Bagi sesetengah orang, lelaki adalah terpenting dalam hidup mereka.. Tetapi tidak bagi saya.. Wanita ini adalah amat penting dalam kehidupan saya.. Wanita ini tidak pernah mengenal penat dan jemu dalam berusaha mencari nafkah membesarkan saya empat beradik..
Saya (kiri), Adik (tengah) dan Mak (kanan) |
Saya masih mempunyai bapa, tetapi mungkin kerana saya terlalu rapat dengan mak saya sejak saya kecil hinggalah saya tamat belajar dan berkahwin, mak saya sentiasa ada bersama saya.. Setiap kali saya menghadapi masalah, mak saya adalah wanita yang selalu ada bersama saya.. Kerana ini mak saya adalah merupakan wanita terpenting dalam hidup saya.
Melihatkan kepayahan mak saya berniaga dengan membuat pelbagai jenis makan untuk dijual kesana ke mari sejak saya masih berusia 8 tahun demi membantu menyara kehidupan kami sekeluarga ketika itu membuatkan saya terlalu menyayangi wanita ini.
Pernah suatu ketika kami terpaksa memetik kangkung di tepi longkang untuk dibuat sayur kerana tidak mampu membeli sayur dipasar. Pada masa itu bapa saya sedang berada diluar kawasan sedang bekerja, manakala duit perbelanjaan yang ditinggalkan oleh bapa saya tidak cukup menampung kehidupan mak, saya dan dua orang adik saya.. Mujurlah mak saya seorang yang sangat rajin dan sentiasa berusaha untuk membantu bapa dalam mencukupkan perbelanjaan keluarga.
Akhirnya mak saya memiliki modal dan membuka gerai kecil-kecilan di Pekan Inanam.. setiap kali habis waktu persekolahan, saya akan membantu mak saya di gerai singgalah saya tamat tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran di Sarawak. Ketika itu bapa saya tidak lagi berkerja.. Kami sekeluarga bergantung kepada pendapatan hasil jualan mak saya saja. Semua perbelanjaan pembelajaran saya ditanggung oleh wanita ini.
Bayangkan sejak dari itu sehinggalah ke saat ini saya telahpun berusia 35 tahun, kami sekeluarga hidup hanya dengan hasil jualan mak saya, wanita terpenting dalam hidup saya.. Jika bukan kerana mak saya, mungkin kami adik beradik tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.. saya dan adik perempuan saya juga mungkin tidak akan mampu memperoleh pekerjaan dengan gaji 4angka. Semua ini kerana mak saya.
Pengorbanan mak saya tidak sebanding dengan bapa saya, kerana itu saya terlalu menyanyagi mak saya lebih dari bapa saya.. Maafkan saya membandingkan mak dan bapa saya.. Tapi hakikat dan realitinya hanya saya sebagai seorang anak yang tahu.. Mungkin dimata kasar, orang melihat mak saya ni jahat, garang dan kasar, tapi dialah wanita terbaik yang pernah saya temui sepanjang hidup saya.
Saya sangat bangga menjadi anak kepada wanita hebat ini.. Alhamdulillah saya memiliki sedikit sebanyak ciri-ciri yang ada dalam diri mak saya iaitu tidak pernah kenal erti putus asa dan sentiasa mencari peluang untuk menambahkan pendapatan keluarga.. Peluang tidak akan jatuh di atas katil, jika kita hanya tahu tidur, bermimpi, berdengkur dan buat peta di atas bantal, rezeki pun liat nak datang, silap haribulan penyakit yang bertandang.. Usaha.. Usaha.. Usaha.. cari peluang dan ikhtiar.. Pasti Allah menunjukkan kita jalannya.
Terima kasih mak.... Mak adalah wanita HEBAT yang terpenting dalam hidup saya.. Saya sayang Mak! menitis pulak air mata taip entry ni.
With Love,
MamaMia
No comments:
Post a Comment