Kira-kira 8 tahun yang lalu ketika saya sedang sarat mengandung anak tunggal saya, pelbagai persiapan bersalin yang saya sediakan.. Bukan hanya persiapan bersalin untuk bakal baby, tetapi juga untuk diri saya sendiri bakal ibu.
Mungkin saya bernasib baik kerana mak saya sangat-sangat membantu saya dalam menyediakan persiapan bersalin.. Mana tidaknya saya kan anak sulung, dan bayi dalam kandungan saya pulak merupakan cucu sulung dalam keluarga.. Sah-sahlah mak saya lagi excited menyediakan segala persiapan bersalin untuk saya.
Persiapan Bersalin Anak Pertama Bagi Bakal Ibu |
Mungkin saya bernasib baik kerana mak saya sangat-sangat membantu saya dalam menyediakan persiapan bersalin.. Mana tidaknya saya kan anak sulung, dan bayi dalam kandungan saya pulak merupakan cucu sulung dalam keluarga.. Sah-sahlah mak saya lagi excited menyediakan segala persiapan bersalin untuk saya.
PERSIAPAN BERSALIN UNTUK BAKAL BAYI
1. Baju 12 pasang (6 untuk siang dan 6 untuk malam)
- Untuk baju siang, kenalah yang berlubang-lubang, lengan pendek berserta seluar panjang / pendek
- Baju malam pula berlengan panjang dan berbutang di tengah mudah di buka.
2. Sarung tangan dan sarung kaki (Mitten & bootie)
- Minima 12 pasang, tapi lagi banyak lagi bagus
- Ini bagi mengelakkan baby tercakar muka bila kuku panjang.
3. Barut
- Minima 6 pasang, tapi saya sediakan dalam 12 pasang memudahkan kita menukarnya
- Ini ialah kain ikat perut baby bagi elak kembung perut.
4. Selimut minima 3 helai
- Selalunya akan digunakan pada waktu malam supaya baby tak masuk angin.
5. Tuala, Sapu Tangan dan Topi Baby
- Untuk keperluan harian
6. Set Tempat Tidur Baby
- Set ni mengandungi bantal, tilam kecil, kelambu dan changing mat.
7. Lampin
- Minima 12 kira sedozen ni pun dah cukup kerana sekarang ni lagi mudah pakai pampers pakai buang.
8. Pampers
- Kita sediakan satu pek saiz newborn dulu atau saiz s
9. Wet Tissue
- Wet tissue kena banyak untuk memudahkan kita lap najis baby.
10. Cotton Bud Baby & Ball Cotton
11. Besen Mandi Bayi
12. Botol Susu Kecil dan Puting pendek
- Sediakan minimum 2 - 3 botol susu.
13. Set mandian bayi, losyen, bedak dan juga minyak bayi
PERSIAPAN BERSALIN UNTUK BAKAL IBU
- Menternity pad
- Stokin
- Bengkung untuk kempiskan perut
- Kain Sarung Batik
- Baju yang berbutang di depan bagi memudahkan kita menyusukan bayi
- Bra breast feeding
- Manjakani untuk direbus dan minum air nya bagi mengecutkan peranakan
- Halia, kunyit, asam jawa, gula melaka untuk dijadikan junk food sepanjang berpantang
PERSIAPAN BERSALIN IBU DAN ANAK YANG PATUT DIBAWA KE HOSPITAL
- Baju baby
- Barut
- Sarung tangan & Kaki
- Selimut & Topi
- Lampin & Pamper
- Menternity pad
- Stokin
- Kain Sarung Batik
- Baju yang berbutang di depan bagi memudahkan kita menyusukan bayi
- Selipar Jepun
Ini sajalah sedikit sebanyak persiapan bersalin yang perlu disediakan untuk bakal bayi dan bakal ibu.. Terutama sekali ibu muda atau yang bakal menimang cahaya mata pertama.. Tima saya bersalin dulu, saya tak kenal dengan Shaklee lagi, jadi memang takde sedia pun apa-apa suplemen Shaklee. InsyALLAH kalau ada rezeki lagi nanti, pasti suplement Shaklee masuk dalam list persiapan bersalin..
Bagi ibu-ibu muda, boleh merujuk kepada ibu atau kakak atau kawan-kawan tentang persiapan bersalin.. Kita sediakan yang mana-mana perlu saja dan jangan terlalu berlebihan pulak.. Selalunya usia kandungan dah 8 bulan keatas barulah kita mengemas-gemas dan menyediakan persiapan bersalik untuk diri dan bakal ibu yang hendak dibawa ke hospital. Masukkan dalam beg siap-siap.
Bagi bakal ibu yang ingin mencuba set berpantang produk Shaklee sepanjang berpantang nanti, amat saya galakkan..

Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment