08 November 2014

CINTA HATI MAMA TILL JANNAH

Sebagai seorang ibu, saya begitu menikberatkan segala keperluan cinta hati saya the one and only doter @ Caca dari segala-galanya. Dari keperluan hariannya  hinggalah kepada pendidikan semua saya ambil peduli.. begitulah bila kita terlalu cintakan anak kita lebih dari segalanya..

Cinta Hati Mama
Caca ketika berusia 2 tahun
Caca adalah cinta hati mama till Jannah.. Walaupun kadang-kadang tu tingkah laku nya buat mama nya ni stress, tetapi rasa sayang tidak sedikit pun pudar.. Tidak ada seorang ibu pun yang membenci anaknya.. Tak gitu? Sedangkan binatang kasih akan anak-anaknya, inikan pulak kita manusia makluk Allah yang paling sempurna didunia ini.

Cinta hati mama ini lahir pada 1 Januari 2007 tepat jam 2:24 pagi.. Ramai yang kata melahirkan anak sulung ni susah sikit.. Tetapi tidak bagi saya semasa melahirkan Caca.. Tepat jam 2 pagi saya sampai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, jururawat kata dah terbuka 9cm, masa tu tak paham apa pun.. Tup-tup kena tolak masuk wad bersalin, rasa-rasanya push 3kali dah keluar dah cinta hati mama ni kat muka bumi ni.

Alhamdulillah! rasa syukur teranat sangat kerana saya telah menjadi sorang ibu.. Betullah apa yang mak saya kata sebelum ni, bila kita dah ada anak dan menjadi seorang ibu barulah kita tahu akan besarnya pengorbanan ibu kita terhadap kita sebelum ini... Saya akui itu 100%..

Cinta Hati Mama
Ketika Ulang Tahun Caca yang Ke-3

Kini Caca @ Dania Mairisya, cinta hati mama akan mengijak usia 8 tahun dalam beberapa bulan lagi.. Setiap kali nak menjelang hari lahirnya, pasti bermacam-macam permintaannya.. Saya cuma iyakan saja.. hahahaha.. Mujurlah rezeki daripada Allah tidak pernah putus, setiap tahun saya masih berkemampuan menyambut hari kelahiran cinta hati mama ini walaupun secara sederhana.. As long she happy ill be happy too.

Cinta Hati Mama
Ketika Caca Menyambut Ulang Tahunnya yang Ke 4 Tahun

Walaupun kini rakan sebaya nya baru bersekolah dalam darjah satu, tapi Caca dah bersekolah dalam darjah dua.. Caca masuk sekolah awal dek kerana tarikh lahirnya pada 1 Januari.. Itulah salah satu kelebihan yang ada pada cinta hati mama ini.

Cinta Hati Mama
Kini, usia Caca dah nak masuk 8 tahun tau
Cinta hati mama inilah yang sering menjadi penawar dikala mamanya ini mengalami kedukaan atau stress.. Melihat wajah Caca yang polos itu sudah cukup membuatkan hati mamanya ini sejuk.. Begitulah hebatnya penangan cinta hati mama seoraing ini. Mama love you till Jannah sayang!


With Love,
MamaMia

No comments: