah keluar dari Malaysia tu... Minta maaf lah banyak-banyak! Mungkin aku membenci Politik TETAPI aku masih sayangkan negara ku Malaysia... Tidak sesekali aku menjadi kacang lupakan kulit membelakangi Negara yang selama banyak berjasa pada diri ni.

Biarlah mereka mengelarkan ku katak dibawah tempurung atau buta dengan mainan politik.. Sesekali menyokong cadangan Sabah keluar dari Malaysia... Oh TIDAK sekali-kali... Ini adalah pendirian aku.. cuma aku berharap janganlah kita bergaduh-gaduh hanya keran perbezaan fahaman politik.. Sebab Tuhan kita hanya SATU.. Allah S.W.T. 


With Love,
MamaMia

No comments: