11 January 2015

APA ITU RESOLUSI | RESOLUSI 2015 SAYA

Setelah 11 hari berlalu kita meninggalkan tahun 2014, kini barulah saya berkesempatan untuk menulis dan berkongsi tentang Resolusi 2015 saya kat blog kesayangan saya ni.. Maklumlah, setiap kali nak menaip, ada aje masalah.. Macam-macam menganggu kosentrasi saya.. Tetapi sebelum tu, ada baiknya kita ketahui dulu apa itu RESOLUSI.. Resolusi adalah... 

Resolusi 2015 saya
Apa Itu Resolusi? Apa Resolusi 2015 anda?

Menurut pemahaman saya, resolusi adalah sesuatu kepercayaan diri dan tekad untuk kita dalam mencapai tujuan, harapan, cita-cita dan juga perancangan yang ingin kita kecapi pada masa akan datang. Contohnya impian yang ingin kita capai dalam tempoh setahun ini atau tahun-tahun yang akan datang. 

Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa dengan adanya RESOLUSI pada diri kita ianya akan membantu kita dalam mencapai dan mengubah kehidupan kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Resolusi ini adalah ketetapan hati yang akan membawa kita untuk melakukan tindakan secara positif yang berbeza dengan tindakan kita yang lalu. Lazimnya yang baru ini lebih baik daripada yang dulu.

Resolusi 2015 saya
Kebahagian adalah Resolusi UTAMA setiap insan


Resolusi ini berkait rapat dengan kehendak dan kemahuan kita. Makna dari resolusi juga boleh dianggap sebagai suatu harapan yang sungguh-sungguh dari pribadi seseorang. Pencapaian tujuan yang ditetapkan untuk masa akan datang supaya dapat dicapai dalam tempoh yang ditentukan. Pengaruhnya sangat besar dalam kehidupan seseorang sepanjang tahun yang bakal ditempuhi. Jika resolusi itu dicapai, maka kita telah mencapai cita-cita dan tujuan hidup bagi tempoh itu.

Wahhhh.. Panjang lebar pulak saya terangkan tentang resolusi sedangkan resolusi saya untuk tahun 2015 belum masuk lagi ini.. hihihi... Ini adalah diantara RESOLUSI 2015 saya

Resolusi 2015 saya
Resolusi 2015 saya

  1. Mendalami ilmu agama dan mempraktikkannya seumur hidup
  2. Bebas Kewangan December 2015
  3. Membina rumah kediaman yang lebih selesa untuk keluarga di kawasan Sepanggar sebelum September 2015
  4. Menunaikan Umrah bersama keluarga pada September 2015
  5. Lebih fokus dan menjalankan perniagaan Shaklee untuk menjadi Coordinator Shaklee pada May 2015
  6. Memperluaskan empayar perniagaan Shaklee saya dengan memiliki lebih 100 orang downline
  7. Membawa anak saya bercuti-cuti di Sunway Lagoon dan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur pada April 2015
  8. Menyediakan tabung simpanan pendidikan dan kesihatan untuk anak saya Dania Mairisya RM200 setiap bulan bermula Februari 2015
  9. Memberikan wang saku kepada Mak saya RM300 setiap bulan bermula Februari 2015
  10. Membuat simpanan RM500 sebulan bermula Februari 2015
  11. Melunaskan hutang-hutang saya secara berperingkat-peringkat bermula Januari 2015
  12. Menjadi pekerja cemerlang dalam kerja hakiki dan lebih focus bekerja sepanjang tahun 2015
  13. Menjadi seorang ibu yang baik dan juga anak yang berbakti kepada kedua orang tua saya
  14. Semakin sihat, cantik dan bahagia sepapanjang tahun 2015
  15. Dipertemukan jodoh yang lebih baik yang mampu membimbing dan menjaga saya dan anak saya sepanjang hayat

Ini adalah sebahagian besar RESOLUSI 2015 saya.. InsyaAllah saya akan berusaha semaksima saya untuk mencapainya.. InsyaAllah!.. Mohon doa dari anda semua ya.. Amin..


With Love, 
MamaMia

No comments: