01 November 2014

NOVEMBER DATANG LAGI

November Datang Lagi
Selamat Datang November 2014

Oktober telah berlalu melabuhkan tirainya semalam Kini, November pulak yang bertandang.. Apa yang istimewanya bulan November ni? Bagi kebanyakkan ibu bapa tentunya cuti sekolah yang bakal bermula pada pertengahan bulan November ni yang mengembirakan.. Yeahhh! of course lah saya pun suka.

Mana tak sukanya, keadaan jalan raya sepanjang cuti sekolah tidaklah terlalu sesak berbanding musim persekolahan.. jimat masa, jimat minyakkk kereta lagi penting.. malah saya tidak perlu terkejar-kejar nak keluar waktu tengahari untuk mengambil anak di sekolah agama dan hantar ke sekolah kebangsaan.. begitu juga pada sebelah petangnya.

Bukan nak kata saya rasa terbeban untuk menguruskan anak ni time persekolahan, cuma saya rasa dapat merehatkan diri seketika... paling penting saya akan dapat lebih focus dengan kerja-kerja saya dan biz shaklee.. wah! macam best la pulak bunyi nya.. Mungkin yang belum mempunyai anak tidak dapat merasakan kelebihan yang ada pada musim cuti sekolah nanti. 

Bagi anak-anak pulak, cuti sekolah memang sangat best. Mana tidaknya mereka dapat bercuti-cuti dan merehatkan minda dari belajar untuk seketika.. Ada pulak yang bernasib baik kerana ibubapa membawa mereka bercuti ke tempat-tempat menarik di dalam dan juga luar negara.. untung.. untung.. bertuah betul menjadi kanak-kanak zaman sekarang ni.

Mungkin ramai yang akan menyambut hari lahir pada bulan November ini. Tidak kurang juga ada yang akan bertunang dan melangsungkan perkahwinan. Tahniahlah saya ucapkan untuk anda semua..Walau apa pun yang bakal belaku pada bulan November ni, mudah-mudahan ianya adalah lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya. InsyaAllah, Amin.



With Love,
MamaMia

No comments: