21 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MAKANAN BERKHASIAT KEGEMARAN KANAK-KANAK

Burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan lain memang digemari kanak-kanak.

Pilihlah makanan yang berkhasiat untuk anak kita


Tidak semua yang digemari anak kita baik untuk mereka. Kanak-kanak perlu dididik untuk mengelak makanan yang tinggi kalori, mempunyai kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet. Sebagai ibu bapa, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemah atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.

Sebenarnya, ada banyak makanan berkhasiat yang digemari oleh kanak-kanak, cuma ramai ibu bapa tidak mengambil berat untuk menerangkan kepada anak-anak mereka bahawa makanan tersebut perlu lebih diutamakan.

Contohnya, susu yang merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak. Sejak masih bayi, anak kita minum susu, tetapi apabila besar sedikit, ramai yang terus berhenti minum susu. Antara sebabnya ialah terdapat banyak minuman lain disediakan di rumah. Jika pun begitu, cuba didik anak anda untuk terus minum susu dua hingga empat gelas sehari, tambahan kini susu boleh didapati dalam pelbagai perisa.

Meal Shakes - Susu perasa Vanilla sesuai untuk anak kita


Tidak salah jika kita mencuba memberikan anak kita meminum Meal Shakes Shaklee berperisa Vanilla setiap hari.. Ia sememangnya di gemari oleh kanak-kanak kerana rasa vanilla nya yang sedap.. Bukan saja sedap, malah khasiat yang terkandung didalamnya sangat baik untuk tumbesaran anak kita.

Selain susu, kanak-kanak juga sukakan yogurt yang kaya dengan kalsium. Sebaiknya, pilih yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk anak kita.


Jus buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak


Buah-buahan yang mengandungi vitamin, fiber dan rendah kalori juga sebenarnya digemari kanak-kanak. Sungguhpun begitu ramai ibu bapa tidak menyediakannya di rumah sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sebaliknya ramai lebih gemar menyimpan kerepek, keropok, biskut lemak dan pelbagai makanan ringan lain yang tidak berkhasiat untuk anak-anak.


Kebanyakan kanak-kanak juga gemar makan roti. Ibu bapa pula perlu memastikan mereka menikmatinya dengan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Contohnya, mentega kacang, berbanding mentega, krim, keju atau lain-lain makanan yang kaya dengan lemak. Mentega kacang juga tinggi kandungan lemaknya, tetapi kebanyakan lemak tersebut adalah lemak mono dan poli tak tepu, yang lebih sihat berbanding lemak tepu.

Pelbagaikan Cara Penyediaan Makanan untuk menarik minat anak kita makan

Selain menikmati roti dengan mentega kacang, kanak-kanak juga sukakan sandwic. Sediakan sandwic tuna berserta salad dan tomato segar. Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral. Jika menggunakan mayonis dalam sandwic, pilihlah yang rendah lemak, manakala roti pula yang berbijirin.

Untuk sarapan pagi, bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat, madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Bijirin boleh disajikan dengan buah-buahan agar kelihatan lebih menarik dan sihat untuk anak anda.

Ramai kanak-kanak tidak suka makan sayur, tetapi ada sayur-sayuran yang lebih digemari mereka. Contohnya, jagung, karot dan kekacang. Karot contohnya, tinggi kandungan fiber, vitamin A, vitamin C dan potasium.

Kanak-kanak juga sukakan biskut. Peranan ibu bapa dalam memastikan mereka makan makanan yang lebih sihat ialah menyediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat-zat lain.


With Love,
MamaMia

No comments: