17 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : TENSIONNYA!! ATASI STRES DENGAN MAKANAN SIHAT

TENSIONNYA!!!
Apabila stres, makanan menjadi "tempat" kita melepaskan semuanya.. Betul ke tidak??.. Namun, tidak semua makanan itu baik untuk mengurangkan stres. Mungkin boleh jadi lebih teruk lagi, kita tak tahu.. So, kita kena pandai pilih makanan yang mengandungi zat untuk melawan stres. 

Jangan Stres
Atasi Stres Dengan Makanan

Teruskn menbaca tentang 10 makanan sihat yang boleh membantu kita ketika stres.


10 MAKANAN SIHAT 

1. Teh - Elakkan Kegelisahan
  • Teh Hijau atau teh chamomille boleh menjadi pilihan untuk meregangkan otot. Asid amino yang ada pada dalam teh tersebut dapat memberi kesan yang menenangkan. Manakala bisabol (bahan aktif yang terdapat dalam chamomile essentail oil) mengandungi anti iritasi, anti radang, dan anti-microbiol yang baik untuk mengatasi gangguan tidur dan rasa panik. 

2. Coklat - Snek Untuk Kesihatan
  • Coklat mengandungi kadar tryptophan dan pengambilannya membantu badan kita membentuk serotonin untuk membuatkan perasaan dan fikiran kita lebih tenang. Tidak salah untuk kita mengambil coklat dalam ukuran dan kuantiti 6-7gm per hari.

3. Makanan Laut - Kembalikan Mood
  • Tiada masa untuk bercuti dipantai tetapi memadailah dengan menikmati makanan laut untuk mengurangkan keresahan. Pengambilan udang, tuna atau kerang yang mengandungi serotonin dan asid amino (trytophari) dapat membantu mengurangkan keresahan atau ketakutan pada diri kita sendiri.

4. Sarapan - Pemberi Tenaga
  • Sarapan adalah wajib dan sekurang-kurangnya bersarapanlah dua jam selepas kita bangun dari tidur. Ini penting untuk kita mengisi badan dengan bahan bakar seperti "berpuasa" semalaman. Jadi, pilih sarapan yang mengandungi protein tinggi seperti telur, kacang dan bijan.

5. Air - Ubat Semulajadi Anti Stress
  • Kajian menunjukan hubungan yang kuat antara hidrasi dengan depresi. Sebanyak 85% jaringan otak terdiri daripada air. Jadi, minumlah air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Ini adalah perkara mudah dilakukan tetapi kerap kali kita abaikan.

6. Yogurt Untuk Ketahanan Badan
  • Untuk menambahka imunisasi dalam bentuk badan, ambillah yogurt. Ini kerana ia mengandungi bakteria baik untuk menjaga saluran penghadaman dan ketahanan badan. Ambillah sekurang-kurangnya 2 cawan yogurt setiap hari.

7. Kulit Epal pun Hebat
  • Kulit epal mengandung phytochemivals (antioksidan) untuk mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dalam badan. Ambillah buah secara teratur dan makanlah buah dengan kulit asalnya. Pastikan kita mencuci dan bilas epal dengan air bersih sebelum menikmatinya.

8. Brokoli - Sumber Tenaga
  • Apabila badan penat, sudah tentu kita tidak gairah untuk melakukan sebarang aktiviti. Ini kerana stres membuatkn sistem pernafasan dan peredaran darah akan "berkerja lebih" untuk memastikan bahan bakar (glukosa) dalam aliran darah terus berfungsi.
  • Kesannya juag boleh menyebabkan tenaga dalam badan terganggu. Begitu juga kekurangan kalium atau potassium boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan stamina menurun. Kembalikan tenaga kita dengan pengambilan sayuran seperti brokoli yang tinggi potassium.

9. Susu Suam - Tidur Lena
  • Buatlah segelas susu suam untuk membantu kita lebih tenang. Walaupun trytophan (membentuk serotonim) membuat kita rileks tetapi asid amino dalam segelas susu tidak cukup untuk membuatkan kita tidur lena. Mungkin ia lebih bersifat psikologi (kenangan masa kecil ang penuh kasih sayang meminum susu)

10. Sedikit Tetapi Kerap
  • Perlu tahu, hormon stres boleh mendorong pengeluaran kolesterol dalam badan dan jika jumlahnya berlebihan, ia boleh menyekat pembuluh darah yang mengakibatkan serangan jantung dan strok..Bahaya oooo... Menurut kajian, dengan makan jumlah yang sedikit setiap 3-4 jam sekali boleh membakar metabolisme, menstabilkan gula darah dan membantu mengurangkan kolesterol.

Jangan stres-stres lagi tau.. Nanti kena jump doktor pulak kan.. Amalakan cara semulajadi untuk kesan yang optimum.. Tetapi jika masih tidak berjaya, bolehlah mencuba mengamalkan supplement Shaklee, ianya juga dari sumber semulajadi yang telah dihasilkan dalam betuk tablet, softgel dan cecair... Jadi tak perlu risau ya.


With Love,
MamaMia

No comments: