Ramai ibu-ibu yang rasa rendah diri kerana tidak cantik selepas bersalin. Mana tidaknya bentuk badan dah out of shape! Lebihan lemak pulak makin bertambah-tambah.. Kita sebagai wanita harus tahu untuk kelihatan cantik tidak datang dengan sendirinya, kita perlu berusaha untuk mengekalkannya.
Proses bersalin adalah suatu keadaan di mana banyak tenaga yang kita perlukan. Sangat penting bagi wanita yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga dan menegangkan kembali urat yang kendur. Sebaik-baiknya tiga hari selepas bersalin, kita haruslah berurut. Saya rasa bertuah kerana sepanjang tempoh saya berpantang selepas bersalin, saya di jaga oleh ibu kandung saya sendiri.
Dari pemakanan, urutan, sehingga mandian saya semua di jaga rapi oleh ibu saya... Saya juga mengamalkan pemakaian bengkung kain yang kena lilit-lilit tu selama tempoh 45 hari.. Alhamdulillah, kesannya geleber-geleber lemak kat bahagian perut tu tiada.. Syukur sangat-sangat!
Berbalik kepada story secreto to look beautiful after delivery ni.. Kini terdapat banyak rawatan moden untuk pulihkan ibu-ibu selepas bersalin tetapi jangan kita pinggirkan rawatan tradisional. Ketahuilah bahawa rawatan tradisional juga sangat membantu ibu-ibu selepas bersalin untuk kekal cantik dan langsing. Beberapa cara mengekalkan tubuh cantik selepas bersalin ialah dengan 4 rahsia ini..
BERTANGAS
- Fungsi utama bertangas adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ianya juga mengecutka rahim, merapatkan rahim dan mengharumkan kewanitaan. Selain itu tangas mampu mengecut, mengering dan mengetatkan rahim serta otot-otot yang kembang semasa mengandung dan proses bersalin
- Bahan-bahan yang digunakan ketika bertangkas biasanya herba semulajadi yang mudah didapati. Ramuan tangas adalah seperti daun sirih, halia, biji manjakani, daun inai, dan garam bukit. Segala bahan yang dikumpul perlu direbus terlebih dahulu. Bagi cara yang mudah untuk dilakukan dirumah, didih ramuan di dalam periuk dan letak kerusi diatasnya
- Tangas basah adalah merebus ramuan di dalam periuk sehingga mendidih. Terus bertangas dengan duduk di atas kerusi bersama kain sarung
- Tangas kering adalah mengunakan batu sungai yang dipanaskan seperti memanas batu bertungku. Kemudia masukkan batu tersebut bersama ramuan tangas dan bertangas diatasnya.
TERAPI URUTAN
- Terapi Urutan dapat merengang dan mengendurkan otot kejang serta meningkatkan pergerakan sendi. Urutan juga boleh mengaktifkan sistem saraf parasimpatis tubuh kita untuk melawan respon negatif terhadap stres. Selain itu urutan boleh meredakan ketegangan otot dan membolehkan degupan jantung, tekanan darah dan peredaran darah kembali normal
- Kekejangan otot ketika bersalin perlu diredakan. Otot yang kejang mengurangkan peredaran darah dan memberi kesan pernat dan sakit. Otot kejang boleh menekan dan meyepit saraf kita menyebabkan kesemutan, kebas atau sakit. Namun terapi urutan mampu meredakan otot-otot dan mengurangkan himpitan saraf
- Terapi urutan ini juga mampu meningkatkan aliran darah vena ke jantung. Peningkatan ini membawa lebih oksigen ke sel serta membuang sisa metabolisme yang membuat tubuh lesu. Dengan urutan, tona kulit juga menjadi cantik ini kerana dengan peningkatan peredaran darah membantu melembab dan memperbaiki tekstur kulit selain menghilangkan kekeringan.
BERTUNGKU
- Bertungku ketika berpantang membantu melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan dan juga boleh menguruskan badan. Terdapat dua pilihan batu tungku iaitu batu sungai atau besi. Batu tungku lebih ringgan tetapi cepat sejuk. Manakala besi pula berat tetapi lambat sejuk
- Cara memanaskan batu bertungku adalah dngan membakar di atas api dapur. bakar dalam 20 minit dan balut dengan daun mengkudu. Kemudian balut dengan kain dan kita boleh terus memulakan proses bertungku.
- Bertungku selepas bersalin lebih focus kepada mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkan rahim. Cara bertungku yang betul adalah dengan menolak batu di ari-ari ke atas secara berulang kali dengan pergerakan dari bawah ke atas.
- Bertungku di tapak kaki juga boleh di lakukan dengan kaki dirapatkan, kemudian gerakkan ke hadapan dn kebelakang. Jika tungku bulat, golek-golekkan tungku ke depan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
MANDI REMPAH
Mandi rempah penting untuk perawatan selepas bersalin kerana ia memberi keharuman pada tubuh. Selain itu, ia boleh membantu membersihkan vagina, merapatkan vagina, mengatasi insomnia dan memanaskan badan. Ramai yang tidak suka mandi rempah kerana tidak mahu bau rempah melekat pada badan. Sebenarnya bau rempah akan hilang tetapi khasiatnya kekal melekat. Diantara kelebihan mandi rempah :-
- Menghilangkan rasa penat
- Memecah lemak yang berlebihan
- Menaikkan sistem peranakan
- Menyihatkan peranakan
- Mencerahkan dan menghaluskan kulit
- Membetulkan dan melancarkan perjalanan darah
Bahan-bahan semulajadi yang boleh dipilih sebagai ramuan antaranya adalah daun pisang segra, daun limau purut, daun sera bersama serai, halia muda, daun pandan, daun kunyit, temu kunci dan lengkuas. Kekerapan mengamalkan mandi rempah bagi wanita yang selepas bersalin adalah setiap hari dalam tempoh 44 hari mereka berpantang. Ini bertujuan memulihkan sistem dalaman.
Mandi rempah tidak memerlukan kita menyiramkannya pada tubuh. Cukup sekadar berendam shingga 20 minit di dalam air rendaman rempah sahaja. Waktu terbaik untuk mandi rempah adalah pada waktu pagi dan petang sebelum senja.
BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU WANITA KEMBALI SIHAT DAN CANTIK SELEPAS BERSALIN?
Shaklee menyediakan beberapa set suplemen untuk anda yang baru melahirkan dan masih dalam pantang untuk kekal sihat dan bertenaga. Malah membantu memelihara kesihatan dalaman dan juga luaran wanita selepas melalui proses bersalin. Diantara suplemen yang menjadi pilahan wanita-wanita yang ingin kembali sihat dan cantik selepas bersalin ialah..
VitaLea Iron Formula adalah multivitamin dan multimeneral yang lengkap untuk keperluan tubuh badan. Formula lengkap dengan zat besi membantu dalam membentuk sel darah merah agar tidak mudah letih dan penat
Sustained Release Vita-C merangsang penyerapan zat besi dan asid folic. Meningkatkan sistem imunisasi serta mempercepatkan penyembuhan luka
B-Complex membantu dalam melawan tekanan dan stres, malah mampu mencegah anemia
Zinc Complex membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman. Ianya bukan saja bermanfaat kepada ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan tetapi juga bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal. Zinc juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin
Ostematrix mengandungi kalsium yang sangat penting untuk tulang, gigi dan gusi ibu serta anak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan. Ostematrix juga dapat mengelakkan daripada masalah sembelit
Energizing Soy Protein (ESP) adalah merupakan sumber protein untuk membentuk sel-sel baru. Memelihara kesihatan dan memberikan tenaga segera kepada ibu yang berpantang.
Alfalfa Complex membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang & lenguh-lenguh serta pemulihan rahim
Lecithin pula membantu memecahkan lemak bagi menurunkan berat badan. Ianya juga dapat mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku semasa dalam pantang.
Sustained Release Vita-C merangsang penyerapan zat besi dan asid folic. Meningkatkan sistem imunisasi serta mempercepatkan penyembuhan luka
B-Complex membantu dalam melawan tekanan dan stres, malah mampu mencegah anemia
Zinc Complex membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman. Ianya bukan saja bermanfaat kepada ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan tetapi juga bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal. Zinc juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin
Ostematrix mengandungi kalsium yang sangat penting untuk tulang, gigi dan gusi ibu serta anak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan. Ostematrix juga dapat mengelakkan daripada masalah sembelit
Energizing Soy Protein (ESP) adalah merupakan sumber protein untuk membentuk sel-sel baru. Memelihara kesihatan dan memberikan tenaga segera kepada ibu yang berpantang.
Alfalfa Complex membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang & lenguh-lenguh serta pemulihan rahim
Lecithin pula membantu memecahkan lemak bagi menurunkan berat badan. Ianya juga dapat mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku semasa dalam pantang.
3 Set PILIHAN Wanita-Wanita Dalam Pantang
Basic Set
- Vitalea Iron Formula
- SR Vita-C
- B-Complex
- Zinc Complex
ConfineMum Set
- Vitalea Iron Formula
- SR Vita-C
- C-Complex
- Zinc Complex
- Ostematrix
ConfineMum Set Premium
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Vitalea Iron Formula
- SR Vita-C
- B-Complex
- Ostematrix
- Alfalfa Complex
- Zinc Complex
- Lecithin
Dapatkan suplemen mengikut keperluan dan kemampuan kita. Hanya yang terbaik untuk wanita yang sentiasa ingin kekal sihat dan cantik selepas bersalin disini.
Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!
MamaMia
No comments:
Post a Comment