Benarkan MARAH itu Sumber Penyakit?
Tidak salah untuk kita marah, tetapi ketahuilah larangan
marah adalah termasuk larangan untuk menjauhi semua sebab dan perkara yang
boleh menyebabkan seseorang itu menjadi marah. Sifat pemarah boleh menimbulkan
keburukan dan permusuhan… Ia bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri
kita sendiri.. Kita harus ingat bahawa setiap manusia ada hati dan perasaan
yang perlu dijaga.
Marah!! Marah adalah sejenis emosi semulajadi yang ada pada
setiap individu yang tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada
seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan… Hingga ianya menyebabkan
individu tersebut tidak boleh mengawal atau mengubah emosi dirinya.. Ini
seterusnya akan membawa kepada emosi marah.
Orang yang selalu marah sering dikaitkan dengan panas baran.
Hal ini adakalanya tepat tetapi tidak sesuai jika kita hendak mengatakan bahawa
semua orang yang selalu marah itu adalah panas baran.. Ini kerana setiap
individu mempunya tahap marah yang berlainan dalam mengawal kemarahan mereka..
So, jangan tengok orang tu marah jer.. kita dah cop dia panas baran! Ini adalah
tanggapan yang salah.
Jika emosi marah tersebut boleh dikawal, ia tidak akan
membawa kepada apa-apa kesan buruk.. TETAPI apabila marah itu tidak dapat
dikawal, ianya akan memburukkan lagi keadaan seperti akan terjadinya kecederaan
fizika atau emosi akibat tidak balas orang lain. Malah ada pakar yang
berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi
masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan POSITIF kepada
kita.
Sering menjadi masalah apabila marah tidak tentu hala, orang
sekeliling kita juga aka nada perasaan yang sama. Mereka akan rasa hendak marah
apabila terpadang muka kita.. Teruknya! Sebelum nak marah tu, kita kena selidik
pokok pangkalnya.. Ingat! Tindakan marah kita yang tidak bertempa akan menjadi
sia-sia serta menjarakan hubungan ukhwah sesama manusia.
Sememangnya hidup ni banyak cabaran, dugaan dan penuh dengan
liku-liku dan ranjau yang haru dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan
ketenangan. Cabaran dan dugaan iu bermacam-macam bentuk, kesusahan,
kesengsaraan dan juga mugkin kesenangan dan kegembiraan.
Sifat marah itu adalah suaru sifat semulajadi manusia.. Cuma
perlu pada tempat dan masa yang betul.. Bukan mengikut perasaan dan hawa
nafsu.. Bagi kita yang beragama Islam yang beriman, sifat sabar itu menjadi
perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan.. Kita kena sentiasa redha
dengan takdir Allah SWT.
Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku
ketika seseorang itu hilang pertimbangan.. Ketahuilah ketika kita marah, kita
sedang dikuasai syaitan.. Akhirnya akan mengakibatkan berlakunya suasana tegang
seperi bertengkar sesame kawan atau mengherdik orang lebih tua darinya.
Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama dalam mengawal
kemarahan adalah dengan selalu berpuasa.. Sifat marah misalnya di tuntut agar
kita tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu
pengecut walaupun diri atau umat islam seluruhnya diancam atau dimusuhi..
Biarlah marah itu bertempat.
So, lepas ini, tolong kawal sikit kemarahan kita
ya! Peringatan untuk diri saya juga.
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment