16 August 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : BENARKAH SENGUGUTPUNCA MANDUL?

Haid tidak teratur?

Masalah kitaran haid atau datang bulan atau period atau bendera jipun yang tidak teratur ni kebanyakan nya menganggu jiwa dan emosi, malah memberi kesan lain terhadap kehidupan seorang wanita. 

Atasi masalah sengugut
Wanita yang mengalami sakit SENGUGUT


Bahkan menurut pakar perubatan, kitaran haid yang tidak menentu adalah antara gejala menunjukkan sense orang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur. 

Masalah Sengugut
Masalah Sengugut atau Haid tidak boleh dibiarkan

Berikut adalah beberapa sebab haid tidak teratur:-

✔️ Pertambahan dan penggurangan berat badan yang mendalam
✔️ Terlebih bersenam
✔️ Pemakanan tidak sihat 
✔️ Merokok
✔️ Penggunaan dadah
✔️ Pengambilan Alkohol secara berlebihan
✔️ Masalah dalam pemakanan
✔️ Tekanan yang meningkat
✔️ Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
✔️ Rahim tidak normal
✔️ Ketikseimbangan Hormon
✔️ Ubat-Ubatan
✔️ Kimoterapi
✔️ Breatfeeding

Atasi Masalah Sengugut
Diantara Kebaikan GLA Complex Shaklee


Oleh itu, GLA Complex Shaklee merupakan pilihan terbaik bagi penyelesaian masalah ini. Telah banyak testimoni yang menunjukkan GLA Complex Shaklee dapat membantu wanita-wanita yang terutamanya dalam masalah tersebut. 

Masalah Haid yang tidak teratur
Testimoni pengamal GLA Complex yang mengalami masalah haid tidak teratur

Semoga ianya juga baik untuk kita. InsyaAllah! 

Sempena bulan promo GLA Compex ni, meh hubungi saya pengedar sah Shaklee anda untuk harga meleTOP. Call/SMS/WhatsApp: 014-6737104

















11 August 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu : BENARKAH PERUT BUNCIT TANDA BAHAGIA?

PERUT BUNCIT TANDA AWAL PENYAKIT ATAU BAHAGIA?


Ada di antara kita mengalami masalah begini? Perut Buncit!.. Ini lah perkara yang paling buat kita runsing kalau dah mula banyak makan..tak suka tau!..tak mau perut buncit!



Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Perut Buncit juga merupakan punca penyakit
Perut buncit ni bukan hanya berlaku pada kaum lelaki je.. Kita orang perempuan pun mudah mengalaminya terutama ibu2 yang pernah bersalin macam saya nih...kalau tak dijaga dengan betul memang mudah perut ni maju kehadapan sesuka hati dia... katakan TIDAK pada BUNCITTT...
Kat bawah ni artikel yang saya pernah terbaca...so saya nak kongsikan bersama di sini...

Bagi kita yang masih bujang dan masih mempunyai perut yang kempis (terutamanya lelaki yang aktif), jangan sangka keadaan ini akan berkekalan. Anda pasti perasan bahawa bagi kebanyakkan lelaki, perut yang kempis itu pasti akan berisi dan membuncit selepas berkahwin.

1. Tanda BAHAGIA
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh termasuk dalam kumpulan lemak viseral, iaitu lemak dalam organ-organ dalaman badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.

2. Ukur LILIT
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut anda.

Pengedar Shaklee Sabah
Ukur Lilit Perut mampu kesan penyakit
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit2 seperti kencing manis, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya.


3. Cara Hidup SIHAT
Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan memerlukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit. Mungkin cara sedutan lemak atau liposuction boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan.

saya nak kurus, pengedar shaklee sabah
Masalah Perut Buncit Mampu membuat kita STRES

Bagi saya..apapun yang dikatakan....sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal cara pemakanan kita. Apa yang sering saya amalkan contohnya...
  • Jangan makan dengan banyak..kecuali kalau kita lapar sangat
  • Saya memang minum minuman berais tapi kurang la, saya lebih suka minum dengan air panas/suam
  • Jangan mandi selepas makan
  • Jangan tidur selepas makan dan jangan makan selepas bangun tidur ~ Saya jarang makan malam...tapi kkdg2 tu makan la kalau lapar sgt lagi2 klu mak saya masak sedap2.. hahaha.. Bagi saya makan malam ni penyumbang utama kepada perut buncit. Lebih baik makan waktu petang dan jangan makan selepas pukul 7...
  • Saya amalkan makan pagi yang ringgan, kalau tidak, confirm time unch yang berat.. dan bila lapar makan la biskut/roti/buah waktu petang...
  • Jangan minum air banyak pada waktu malam.
Dan yang paling utama...JANGAN sesekali biarkan perut kita kosong...tak mau nanti penyakit yang tak diundang plak yang datang...Senaman pun penting, berjalan kaki dari rumah ke kedai pun kira senaman jugak apa.. Mengemas rumah atau apa sajalah activiti yang boleh mengeluarkan peluh...

Satu lagi... LAST... LAST
Pengambilan Supplement pun penting tau.. tapi kita kena tau pilih supplement yang sesuai.. Macam saya ambik supplement #Lecithin, #Alfalfa, #HerbLax dan #Omega Guard setiap hari... Badan pun terasa ringan, tidak risau pun kalau terlebih makan...  Masalah SEMBELIT?? confirm dah takde... yang ada kulit kita makin cantik la plak..  

Pengedar Shaklee Sabah
Set Buang Lemak TERLARIS


Pengedar Shaklee Sabah
Salah Satu Set TERBAIK hapuskan LEMAK

Siapa kata MAHAL? Semua mampu milik yang mengikut budget kita jer pun.. Tapi kalau nak lagi murah senang je, join & register jadi member Shaklee.. Confirm dapat harga MURAH..

slimming set murah, pengedar shaklee sabah
Set BUDGET Penurunan Berat Badan TERLARIS

So, kalau ada yang berminat tu, just PM me ya.. Special FREE secret info will give to uuuooollsss. Hasil gerenti ManTOP! Hubungi saya MiaDania Salleh di talian 014-6737104, tapi kalau malu-malu tu bolehlah  email saya ke hasmiah79@gmail.com.


10 August 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu : BENARKAH SHAKLEE PENYUMBANG ISREAL?

Ya Allah! Sejak serangan Israel keatas Bumi Gaza, terlalu ramai nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Kejam sungguh Israel! 

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Penyumbang Utama kepada ISREAL

Di laman-laman sosial tidak kurang juga yang mengutuk keras kekejaman Israel. Bermacam-macam yang cuba dilakukan untuk menghentikan serangan Isreal termasuk la boikot memboikot produk keluaran mereka.

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Sebahagian besar produk-produk yang dinyatakan penyumbang kepada ISREAL

MAMPUkah? Hinggakan Shaklee juga tidak terlepas menjadi isu hangat di laman sosial yang dikatakan merupakan salah satu penyumbang kepada laknatullah Israel. 


Ini membuatkan saya terkedu, benarkah?  Saya pengedar Shaklee, saya menggunakan hasil penjualan produk Shaklee untuk menderma ke Tabung Kecemasan Gaza.. Setiap RM1 hasil daripada penjualan produk Shaklee telahpun saya sumbangka ke Tambung Kecemasan Gaya.. Tapi Shaklee menyumbang ke Isreal??? 

Tabung Kecemasan Gaza
Kempen membeli sambil menderma yang saya laksanakan untuk Tabung Kecemasan Gaza sejak Ramadhan  lagi

Alhamdulillah isu itu akhirnya terjawab. Nyata Shaklee bukan penyumbang kepada Israel.. Memo yang di keluarkan pihak pengurusan Shaklee membuatkan hati saya berbunga-bunga. 

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Kenyataan daripada pihak Shaklee berhubung isu ISREAL

Bukan saya tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang ingin memboikot ini dan memboikot itu. Tetapi bagi saya kalau boleh ELAKKAN daripada membeli dan menggunakan produk yang telah disahkan penyubang kepada pihak ZIONIS. 

Daripada kita kecoh boikot sana boikot sini, post sana post sini, rasanya lagi afdal rasanya jika kita menderma ke Tabung Kecemasan Gaza. Mungkin ianya mampu meringgankan beban mereka. InsyaAllah.

Pengedar Shaklee Sabah
Salah Satu Badan Bukan Kerajaan yang banyak membantu menyalurkan sumbagan kita ke Gaza.

Mendermalah semampu dan seikhlas kita.. Pray For Gaza.

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Pray For Gaza






09 August 2014

BOKITTA DI HATIKU

Tentu ramai yang masih tidak tahu apa tu BOKITTA. Actually saya pun baru tahu BOKITTA tu adalah sejenis tudung atau hijab yang dah siap jahit tinggal nak pakai aje.



Memandangkan saya stay kat area Kota Kinabalu Sabah, memang payah lah nak dapatkan tudung BOKITTA ni melainkan dengan cara Online. 

Alhamdulillah, seorang rakan biz Shaklee saya juga menggunakan BOKITTA, so dialah yang tolong saya beli kat Kuala Lumpur.. Dah tu tolong poskan ke Sabah lagi. 

Terdapat beberapa jenis tudung BOKITTA ni..

Saya suka BOKITTA 'Chic' dan 'V Maxi' type. Kira sesuai dengan saya la katakan.  

Kalau nak tahu, inilah tudung atau hijab saya yang TERMAHAL yang pernah saya miliki dan gunakan. TAPI keselesaan nya mengatasi segalanya.  

Tidak salah kita berbelanja untuk menutup aurat kita, PAHALA sentiasa menanti. Bak kata nenek saya, REWARD untuk diri kita sendiri yer tak. 

Bagi peminat-peminat tudung BOKITTA kat area KOTA KINABALU takya risau lagi. Stokisnya dah ada dah pun... Tu dia dekat dengan 1Borneo lagi. 

pengedar shaklee kota kinabalu
alah-alah model bokitta gitu...

Eh, macam saya lah plk stokis nya.. over acting gitu.. Hehehehe.. Apa-apa pun saya dah jatuh cinta dengan BOKITTA ❤️❤️❤️.. 








08 August 2014

8 MANFAAT MAKANAN PEDAS UNTUK TUBUH

Menu pedas mempunyai penggemar tegar tersendiri. Ada yang kurang selera makan jika tiada cili. Namun, ada juga yang takut makanan pedas... ohhh lalalala... Alasannya, boleh sakit perut dibuatnya. Biar apa pun pilihan anda, saya tetap memilih makanan pedas kerana bagi saya makanan pedas terhasil daripad cili mempunyai manfaat yang tersendiri



Diantara MANFAAT PEDAS

MELANCARKAN PERNAFASAN
  • Membantu pernafasan yang lebih baik terutamanya buat pesakit asma, sinusitis dan bronkitis kronik

MENCEGAH KANSER
  • Dengan jumlah kuantiti yang tepat, makanan pedas dapat menggurangkan risiko kanser. Kapsiacin, sejenis zat yang terdapat pada cili menyebabkan rasa pedas. Pertumbuhan sel kanser akan menjadi lambat, malah ada sel kanser yang mati dengan sendirinya

MENSTABILKAN MOOD
  • Hormon yang terhasil daripada makanan pedas dapat memberikan ketenangan seperti serotonin. Jadi asalah stress dan depresi akan berkurangan



MEMPERBAIKI PENGHADAMAN
  • Aliran darah dan lapisan mukus diperut akan dipertingkatkan. Kapssaisin yang terdapat pada cili juga membantuh membunuh bakteria H.Pylori yang penyebab kepada gastrik

MENURUNKAN TEKANAN DARAH
  • Dinding otot jantung mampu diperkuatkan dengan bantuan vitamin A dan C. Panas daripada cili meningkatkan aliran darah keseluruh tubuh. Kombinasi kedua-duanya membuatkan sistem kardiovaskular menjadi lebih kuat

MENYIHATKAN JANTUNG
  • Kapsaisin melawan keradangan yang menjadi faktor serangan jantung. Dengan pengambilan makanan pedas, risiko serangan jantung serta strok menjadi rendah



MENGURANGKAN BERAT BADAN
  • Kesan termogenik yang disebabkan oleh kapsaisin akan membuatka kalori dibakar ketika mengunyah selama 20 minit. Kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan denyutan jantung.

MENGHILANGKAN GEJALA SELESEMA
  • Dengan adanya kapsaisin, pengeluaran peluh dapat dipertingkatkan sekaligus menghilangkan gejala selesema yang ternyata merimaskan

Bagi yang tidak suka pada makanan pedas tu, rasanya rugi tau... elok cuba sekali, pastu pasti nak lagi... I luv Spicy!!! 


07 August 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu : TAMPIL YAKIN TANPA KURAP

 Petua TRADISIONAL

Ada kalanya kita berhadapan dengan masalah yang memalukan seperti kurap. Namun usah rendah diri, sebaliknya kita boleh mencuba petua ini bagi mengatasinya.

pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Kurap pada bahagian perut



Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah
Kurap pada bahagian kaki

Caranya ialah tumbuk sayur bayam sehingga lumat dan setelah itu campurkam dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian bermasalah dan biarkan sehingga kering.

Sayur Bayam


Amalkan petua ini setiap hari dan kurap itu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Jika penyakit berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor.

Selamat mencuba

06 August 2014

SALAM LEBARAN DARI NEGERI DI BAWAH BAYU

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya menyambut lebaran dengan puteri tunggal saya Dania Mairisya @ Caca. 

pengedar shaklee sabah
Bersama Puteri Tunggal Ku Dania Mairisya

Tahun ini tema kaler kitorang BIRU.. Kalau nak tau, kaler ni pilihan anak saya, she like blue colour.. Tapi lawa juga kalernya kan.

Pengedar Shaklee Sabah
Bersama Wanita-wanita HEBAT dalam hidupKu

Baju raya saya dan Caca tahun ni sponsor by my sister, made by #PelikatPants lagi tau.. Macam artis plak yer di sponsor-sponsor.

Kain nya memang selesa sangat, sejuk plak tu, peluh-peluh terserap gitu. Seharian berhari raya dirumah sanak saudara pun tak melekit-lekit macam raya sebelum ni.. promo la plak.

Berhari raya hanya di Telipok, Kota Kinabalu di kediaman keluarga saya. Takde yang balik-balik kampung.. Abis kampung memang di KK jer.. huhuhu.

Selamat Hari Raya semua 




05 August 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu : PETUA ATASI EKZEMA SECARA PERCUMA



Tiada penyakit didunia ini yang sengaja diminta, Sekiranya kita masih mampu mengelakkannya, elakkanlah sebelum ianya memudaratkan diri kita.

CARA UNTUK MENGELAKKAN EKZEMA
  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman, tidak terlalu panas atau terlau sejuk
  • Elakkan menggunakan karpet didalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihakan dan tidak berdebu
  • Sekiranya anda ada alahan pada bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memeilhara binatang peliharaan ini
  • Elakkan mandi air panas/suam
  • Elakkan memamai baju berlapis-lapis bagi megelakkan anda berpeluh berlebihan
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
  • Elakkan memaka pakaian menggunakan fabric yang kasar
  • Jangan menggunakan sabun apabila mandi, seeloknya, gunakan emolien atau pembersih yang tidak bersabun (soap-free)
  • Gunakan krim pelembab setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelemban sekerap yang mungkin 
  •  Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka pada jangkitan kuman pada kulit
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doctor pakar

Selain daripada mengelakkan eczema sepert diatas, kita juga boleh merawat dan menggurangkannya dengan pengambilan supplement yang betul.

Diantara supplement yang mampu membantu kita mengurangkan masalah Ekzema ini adalah seperti

1.      GLA Complex
ü  Memperbaiki Inflamasi Kulit – Ianya mampu menggurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kgatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.
ü  Ianya juga meringgankan sakit dan bengkak yag terjadi dari rheumatism, artritis.

Gla Complex MamaMia Sihat EBiz
GLA Complex

2.      Alfalfa Complex
ü  Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensetif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

MamaMia SIhat E-Biz
Alfalfa Complex

Dengan pengambilan secara teratur dan kosisten, insyaAllah masalah eczema akan dapat dirawat dan diatasi.

Ingin mendapatkan supplement Shaklee ini, bolehlah menghubungi pengedar Shaklee yang berhampiran seperti saya. Call/SMS/WhatsApp: 014-6737104 untuk penghantaran ke depan pintu rumah dan pejabat anda. 

04 August 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu : BAHAYA EKZEMA PADA WANITA



EKZEMA DAN KEHIDUPAN WANITA

Ekzema boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak mengira umur atau jantina. Ekzema turut menganggu kualiti hidup dan kesejahteraan emosi pesakit terutamanya wanita.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Jadual berikut:-

Katergori Tahap Penyakit Ekzema
Tanda-Tanda Pada Kulit
Kesan Ke Atas Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Psikososial Jelas
Tiada Ekzema
(Ekzema Tidak Aktif)
Kulit biasa, tiada bukti eczema – kulit tidak merah / kering
Tidak memberi gangguan kepada kualiti hidup
Ringan
Kulit kelihatan kering, kadang-kadang terasa gatal (mungkin kulit nampak kemerah-merahan sedikit)
Sedikit gangguan kepada aktiviti harian, tidur dan kesejahteraan psikososial.
Sederhana
Kulit kelihatan kering, kerap terasa gatal, kemerahan, mungkin terdapat kesan luka, penebalan kulit dan perubahan warna kulit menjadi gelap (hiperpigmentasi)
Gangguan sederhana terhadap aktiviti harian dan kesejahteraan psikososial, kerap terganggu tidur
Teruk
Melibatka kawasan kulit yang meluas, kulit kelihatan kering, gatal yang berterusan, kemerahan, mungkin terdapat kesan luka, penebalan kulit yang meluas, pendarahan, berair, kulit merekah dan perubahan warna kulit menjadi gelap (hiperpigmentasi)
Gangguan yang teruk pada aktiviti harian dan kesejahteraan psikososial, tidak dapat tidur pada setiap malam

Wanita pada kebiasaannya lebih sensitive terhadap paras rupa mereka. Ada sesetengah pesakit wanita mungkin berasa malu dan berasa tertekan disebabkan oleh perubahan pada kulit mereka terutamanya eczema yang menyerang pada kawasan yang senang dilihat seperti pada bahagian tangan, muka, leher dan sebagainya.

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Ekzema pada bahagian wajah yang menakutkan Wanita
Mereka akan merasa rendah diri dan takut untuk bersosial keranna berpendapat kulit mereka tidak menarik. Walaupun eczema TIDAK BOLEH BERJANGKIT melalui sentuhan, sesetengah orang mungkin tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai penyakit eczema.

Pengedar Shaklee Sabah
Ekzema yang sering berlaku pada Wanita, menghadkan aktiviti harian
Ada wanita mungkin berpendapat penyakit eczema boleh berjangkit melalui sentuhan dan ini menyebabkan mereka segan bersalaman atau berhubung secara rapat dengan seseorang. Selain daripada itu, sekiranya pesakit mengalami eczema pada tahap teruk dan mengalami kegatalan yang keterlaluan, mereka mungkin tidak dapat tidur lena pada waktu malam dan ini boleh memberi kesan negative pada mutu kerja pesakit.



PELUANG UNTUK SEMBUH

Pesakit Ekzema biasanya datang berulang-ulang kali. Pesakit mungkin mengalami serangan eczema yang teruk dan setelah mendapat rawatan, pesakit eczema bertambah baik dan dapat dikawal.

Walau bagaimanapun, pesakit masih mempunyai kemungkinan untuk mendapat serangan yang teruk pada masa hadapan sekiranya pesakit terdedah kepada factor-faktor pencetus eczema seperti alahan makanan, debu-debu dan sebagainya.

Adalah ama sukar bagi mengatasinya dengan keadaan persekitaran kita yang semakin tercemar ini. Tetapi tidak salah jika kita mencuba pelbagai cara alternatif untuk mengurangkan penyakit ekzema ini. Contohnya seperti dengan pengambilan supplement-supplement dan losyen.

1. GLA Complex - Supplement dari sumber semulajadi yang terbukti mampu membantu dalam mengurangkan penyakit ekzema
pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Gla Complex Shaklee


2. Herbal Blend Lotion - Terhasil daripada bahan semulajadi yang mampu menghilangkan parut dan mengurangkan rasa gatal pada kulit kesan daripada ekzema.

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu Sabah
Herbal Blend Lotion



Bersama-sama kita menjaga kesihatan diri dan keluarga kita dengan produk semulajadi yang sememangnya lebih baik berbanding yang lain. Hubungi saya Mia Dania Salleh SID 962719 untuk mendapatkannya di seluruh Sabah. Call/SMS/WhatsApp: 014-6737104.

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu