Showing posts with label Tip Kesihatan Menyeluruh. Show all posts
Showing posts with label Tip Kesihatan Menyeluruh. Show all posts

03 January 2015

1001 KEBAIKAN VIVIX | PROMOSI VIVIX SEPANJANG JANUAR1 2015

Vivix Oh Vivix... Vivix merupakan salah satu produk terhebat Shaklee yang menjadi rebutan ramai apatah lagi awal tahun 2015 ini.. Pembukaan tahun 2015 yang mengembirakan pengemar Vivix.. Mana tidaknya Shaklee buat promosi Vivix tau! 
  • BELI 6 PERCUMA 1
  • BELI 2 Dapat DISKAUN 5% 

Promosi Vivix Sepanjang Bulan Januari 2015

1001 KEBAIKAN VIVIX


1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti membantu mengurangkan masalah penyakit2 serius seperti

• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


Di Shaklee, satu produk yang berjaya mencetuskan revolusi terbaru iaitu anti penuaan selular VIVIX adalah jawapan untuk masalah-masalah di atas.



Di kala usia meningkat ini, pengambilan pelbagai jenis ubat atau vitamin menjadi sangat sukar. TETAPI, anda hanya perlukan 1 SUDU TEH VIVIX sahaja sehari. Mudah sahaja kan.


Vivix juga merupakan anti ageing.. Cubalah!

Kandungan VIVIX adalah 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE. Dapatkan Vivix anda sekarang!




Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

31 December 2014

10 CARA HIDUP SIHAT | SIHAT TANPA BELANJA MAHAL

Pastinya semua makhluk Allah di muka bumi ini inginkan cara hidup yang sihat.. Bila sihat, kita akan rasa lebih gembira dan bahagia.. Hanya mereka yang tidak tahu menjaga kesihatan dan suka mengabaikan amalan hidup yang sihat yang perlu berbelanja mahal.. Mengapa? Iyalah, bila dah sakit baru nak ke klinik, medical centre atau hospital, semuanya memerlukan belanja.. betul tak?

10 Cara Hidup Sihat Tanpa Belanja Mahal

Tetapi bila dari awal kita mengamalkan cara hidup yang sihat, pastinya kita akan sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal.. So, marilah kita sama-sama menjalani 10 cara hidup sihat yang akan menmbuatkan kita lebih menghargai kesihatan kita.


10 CARA MENUJU HIDUP SIHAT


1. Ambil Masa 30 Minit

  • Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu melakukan senaman 5 hari seminggu selama 30 minit. Latihan ini boleh membantu kita mendapatkan jantung yang sihat, menurunkan kolesterol, tekanan darah, menjaga berat badan dan mengurangkan risiko kanser. 
  • Caranya - Bangunlah lebih awal setiap pagi. Selepas itu berjalan-jalan lah di sekeliling rumah atau naik turun tangga selama 10 minit sebelum mandi. Juga boleh di lakukan pada waktu malam


2. Sayangi "Mutiara"

  • Cubalah memberus gigi setiap kali kita selesai mengambil makanan utama. Ini untuk membersihkan bahagian gigi dari sisi makanan yang boleh menyebabkan plak pada gigi.
  • Caranya - Beruslah gigi selepas mengambil makanan pada waktu pagi, tengahari dan malm. Jika kita tidak berkesempatan untuk memberus gigi, kita boleh mengunyah gula-gula getah (bebas gula). Ianya mampu membantu mengeluarkan sisa makanan. malah meningkatkan air liur bagi mengelakkan nafas berbau


3. Bekalan Air

  • Minumlah air sebanyak 2 liter atau 6-8 gelas sehari untuk menjaga badan kita dari dehidrasi dan sistem penghadaman. Selain itu, minum air dalam jumlah yang cukup juga boleh menyihatkan jantung, merawat kecantikan kulit dan badan akan lebih segar.
  • Caranya - Bawalah bekalan air sebaiknya air mineral setiap kali keluar rumah. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi banyak air dan ia boleh mengantikan cairan dalam badan yang hilang


4. Sayangi Tulang

  • Tulang berperanan sebagai penyokong organ dalaman badan. Tanpa tulang, kita akan sukar untuk bergerak dan berdiri tegak.
  • Caranya - Ambillah makanan yang mengandungi kalsium 1200mg sehari. Selain susu yang mengandungi kalsium tinggi, ambil juga makanan lain seperti ikan bilis, brokoli atau soya.


