27 January 2015

8 TIPs TARIK PERHATIAN ANAK KE SEKOLAH

Rasa-rasaya masih belum terlambat untuk saya sharekan tip untuk menarik perhatian anak ke sekolah. tentu amat membimbangkan ibubapa bila melihat anak-anak kita tidak mahu ke sekolah.. Walhal, baru bulan pertama persekolahan... 

Keadaan ini biasa dapat kita lihat dari awal pagi yang mana anak kita malas bangun, mandi dan tidak bersarapan.Sebagai ibubapa sudah tentu ini akan merisaukan kita.. So, ada beberapa tip yang saya nak kongsikan untuk memastikan anak kita akan berasa seronok dan suka untuk ke sekolah setiap hari.

1. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

  • Mulakan dengan mengatur jadual tidur anak kita kerana menurut National Sleep Foundation, kanak-kanak memerlukan waktu tidur 12 jam manakala anak-anak yang berusia 5-12 tahun memerlukan tidur 1-11 jam.


2. TIDUR YANG LEBIH AWAL

  • Cubalah melatih anak-anak kita tidur lebih awal dari waktu biasa. Matika TV lebih awal dan menyuruh mereka membaca buku secara santai. Tanamlah kebiasaan ini demi masa depan anak-anak


3. BERIKAN PERHATIAN & PUJUKAN

  • Sebagai ibubapa, kita kena banyak bersabar dengan anak-anak terutamanya untuk memujuk mereka ke sekolah. Cubalah kwal emosi kita dengan berlembut dan memberikan perhatian lebih supaya mereka senang ke sekolah.. Jika boleh, dapatkan lah bantuan dari guru kelas mereka.


4. ELAKKAN KETAKUTAN DI SEKOLAH

  • Bagi anak-anak, kawasan sekolah sahaja yang di anggap dunia luar. Untuk mengelakkan dari ketakutan, ajaklah mereka berjalan di sekeliling sekolah dan perkenalkan keadaan dan kawasan sekolah agar mereka terbiasa dengan suasanya.


5. DEKATI & DENGAR MASALAH

  • Bertanyalah dengan lembut, sebab dan alasan anak kita malas ke sekolah. Jadi, ini akan memudahkan kita mencari penyelesaian bersama-sama. Kita boleh bertanyakan anak kita secara santai ketika mereka sedang bermain atau menonton TV.


6. INGATKAN CITA-CITA ANAK

  • Ketika anak kita merengek tidak mahu ke sekolah, kita boleh cuba mengingatkan cita-citanya yang boleh memberi motivasi untuknya ke sekolah. Cara ini akan memberikan kesedaran kepada mereka bahawa tanpa ke sekolah, mereka tidak akan dapat mencapai cita-citanya


7. LIBATKAN GURU DI SEKOLAH

  • Sekiranya cara memujuk kita tidak berkesan, kita boleh menghubungi guru kelas di sekolah dengan berbincang masalah tersebut.


8. MOTIVASI POSITIF

  • Berikan motivasi yang baik untuk anak kita lebih percaya diri dan kuat. Selain itu, peranan  kita sebagai ibubapa juga sangat penting dalam memberikan pendekatan yang lembut, menjaga gizi makanan dan memastikan mereka dapat istirehat dengan cukup dan lebih baik.


Mudah-mudahan tip-tip ini mampu membantu anda sebagai ibubapa dalam menarik perhatian anak ke sekolah.. InsyaALLAH..


With Love, 
MamaMia

No comments: