11 November 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | STATUS PRODUK SHAKLEE, HALAL ATAU TIDAK?

Status produk Shaklee sering menjadi pertikaian, HALAL ke tidak? Bukan hanya di pertikaikan oleh mereka yang alim ulama tetapi di pertikaikan oleh orang-orang yang baru nak menjadi alim ulama, atau singkatnya ulama jadian.. Mana tidaknya, bila tahu produk Shaklee berasal daripada syarikat pemakanan semulajadi nombor satu di Amerika  Syarikat. Maka, bermulalah isu halal dan haram tentang produk Shaklee dibangkitkan di Malaysia.

Produk Shaklee tidak halal
Status Produk Shaklee, Halal atau Tidak?? 

Persoalan yang sering dibangkitkan, bagaimana produk Shaklee di prosess di Amerika Syarikat? Amerika tu kan negara sekutu Yahudi.. Siapa yang melakukan pemprosesannya? Kat Amerika tu kan kebanyakan nya kafir, mana boleh kita Islam ni makan buatan kafir.. Status produk Shaklee ni halal ke tidak? Kalau dah Amerika yang keluarkan dan orang-orangnya yang buat produk Shaklee ni, dah sah-sah lah produk Shaklee ni tidak halal.

Pergghhh! Senangnya umat manusia yang cetek pemikirannya mengatakan produk Shaklee tu tidak halal. Hanya kerana produk Shaklee berasal dari Amerika Syarikat dan pemilik syarikat bukan Islam, kita meletakan statusnya yang halal kepada tidak halal. Siapa kita yang sewenangnya meletakkan hukum halal dan haram nya sesuatu produk itu tanpa menyelidik dan mengkaji tentang produk tersebut terlebih dahulu.

Shaklee telah bertahan dan berada dipasaran sejak 56 tahun lalu. Bermacam-macam isu yang ditimbulkan hampir setiap tahun tentang status halal Shaklee ni.. Tetapi sehingga kini, produk Shaklee masih berada di pasaran.. Kalau produk Shaklee ni tidak halal, rasa-rasanya dah lama merundum dipasaran. Maklumlah rata-rata pengedar Shaklee ni terdiri daripada masyarakat melayu muslim.

Betulkah status produk Shaklee ni halal? Ada bukti? Inilah yang selalu ditanyakan oleh mereka yang was-was terhadap status produk Shaklee, tetapi mempunyai keinginan untuk mencuba produk Shaklee.. So, sebagai pengedar Shaklee, kita tidak harus mengabaikan persoalan mereka ini, atau terus nak emosi atau melenting.. Kita seharusnya memberikan penerangan berserta bukti yang menunjukan bahawa status produk Shaklee ni sebenarnya HALAL. 

Sijil halal produk shaklee
Sijil Halal Produk Shaklee yang Diperbaharui Setiap Tahun 

Status produk Shaklee adalah HALAL dan sijil halalnya dikeluarkan oleh "Islamic Service of America" atau ISA yang diiktiraf diseluruh dunia. Ini bermakna, status produk Shaklee bukan saja halal di Malaysia malah dipasaran antarabangsa. Jadi, takya lah kita nak menyusahkan diri mencari Sijil Halal dari JAKIM semata-mata nak tunjuk bukti.. Kita guna Sijil Halal dari ISA ni dah cukup kuat membuktikan status produk Shaklee adalah halal. 

Setiap tahun pihak syarikat Shaklee akan memperbaharui Sijil Halal bagi setiap produknya.. Buangkan lah segara keraguan kita terhadap status produk Shaklee ni kerana ia dah sah-sah halal ye. Bagi yang suka membangkitkan isu status produk Shaklee ni, kita layan kan je.. Mungkin kita tidak tahu, suatu hari nanti mereka yang sering mempertikaikan status produk Shaklee ni akan menjadi pengemar produk Shaklee, atau mungkin menjadi pengedar sah Shaklee pulak kan.

Kalau dah tau status produk Shaklee ni halal, jom kita cuba set basic/budget untuk kesihatan kita.

 Set Basic Budget


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

No comments: