28 September 2014

HUKUM FACEBOOK? HALAL? HARAM?

Dewasa ini Facebook atau Blog bukan lagi sesuatu yang baru.. Tidak keterlaluan jika saya katakan hampir semua umat manusia dimuka bumi ini tidak kira yang muda atau yang tua memiliki akaun Facebook.. Bukannya berbayar pun.

Hukum Facebook? Halal? Haram?
Hukum Facebook? Halal? Haram? 


Apakah hukum membuka akaun Facebook? 

  • Ada yang mengatakan hukumnya Haram kerana pemilik Facebook, Mark Zuckerberg menyumbangkan dana kepada bangsanya Yahudi. Tetapi dalam Islam, kita dibenarkan membeli, menjual dan mengguna pakai ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi ia masih halal.
  • Hukum membuka akaun Facebook dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya bagi menyerah Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
  • Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan supaya TIDAK membuka dan menyertai Facebook. Mereka boleh menasihati pengguna Facebook yang lain supaya sentiasa berhati-hati. TETAPI tidak boleh sewenangnya menuduh pengguna Facebook melakukan perkara HARAM secara umum. 

Beberapa kajian telah dibuat oleh para ilmuan Islam, namun ia masih GAGAL mencari bukti-bukti bagi menyokong andaian-andaian sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan Facebook adalah haram. Tanpa bukti, Islam tidak memberatkan kita membuat andaian dalam hal seumpana ini.

Sekiranya andaian sedemikian masih ingin digunakan, ianya akan mengakibakan kesukaran buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktiviti lain. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan BUKTI bertulis, selagi itulah HUKUM adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat Yahudi. 

Janganlah kita mengeluarkan fatwa kita sendiri dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram tanpa bukti yang jelas. 

Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati, bolehlah mengikuti saranan berikut:-


  1. Memanupulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan bagi mempromsi kefahaman Islam melalui penulisan, video, audio dan sebagainya.
  2. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang mebuang masa.
  3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya wanita) kerana tanpa kawalan ia boleh membawa mudarat berbanding manfaat. 
  4. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensetif seperti akauan bank. Cukuplah sekadar nama, tarikh lahir, dan pendidikan.
  5. Tidak terlibat dengan permainan yang bercanggah dengan Islam seperti ramalan nasib
  6. Tidak mempercayai applikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook sama ada atas dasar suka-suka ataupun tidak.
  7. Menyedari yang maklumat kita di Facebook boleh menjadi database pihak asing bagi memantau kehidupan dan informasi peribadi kita sekiranya tidak dikawal. 


Sekiranya semua ini dapat dijaga dan disedari, InsyaAllah penggunaan akaun Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau diBENARKAN. Malah, sekiranya ia lebih banyak mendatangkan faedah kepada Islam, maka ia DIGALAKKAN. Walaupun terdapat unsur syubhah, ianya dapat diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook.

Mudah-mudahan pengisian blog saya kali ini dapat membantu sedikit sebanyak kegusaran hati kita yang mempunyai akaun Facebook.

Credit : Ledakan Facebook Antara Dosa & Pahala - zaharuddin net.

No comments: