Sejak minggu lepas ni dok kecoh tentang Kak Mah Vs Zulaika di media sosial.. Siapa tu? Artis.. Bangsawan.. Siapa pun mereka bukan hak kita untuk menuding jari.. Tetapi sukar untuk saya percaya bila si suami yang dah melakukan perzinaan dengan wanita lain menyalahkan isterinya.
Menurut artikel di Sinar Harian, si suami yang sudah berkahwin selama 10 tahun mempunyai hubungan terlarang dengan seorang janda hanya kerana isterinya sudah tidak cantik seperti dulu. ALASAN apakah ini? Memang mengeramkan! Si suami telah menulis sepucuk surat kepada si isteri menerangkan di mana silap nya..
Kerana surat dan penerangan si suami ini, si isteri menerima dan memaafkan si suami... Menurutnya itu adalah fitrah seorang lelaki.. Mulia dan lembut nya hati seorang isteri. Sememangnya fitrah lelaki menginginkan wanita yang cantik..
Ada tak lelaki yang nak wanita pengotor, selekeh, lagi-lagi yang badan berbau? Kalau boleh mereka nak kan yang sempurna dari segala segi.. Tetapi sempurna kah lelaki itu sebagai suami? Mampukah mereka mengantikan tempat isteri untuk membuat kerja-kerja rumah?
Tetapi kalau dah berkahwin dan beristeri tu, kenalah tahu batasan. Si isteri jadi tak cantik, shaping pun dah lari semuanya kerana penat menjaga makan minum dan keperluan si suami dan anak-anak di rumah. Jangan jadikan ALASAN isteri dah tak cantik untuk membuat hubungan terlarang sebegini.
Wanita-wanita atau isteri-isteri diluar sana, jangan lah pulak bila dah kahwin terus mengabaikan kebersihan dan penampilan diri.. Dalam agama Islam mahupun agama-agama lain turut menekankan tentang kebersihan dan kekemasan diri tidak kira sebelum atau pun sesudah kita berkahwin.. Buktikan kat suami-suami anda yang wanita telah berkahwin atau mempunyai anak pun masih mampu kelihatan cantik menawan.
Dapatkan Rahsia Sihat, Cantik dan Menawan KLIK DI BAWAH
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment