08 August 2014

8 MANFAAT MAKANAN PEDAS UNTUK TUBUH

Menu pedas mempunyai penggemar tegar tersendiri. Ada yang kurang selera makan jika tiada cili. Namun, ada juga yang takut makanan pedas... ohhh lalalala... Alasannya, boleh sakit perut dibuatnya. Biar apa pun pilihan anda, saya tetap memilih makanan pedas kerana bagi saya makanan pedas terhasil daripad cili mempunyai manfaat yang tersendiri



Diantara MANFAAT PEDAS

MELANCARKAN PERNAFASAN
  • Membantu pernafasan yang lebih baik terutamanya buat pesakit asma, sinusitis dan bronkitis kronik

MENCEGAH KANSER
  • Dengan jumlah kuantiti yang tepat, makanan pedas dapat menggurangkan risiko kanser. Kapsiacin, sejenis zat yang terdapat pada cili menyebabkan rasa pedas. Pertumbuhan sel kanser akan menjadi lambat, malah ada sel kanser yang mati dengan sendirinya

MENSTABILKAN MOOD
  • Hormon yang terhasil daripada makanan pedas dapat memberikan ketenangan seperti serotonin. Jadi asalah stress dan depresi akan berkurangan



MEMPERBAIKI PENGHADAMAN
  • Aliran darah dan lapisan mukus diperut akan dipertingkatkan. Kapssaisin yang terdapat pada cili juga membantuh membunuh bakteria H.Pylori yang penyebab kepada gastrik

MENURUNKAN TEKANAN DARAH
  • Dinding otot jantung mampu diperkuatkan dengan bantuan vitamin A dan C. Panas daripada cili meningkatkan aliran darah keseluruh tubuh. Kombinasi kedua-duanya membuatkan sistem kardiovaskular menjadi lebih kuat

MENYIHATKAN JANTUNG
  • Kapsaisin melawan keradangan yang menjadi faktor serangan jantung. Dengan pengambilan makanan pedas, risiko serangan jantung serta strok menjadi rendah



MENGURANGKAN BERAT BADAN
  • Kesan termogenik yang disebabkan oleh kapsaisin akan membuatka kalori dibakar ketika mengunyah selama 20 minit. Kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan denyutan jantung.

MENGHILANGKAN GEJALA SELESEMA
  • Dengan adanya kapsaisin, pengeluaran peluh dapat dipertingkatkan sekaligus menghilangkan gejala selesema yang ternyata merimaskan

Bagi yang tidak suka pada makanan pedas tu, rasanya rugi tau... elok cuba sekali, pastu pasti nak lagi... I luv Spicy!!! 


No comments: