22 November 2014

9 TIP UNTUK IBU MUDA KEKAL AKTIF SEPANJANG HARI

Sejak melahirkan anak kecil, apatah lagi jika anak pertama, tidak mungkin kita akan dapat tidur 8 jam sehari seperti sebelumnya. Pastinya kita akan sibuk melayan karenah dan telatah anak kecil kita. Keadaan inilah yang menyebabkan kita terutamanya ibu muda menjadi letih, lesu dan kurang bersemangat dek kerana tidak cukup rehat.

Jadi, untuk mengembalikan tenaga kita dalam menguruskan si comel dan kekal aktif sepanjang hari, cubalah petua dan tip ini.

1. MANDI
  • Sesibuk mana pun kita menguruskan anak-anak, cubalah bersihkan diri dengan air seperti mandi. Ianya akan membuatkan tubuh kita berasa lebih segar. Ini bukan saja mampu menghilangkan penat badan tetapi fikiran kita juga akan menjadi lebih tenang

2. MINUM AIR
  • Kekurangan air akan mempengaruhi kesihatan sehingga mampu menyebabkan sakit kepala, kepenatan dan kekurangan Tenaga. Bila kita merasa penat, berhentilah seketika dan Minumlah sebotol air putih. 

3. SARAPAN, JANGAN LUPA!
  • Sebagai ibu, kita sentiasa memastikan anak-anak kita mengambil sarapan yang sihat sebelum ke sekolah atau bermain. Tetapi, bagaimana dengan diri kita? Secawan minuman panas sahaja tidak cukup untuk kita memulakan aktiviti harian kita. Maka, ambil lah sarapan pagi untuk memastikan kita bertenaga dan dapat melakukan aktiviti sepanjang hari.

4. BAD MOM
  • Ini bukan bermakna kita menjadi ibu yang jahat. Tetapi hanya membiarkan anak-anak kita dalam masa 10-30 minit untuk bermain tanpa diawasi bagi merehatkan diri kita. Contohnya dengan membiarkan anak-anak menonton TV atau bermain dibilik mainan beberapa waktu. Pastinya anak kita turut merasa bahagia dan kita pun dapat berehat seketika.

5. GANTIKAN PAKAIAN
  • Setelah seharian menguruskan anak bermain dengan pakaian yang sama, cubalah gantikan pakaian kita dengan yang lebih segar dan boleh memberikan kita semangat. Pakailah baju yang jarang kita pakai atau baju baru untuk mewarnai perasaan kit.

6. TIDUR LEBIH LAMA
  • Ada diantara kita yang sanggup mengambil minuman berkafein semata-mata untuk terus berjaga. Ini kerana kita mungkin tidak mendapat tidur 8 jam yang cukup. Namun, mengambil kafein hanya akan membuatkan kita penat dan berat badan akan meningkat. Lebih baik kita tidur satu jam awal daripada biasa dan mengurangkan aktiviti seperti menonton televisyen atau komputer.

7. SNEK UNTUK KESIHATAN
  • Apabila anak kita mula aktif, cubalah mengambil snek secara teratur untuk kesihatan iaitu dua jam selepas sarapan. Kita juga boleh mengambil makanan manis seperti pisang dan yogourt untuk menambah darah dalam badan. Amalkan pengambilan sayuran dan buah-buahan.

8. BERSENAM BERSAMA ANAK
  • Bersenamlah bersama anak-anak seperti berjalan-jalan disekitar rumah sambil membawa stroller atau kita boleh bermain, menyanyi dan menari bersama mereka. Aktiviti ini mampu meningkatkan tenaga kita.

9. LUANGKAN MASA BERMAIN DENGAN ANAK
  • Dalam sehari, kita sentiasa mengawasi dan mengajar anak kita. Namun, jangan terlalu ketat, luangkan sedikit masa untuk bermain dengan mereka kerana kita dan anak kita memerlukan hiburan dan suasana yang menyenangkan

Mudah-mudahan tip ini berguna untuk ibu-ibu muda di luar sana kekal aktif sepanjang hari. Mungkin sekarang kita merasa kesukaran dalam memjadga dan membesarakan anak-anak. InsyaAllah semua ini akan menjadi lebih mudah untuk kita bila mereka dewasa kelak. 

Jika anda ingin kekal bertenaga sepanjang hari, juga boleh mengamalkan pengambilan Cinch Energy Tea Shaklee. Ianya mengandungi taurina yang membantu meningkatkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan kaya dengan antioksidan. Ketahui lebih lanjut klik Apa itu Cinch Energy Tea.

 Kekal Bertenaga Dengan Cinch Energy Tea


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

No comments: