Menurut Profesor Doktor Muhaya Mohamad, kita sakit bukanlah disebabkan oleh kuman, tetapi kerana badan kita lemah. Apa yang melemahkan kita? Pemikiran negatif yang membuatkan kita lemah. Sakit yang kita alami biasanya 75% disebabkan oleh minda. Oleh itu, betulkan minda dengan cara kita betulkan akidah dan tabiat.
Fikiran kita terbentuk daripada tabiat dan sistem kepercayaan kita. Oleh sebab itu, kita perlu betulkan sistem kepercayaan dan tujuan hidup kta. Ini bermakna, rasakan betapa hidup kita pada setiap hari itu berharga, demi mencari reda Allah.
Menurutnya satu kajian, orang yang selalu dijangkiti demam, contohnya lebih daripada sekali daam tempoh enam bulan, orang itu sebenarnya sedang stress dan tidak sihat. Tidak sepatutnya orang normal mendapat demam lebih dari sekali dalam tempoh enam bulan.
Biasanya orang yang memiliki pelbagai jenis gejala penyakit adalah orag yang memerlukan perhatian. Ini kerana, mereka tidak yakin pada diri dan tidak menyayangi diri sendiri dan membiarkan dirinya sakit. Mengapa mereka tidak menyayangi diri? Ini kerana mereka tidak tahu menilai diri dan mengenal diri mereka sendiri.
Bila kita terlalu focus pada perkara yang negatif dan tidak sihat, maka secara langsung pemikiran kita juga akan menjadi negatif. Ini merupakan punca kenapa kita selalu sakit. Apabila kita salalu sakit, fikirkan juga apakah dosa yang sudah kita lakukan? Mohon ampun dengan orang, manalah tahu kita pernah membuat kesalahan pada mereka, dan Allah menurunkan sakit kepada kita untuk menbersihkan dosa dan memberikan kita kesedaran.
Ini tidak, bila kita demam atau selalu sakit, kita menyalahkan orang lain. Mereka batuk, lalu berjangkit kepada kita. Kita menganggap apabila kita selalu sakit semuanya disebabkan oleh jangkitan. Tetapi sebenarnya kita selalu sakit bukan kerana kuman atau jangkitan, ianya disebabkan kita lemah.
Kenapa kita lemah? Ini kerana sistem imuniti tubuh kita yang lemah.. Kenapa sistem imuniti tubuh kita lemah? Ini kerana kita selalu berfikiran negatif dan suka bercakap perkara yang tidak baik. Malah, kita juga melihat berita yang tidak baik dab turur membaca perkara yang berunsurkan negatif. Ini semua menyebabkan kitaran negatif dalam persekitaran kita menjadi banyak, seterusnya menjadi punca kenapa kita selalu sakit.
Kita bertanggungjawab menjaga kesihatan diri dan keluarga kita agar tidak selalu sakit. Jagalah kesihatan dan makan vitamin, terutamanya vitamin C dan banyakkan beristighfar. Contohnya bila kita terasa diri mula dijangkiti selesema, terus makan vitamin C. Jangan menyalahkan musim hujan penyebab kita selesema pulak.
Mudah-mudahan perkongsian dalam entry kali ini dapat membantu dan dijadikan amalan seharian kita untuk kekal sihat dan menghidarkan diri dari selalu sakit. Sentiasalah berkata pada diri kita "Saya bersyukur dan gembira kerana kekal sihat". InsyaAllah bila kita berfikiran positif, maka positiflah yang kita akan perolehi.
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment