About Me

Saya Hasmiah Salleh, lebih glemer dengan panggilan Mia.. Kalau kat Facebook dikenali dengan Mia Dania Salleh.. Saya adalah Pengedar Shaklee sejak penghujung tahun 2013 di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Mulanya hanya sebagai ahli biasa semata-mata untuk menggunakan produk-produknya sahaja. Namun, minat untuk menjadi pengedar Shaklee berputik ketika tahap kesihatan ibu saya kian membaik sejak mengamalkan produk Shaklee. Walaupun ketika itu saya hanya memperoleh pulangan tunai 3 angka daripada pihak Shaklee. 

Tentang Diri Saya
It's Me! 
Kelebihan dan keberkesanan yang ada pada produk Shaklee membuatkan saya berminat untuk berkongsi kebaikannya dengan orang lain. Saya  mula menjalankan perniagaan Shaklee secara separuh masa kerana saya masih berkerja. Saya adalah merupakan seorang senior eksekutif di bahagian operasi di salah sebuah syarikat pengangkutan di Kota Kinabalu, Sabah dengan gaji melebihi 4 angka sebulan. Kesibukan bekerja tidak sesekali menghalang saya untuk melakukan perniagaan Shaklee. 

Kini, saya bukan saja mampu membantu ramai kawan-kawan saya memperoleh kehidupan yang lebih sihat. Malah saya juga mampu meraih pendapatan sampingan sebanyak 1-2k setiap bulan hanya dengan menjalankan perniagaan Shaklee secara part time.



About Me Mia Dania Salleh
Kebahagian dan keriangan kami bertambah sejak mengenali Shaklee
Percaya atau tidak jika saya katakan pendapatan sampingan yang saya perolehi dengan Shaklee hampir menyamai separuh daripada pendapatan bulan saya bekerja. Rasa-rasanya saya baru hampir setahun menjalankan perniagaan Shaklee sedangkan saya telah berkerja makan gaji hampir 10 tahun. Kalaulah lebih awal saya mengenali Shaklee... 

Tiada istilah terlambat dalam mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik. Kesedaran dan kemahuan kita untuk berubah itu yang lebih penting. Jika saya boleh memperoleh pendapatan sampingan dan meningkatkan tahap kesihatan dengan Shaklee, saya yakin anda semua di luar sana juga boleh.

Wanna be like me? Wanna be happy? Wanna be healthy? Wanna have more friends? Wanna be help other? Wanna more income? Wanna better life? I'll share everything in this blog, just follow me.. wah! berspeaking pulak saya ni.. Apa-apa pun yang kita buat kena ada keyakinan dan jangan sesekali berputus asa, InsyaAllah cepat atau lambat kita akan beroleh kejayaan.

Hidup ini hanya sementara, manfaatkan segala peluang yang ada di hadapan kita. Bagi saya, kejayaan kita akan lebih bermakna jika kita mampu membantu orang lain berjaya seperti kita.. Mudah-mudahan setiap entry di dalam blog saya ni mampu memberi manfaat dan kesedaran tentang kesihatan kepada semua. Paling utama, saya mampu memenuhi semua keparluan anak perempuan tunggal saya, begitu juga dengan ibu saya.

Saya suka dengan apa yang saya buat.. Saya telah belajar banyak perkara-perkara positif sejak join Shaklee ini.. Saya juga telah membantu ramai kawan-kawan saya mendapatkan tahap kesihatan yang baik, senang cerita kulit cantik dan jadi selim melim dengan Shaklee kerana saya sangat sukakan kecantikan dan kesihatan. Kini, Shaklee telah merealisasikan impian saya. Impian anda? Pilihan anda?


With Love,
MamaMia

No comments: