09 November 2014

IMPIAN SAYA MENJADI KAYA | KAYA DUNIA DAN AKHIRAT BERSAMA SHAKLEE

Impian? Setiap orang di muka bumi ini mempunyai impian.. Tidak kiralah sama ada mpian untuk berjaya, impian untuk bahagia, impian untuk kaya, impian sihat.. Bermacam-macam impian yang di impikan dalam kehidupan ini.. Beranilah bermimpi untuk mencapai impian, diikuti dengan usaha, pastinya impian akan terlaksana.

Impian saya berduit banyak
Impian Saya menjadi Kaya dan mempunyai duit yang banyak

Begitu juga dengan saya..  Saya juga punya impian.. Apakah Impian saya? Sebenarnya tertalu banyak impian saya.. Sebelum mengenali Shaklee saya telah memasang impian untuk memiliki perniagaan sendiri, ini kerana saya minat berniaga, tak kisahlah berniaga kedai makan, kedai runcit, kedai pakaian yang penting menjalankan perniagaan.. Impian saya untuk memiliki duit banyak... hahahaha.. Mungkin pelik dan ada yang cakap saya mata duitan.. Tapi itulah impian saya. 

Impian saya adalah untuk memiliki duit yang banyak.. Kalau di singkatkan impian saya untuk kaya.. Bila dah ada duit banyak, saya boleh buat macam-macam bentuk perniagaan lagi.. Bila dah ada duit banyak, saya boleh melancong dan membawa keluarga saya menunaikan umrah.. Bila dah ada duit banyak saya boleh memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak saya.. Bila dah ada duit banyak, saya boleh membantu orang yang susah seperti mana saya susah.. Jadi, impian saya untuk kaya tidak pernah padam.

duit oh duit
Impian saya menjadi kaya akan tercapai jika berduit banyak

Saya dah buat bermacam-macam part time business untuk mencapai impian saya.. Iyalah, saya nak buka perniagaan sendiri tak mampu, kena ada modal banyak.. Jadi, saya buat part time sambil saya bekerja, kumpul-kumpul modal.. malangnya modal tak penah cukup, macam mana nak capai impian memiliki perniagaan sendiri? Macam mana nak ada duit banyak? Macam mana saya nak kaya? Semua itu tidak mudah untuk saya kecapi tanpa usaha.. Sampai kadang-kadang terfikir tentang diri saya yang sampai tua lah akan makan gaji dengan majikan saya sekarang ni.

Itu dulu, impian saya sebelum saya mengenali Shaklee.. Kini, setelah saya mengenali Shaklee, impian saya menjadi kaya dan memiliki perniagaan sendiri terbuka luas.. Walaupun saya masih tidak memiliki kedai, saya kini memiliki perniagaan secara online bersama Shaklee.. Untuk mencapai impian saya memiliki perniagaan dan menjadi usahawan Shaklee telah ada didepan mata.. Hanya perlukan kesungguhan dan kebijaksaan saya bagi merealisasikan impian itu.


Duit mampu menjadikan impian saya menjadi kaya
Duit bukan segala-galanya, tetapi duit menjadikan kita hidup selesa

Impian saya untuk menjadi kaya... Impian saya untuk memilik duit yang banyak. Ini impian orang yang tamak seperti saya.. Biarlah saya menjadi tamak untuk kesenangan keluarga dan kebaikan semua orang disekeliling saya.. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. Memang duit tidak memberi kebahagian, tetapi duit memberi keselesaan.

Untuk mencapai impian saya menjadi kaya dan memilik duit yang banyak, saya telah setkan dalam minda saya yang duit itu penting. Bila saya dah setkan begitu ianya akan menjadikan saya magnet kepada duit.. Alhamdulillah, walaupun tak sebanyak mana duit yang saya ada, tapi saya sentiasa mempunyai duit yang mencukupi kehidupan saya sekeluarga. Dengan Shaklee pendapatan saya bertambah, ini bermakna duit saya juga bertambah bukan..

Impian saya menjadi kaya
Saya setkan dalam minda saya yang duit itu penting

Bila dah ada duit, saya boleh membahagiakan keluarga saya.. Contohnya kami sekeluarga dapat meluangkan masa bercuti-cuti di Langkawi.. percutiaan kami ini adalah hasil pendapatan sampingan saya bersama Shaklee.. Nyata dan pasti, dengan Shaklee saya berpeluang untuk saya mencapai impain saya untuk menjadi kaya.

Bonus Shaklee merealisasikan impian saya bercuti dengan keluarga
Percutian saya bersama keluarga dengan duit bonus Shaklee
Baru bercuti di Langkawi dah kecoh kan.. orang lain bercuti kat oversea lagi.. Ini baru permulaan dalam mencapai impian saya menjadi kaya.. Bercuti dalam negara pun ok juga apa, daripada yang dok kat rumah tak pernah bercuti kemana-mana tu camana? Tak nak usaha, tau dok kutuk dan mengata orang.. Impian? entah ada ke tidak.. Saya ni belum kaya lagi.. InsyaAllah selagi saya berusaha dan tidak berputus asa dalam menjalankan perniagaan Shaklee ini, saya yakin akan mampu membawa keluarga saya bercuti ke luar negara.

Impian percutian saya yang tidak pernah padam, InsyaAllah

Dulu, saya hanya melihat kawan-kawan saya mengunakan gadjet mahal jenama Apple. Bagi saya Iphone, Ipad dan MacBook hanya untuk orang-orang kaya.. Tetapi kerana keinginan untuk memilikinya, saya programkan di dalam minda saya, yang saya akan menjadi kaya.. Saya akan mampu memilikinya.. Mungkin Allah mendengar akan keinginan saya, rezeki saya dimurahkan dengan perniagaan Shaklee.. Duit bonus Shaklee yang saya terima setiap bulan saya kumpul dan saya simpan...

Mula-mula saya miliki Ipad.. beberapa bulan kemudian saya miliki Iphone.. Akhirnya seminggu sebelum hari kalahiran saya yang 35tahun pada bulan Oktober baru-baru ini, saya mampu membeli MacBook Air untuk diri saya sendiri.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.. Bila kita sentiasa berfikiran positif dan memprogramkan benda-benda yang positif dalam minda kita, InsyaAllah apa yang kita inginkan pasti tercapai. Cepat atau lambat bergantung kepada usaha kita juga tau..

Impian saya menjadi kaya
MacBook Air yang kini saya miliki adalah sebahagian daripada Impian saya menjadi kaya

Saya dah kaya ke? Saya belum kaya lagi, tetapi saya sedang berusaha kearah itu.. Impian saya menjadi kaya semakin hampir.. Melihat kejayaan upline-upline saya dalam perniagaan Shaklee telah memberikan saya lebih kekuatan dan semangat untuk mencapai impian saya menjadi kaya. Dulu mereka juga orang biasa seperti saya, tapi kini mereka mampu memiliki apa saya yang di ingin kerana mereka mempunyai duit yang banyak.. Bukan itu saja, mereka mampu memberikan keselesaan kepada keluarga mereka hanya dengan menjalankan perniagaan Shaklee.

Kaya dengan Shaklee
Mereka adalah sumber inspirasi saya mengejar impian menjadi kaya dengan Shaklee

Impian saya menjadi kaya semakin berkobar-kobar.. Mudah-mudahan impian saya menjadi kaya, impian saya memiliki duit yang banyak akan tercapai... Hanya dengan menjadi kaya saya mampu memberikan keselesaan kepada keluarga dan anak saya.. Hanya dengan menjadi kaya saya boleh membantu mereka yang memerlukan.. Saya yakin rezeki itu daripada ALLAH, dan hanya dia yang mempu merealilsasikan impian saya.. Tetapi jika saya tidak berusaha dan hanya menunggu, saya pasti impian saya tidak akan tercapai.

Jika ada yang mempunyai impian seperti saya, dan masih tidak mencapai walaupun 5% daripada impian itu, bolehlah berkongsi dengan saya.. 

How to Join and Be Rich


InsyaAllah dengan sedikit ilmu dan keyakinan saya yang tinggi ini mampu membantu untuk kita sama-sama mencapai impian itu. Aminn..


With Love, 
MamaMia

No comments: