18 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MARAH!! JANGAN TAKUT UNTUK LEPASKAN KEMARAHAN..

Setiap orang pasti pernah merasakan kemarahan yang membuak-buak!! Ditambah pula dengan kerja-kerja harian yang sentiasa sibuk dan tidak menentu... pastinya udah tentu emosi kita tidak stabil.. Dengan rasa marah, ia boleh menghabiskan tenaga dan membuatkan perasaan kita tidak menentu.

lepaskan kemarahan untuk kebaikan
Lepaskan saja kemarahan, mungkin ia mampu mengubah keadaan lebih baik.


Walau bagaimanapun, kemarahan yang dibuat dengan cara yang betul dapat membuatkan badan dan fikiran kita lebih baik.. Kita dah lepaskan satu beban dalam badan kita adalah satu tindakan yang baik berbanding dipendam-pendam.. Tetapi, jangan pula marah tanpa sebab!! Ini berbahaya.


Mengapa MARAH itu BAIK??

1. MARAH - PENDORONG OPTIMIS
  • Emosi yang kemuncak akan membuatka kita meluahkan apa yang terbeban difikiran kita. Kemarahan inilah boleh menjadikan tenaga positif untuk kita menyelesaikan masalah.

2. MARAH - LEBIH OPTIMIS
  • Apabila seseorang menyuarakan kemarahan, mereka lebih optimis dan bahagia berbanding seseorang yang menahan kemarahan.

3. MARAH - SELAMATKAN HUBUNGAN
  • Kemarahan boleh membuatkan seseorang mengatakan kekecewaan dan tentu sekali oleh menjadi penyelamat hubungan cinta, kawan-kawan dan keluarga. 


So, mengapa kita harus pedamkan rasa marah atau kemarahan kita dalam hati?? Luahkan dan keluarkan demi untuk kebaikan diri kita dan juga orang sekeliling kita... Tiada apa yang perlu kita takuti melainkan pada Allah yang satu... Namun begitu, kita kena bijak dalam mengatur dan menahan emosi kemarahan kita.. Bagaimana??


ATUR EMOSI KEMARAHAN 

Beberapa tips ini mungkin mampu membanu kita menepiskan kemarahan dengan cara yang sihat.

1. Mencari Ruang
  • Ketika kita merasa sedih dan kecewa, berjalanlah keluar dengan mencari udara segar atau tempat yang sepi untuk mengelakkan daripada bertemu dengan orang yang terlibat dalam masalah kita.. Cara ini membantu kita untuk menenangkan diri dan berfikir untuk membuat keputusan terbaik.

2. Komunikasi
  • Ekspresi kemarahan kita dengan tegas dan jelaskan alasan kemarahan.. Jika sukar melakukannya, kita boleh beritahu dan jelaskan pada kawan-kawan terdekat kita.. We sharing with our bestie! 

3. Senaman
  • Ramai yang tidak mengetahui bahawa senaman boleh membanu kita melepaskan ketegangan dan mengembalikan tenaga kita.. Contohnya, aerobik membantu kita mengembalikan mood dengan gerak badn yang menyeronokkan.
Atasi kemarahan dengan bersenam
Salah satu cara melepaskan kemarahan dengan bersenam dan mendengar muzik


4. Atur Pernafasan 
  • Inilah cara paling cepat apabila kita beremosi dengan menarik nafas dalam-dalam.. Ianya dapat mengendurukan otot-otot yang tegang.

5. Lawak Jenaka
  • Ketika kita mengalami situasi ini, cara untuk melepaskan ketegangan ialah dengan mencari sesuatu untuk mengembalikan mood... Kita cari kawan-kawan yang suka berjenaka dan membuatkan kita terhibur.. Kita boleh juga menonton filem atau drama komedi.. mudah sajakan.

6. Kaunseling
  • Perkara terakhir yang kita kena lakukan, itupun kalau semua yang diatas tak boleh jalan.. Berjumpalah pakar kaunseling kerana kemarahan boleh menganggu kualiti hidup kita.. Mungkin dengan berjumpa dengan seseorang yang profesional dalam bidang ini, mampu membantu kita mengatur emosi dengan lebih baik.
Lepaskan kemarahan anda, jangan pendam
Mungkin ini salah satu cara lepaskan kemarahan semasa di pejabat.

Selain dari itu, kemarahan juga dapat diredakan dengan berendam dalam air suam sembil ditemani oleh lilin-lilin aroma terapi dan muzik kegemaran kita... alah-alah romantik gitu!.. Tak pun kita boleh cuba membayangkan hal-hal yang menyenangkan dan ia boleh membantu meredahkan rasa kemarahan kita.. Kala dah payah sangat, pergilah bercuti-cuti.. tak pun pergi shopping!! I like shopping.

Lepas ini, jangan takut untuk marah ya!


With Love
MamaMia

No comments: