Master Celebration... Apa itu Master Celebration? Ada diantara kita yang dah SID pun masih tak tahu tentang ini.. Masa mula-mula join Shaklee dulu saya pun tak tahu.. Master Celebration adalah hari meraihkan pengedar Shaklee yang telah mencapai rank tertinggi dalam Shaklee.
With Love,
MamaMia
First Master Celebration yang saya involve secara langsung ialah ketika meraikan Master Celebration Master Azrin Mohd dan suaminya pada 19 April 2014 di Pullman Hotel, Putrajaya.. Mana taknya saya dan 3 orang rakan lain di tugaskan membantu mengagihkan badge kepada semua tetamu yang hadir pada hari tersebut.. Kena pastikan tetamu mengisi guest book sekali tau.
Mesti pelik kenapa saya kena terlibat dalam Master Celebration Master Azrin.. Ha'aa kalau nak tau, Master Azrin ni ialah super duper power upline saya.. Saya ni kira keturunan Master Azrin yang ke-6, jauh ooo, tapi takde lah pulak saya terasa jauh dengan beliau.. Rasa macam dekat saja, mungkin kerana keramahan beliau dan caring akan anak cucu cicit puit miut nya membuatkan saya tidak terasa kejauhan itu..
Lupa pulak, malam sebelum Master Celebration Master Azrin, group DCTS by ibu Siti Norizah buat gathering dengan anak cucu cicit Shakleenya kat rumah Kak Norazimah kat area Putrajaya juga.. Ada BBQ gitu, makan sampai pengsan jugalah.. hahaha.. Paling best dapat berkenal-kenalan secara face to face dengan saudara-saudara Shaklee DCTS.. Sebelum ni kenal kat alam maya je, bila dah jumpa hubungan ukhwah kitorang semakin erat hingga kini.
Master Azrin terbang jauh dari Miri ke Putrajaya, saya pulak dari Kota Kinabalu, ada yang dari Tawau, dari Bintulu.. Tidak kurang juga yang memandu jauh dari Johor, dari Perak, Terengganu dan Pahang ke Putrajaya.. Niat kami hanya satu, iaitu untuk meraikan Master Celebration Master Azrin di Pullman Hotel Putrajaya.. Begitu hebat sekali penangan Master Celebration Master Azrin..
Master Azrin, beliau ni founder OSF group yang merupakan First Shaklee Distributor bergelar Master Shaklee yang hanya menjalankan perniagaan Shaklee secara online di media sosial seperti FB dan blog.. Hebatkan! Diraihkan bak puteri oleh pihak Shaklee tanpa perlu mengeluarkan walau sesen pun wang ringgit sendiri.. Susah tau nak dapat peluang macam ni..
Ketika Master Celebration beliau, saya berasa sangat kagum melihat bagaimana pihak Shaklee meraikannya. Dari hidangan makanan secara buffet sehinggalah ke perarakan didalam dewan di Pullman Hotel. Master Azrin dan suami diraikan bak pengantin baru naik pelamin.. Taburan bunga mawar ketika beliau dan suami memasuki dewan berserta sorakan tetamu yang hadir cukup membuat saya rasa terpaku. Mungkinkah suatu hari nanti saya juga akan diraih sebegini?
Saya berasa berasa sangat bertuah dapat menghadiri Master Celebration Master Azrin dan Master Azmi (suami Master Azrin), apatah lagi saya dapat menyumbang sedikit tenaga saya membantu beliau yang diraihkan oleh Shaklee. Lagi yang membuat saya sangat gembira ialah dapat menemui Master-master dan Presidential Master Shaklee yang lain..
Diantara Master-master Shaklee yang dapat saya temui ialah Lyna Noh dan Hadhatina, beliau berdua ni Presidential Master Shaklee dah tau.. Masih muda lagi dah bergelar Presidential Master, lagi hebat.. Rupa-rupanya pihak Shaklee menjemput kesemua Master Shaklee yang lain untuk hadir di Master Celebration Master Azrin... Walaupun tidak semua Master Shaklee yang datang, tapi dapat melihat sebahagian daripada mereka yang hadir secara langsung di depan mata dah cukup buat saya happy! Lagi berkobar-kobar didalam hati ini untuk menjadi seperti mereka, InsyaAllah!
Kalau kita dah bergelar SID tak kiralah kita nak makan sendiri atau nak buat business, luang-luangkan lah masa kita menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh Shaklee.. Kebanyakannya percuma jer pun.. Kalau ada yang berbayar pun tak mahal mana.. Bagi yang baru ingin mengenali Shaklee dan merasakan aura-aura positif ini, boleh je hubungi saya.
Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment