Sebagai seorang ibu, menyusukan si manja adalah kenangan yang paling indah dalam hidup ini. Malangnya ketika itu saya hanya sempat menyusukan bayi saya tidak sampai setahun. Itu semua atas tuntutan kerja.. Namun, begitu saya bersyukur kerana anak saya kini telah berusia 8 tahun, dia telah tumbuh membesar dan sihat. InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya akan pastikan bayi saya mendapat ibu ibu selama 2 tahun.
|
Tip Tambah Susu Ibu Secara Semulajadi |
Sebenarya penyusuan susu ibu hendaklah diberikan kepada bayi sekurang-kurangnya 6 bulan. Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu mereka kurang menyebabkan mereka hanya memberikan susu formula kepada bayinya. Tiada istilah susu tiada atau susu kurang terutama bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.
Sebagai seorang ibu atau bakal ibu, kita perlulah kuat semangat dan keazaman yang tinggi dalam memenuhkan ilmu di dada tentang ilmu penyusuan. Bukan susah sangat pun dengan hanya google dan satu klik saja kita akan memperolehi info-info tentang penyusuan di internet. Entry kali ini saya nak sharekan sedikit sebanyak tip tambah susu ibu secara semulajadi
TIP TAMBAH SUSU IBU SECARA SEMULAJADI
1. Pemakanan Penggalak Susu (Milk Booster)
Salah satu cara untuk menambah susu badan ialah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan dan tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu atau bahasa orang putihnya Milk Booster, diantaranya..
- Lobak Putih amat sesuai dibuat sup bersama sayur-sayuran dan ikan bilis. Boleh juga diparut dan direndam didalam air suam dan kemudian airnya di minum begitu saja.
- Buah Longan Kering selalunya akan di rebus bersama kismis, barli atau buah kurma. Campurkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
- Kurma adalah merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protien, serat, glukosa. vitamin A & C, sodium dan potassium. Selain itu, kurma juga kaya dengan zat besi dan mampu membekalkan tenaga segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu
- Habbatus Sauda / Jintan Hitam (Black Seed) juga merupakan salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullaj. Sangat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Kini, bole didapati dalam bentuk kapsul.
- Pucuk Betik / Betik Muda boleh dimakan mentah atau di makan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
- Halba (Fenugreek) sangat mudah disediakan hanya dengan merendamnya besama air suam dan kemudia boleh diminum begitu saja. Bagi yang rajin, halba juga boleh diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.
- Moringga atau Pokok Kelor amat terkenal di kalanagn masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat melayu. Selain menambah susu ibu, ia juga sesuai di makan ketika sakit tekak ataupun selesema.
- Jantung Pisang sangat mudah diperolehi dan boleh dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman. Lagi sedap jika dimasak gulai lemak.
- Daun Cekur Manis / Pucuk Manis pula sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
- Kacang Soya merupakan makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu yang berupaya menambah pengeluaran susu ibu.
2. Pengambilan Air
Pengambilan Air kosong yang cukup oleh ibu menyusu amatlah penting bagi mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi atau kekurangn air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkn susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslaj meminum air masak sekurang-kurangnta 3 liter sehari
3. Pemakanan Seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahab dalam diet seharian. Selain untuk menyusukan bayi, ibu menyusu juga haruslah menjaga kesihatan.
|
Diantara makanan yang perlu diamalkan oleh ibu menyusu |
4. Psikologi
Dari sudut psokologi, para ibu digalakkan untuk berfikiran positif dengan sentiasa tetapkan dalam minda bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan stress atau tekanan kerana ianaya akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Bila kita sentiasa berfikiran positif, InsyaAllah, kita akan berasa lebih tenang dan seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
|
Kitaran punca susu ibu kurang |
5. Kekerapan Mengepam
Pengeluaran susu inu adalah berdasarkan kepada konsep Deman Vs Supply. Apabila kita semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi kita. Mengepamlah secara konsisten tanpa menunggu payudara bengkak atau breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutama semasa bayi tiada bersama kita.
|
Salah satu alat pengepan susu yang boleh membantu ibu menambah susu ibu |
6. Doa
Amalkan lah zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, Selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya kita berjaya menyusukan anak kita sehingga berumur dua tahun tertutamanya setiap kali selepas solat.
|
Doa yang diamalkan untuk membantu tambah susu ibu |
Tip-tip ini adalah antara cara menambah susu ibu. Selain itu, jika ada ibu-ibu yang menyusukan bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya sangat-sangat mencadangakan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh kita. Suplemen ini selalunya berfungi untuk memastikan tubuh kita sihat, bertenaga, tidak stress. Maka, proses penyusuan bayi dapat berlangsung dengan lancar.
|
Keratan Majalah iSihat tentang tip tingkatkan susu ibu |
Ini adalah suplemen set penyusuan Shaklee yang sering menjadi pilihan ibu-ibu menyusu. Di datangkan dalam pelbagai set untuk pilihan dan budget anda. Ingin mencuba set lengkap penyusuan Shaklee?
Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!
No comments:
Post a Comment