5. Lena Diulit Mimpi

  • Tidurlah dengan cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Kurang tidur akan membuatkan kita tidak bermaya sepanjang hari, hilang tumpuan dan hipertensi yang seterusnya akan meningkatkan risiko jantung dan strok.
  • Caranya - Senaman boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Kita boleh bersenam 5 jam sebelum tidur atau gerakan yoga selama 20-30 minit supaya aliran darah menjadi lebih lancar.


6. Kira Pengambilan Sayur dan Buah

  • Makan sayur dan buah-buahan sebanyak 25-30g per hari sudah cukup untuk membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko masalah mata, penghadaman dan mencegah kanser.
  • Caranya - Sediakan buah-buahan dan syur untu di jadikan salad dalam peti ais rumah kita. Minumlah segelas jus buah segar atau satu hidangan buah untuk sarapan, snek atau makan malam. Pastikan juga menyediakan sayur dan buah dalam pelbagai warna untuk di nikmati.


7. Jelingan Pada Isi Pinggan

  • Jangan lupa untuk mengambil dua hidangan ikan setiap minggu atau pengambilan minyak ikan untuk kesihatan sendi. Omega 3 yang ada pada ikan boleh mengelakkan risiko penyakit jantung dan baik untuk mata.
  • Caranya - Makanlah ikan seperti salmon, tuna, sardin, tongkol dan patin. Malah, Omega 3 juga boleh di dapati dari sayuran hijau, kentang dan soya.


8. Sentiasa Bergerak

  • Semakin kita bertambah usia, semakin kurang massa otot kita. Keadaan ini terjadi kerana sel otot telah bertukar menjadi sel lemak.
  • Caranya - Sambil memasak di dapur, kita boleh melakukan latihan untuk meningkatkan metabolisme dan menguatkan otot badan. Contohnya, push up dengan meletakkan tangan pada meja makan.


9. Kekalkan Berat Badan Ideal

  • Berat badan adaah Indek Massa Tubuh (BMI) antara 18.5-22.9kg/m2. Jika indek badan kita kurang dari ini, kita dikategorikan kurang gizi dan jika lebih dari 25kg/m2, kita termasuk dalam kategori terlebih berat badan.
  • Caranya - Cubalah untuk mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5-10%. Ini boleh membantu kita menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah dan menstabilkan gula darah.


10. Jaga Keseimbangan Badan

  • Jika kita kurang berlatih dan bersenam, keseimbangan badan kita akan cepat hilang. Jadi, senaman yoga atau tai chi dapat membantu menjaga keseimbangan badan.
  • Caranya - Amalkan dengan cara mengosok gigi setiap hari dengan berdiri sebelah kaki. Jaga keseimbangan agar kita tidak jatuh dan lakukan gerakan sama dengan memejamkan mata.


Selamat mencuba! 


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

09 December 2014

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN SUPLEMEN

Bila saya mula-mula mengamalkan suplement, ramai yang menganggap yang saya ni sakit kerana terlalu banyak mengambil ubat. Hakikatnya itu bukan ubat, ianya adalah suplemen iaitu makanan tambahan untuk saya kekal sihat dan bertenaga. Mereka tidak tahu bahawa suplemen itu bukanlah ubat-ubatan sentetik seperti yang di boleh didapati di hospital mahupun klinik-klinik. 

Ramai diantara kita tidak tahu akan perbezaan diantara ubat dan suplemen. Asal nampak jer bentuk seperti pil, kita aan mengangap ianya ubat, walhal itu adalah suplemen.. Diatara ubat dan suplemen ianya sangat-sangat berbeza. Mari kita kenali perbezaan ubat dan suplemen

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplemen tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....


MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

20 November 2014

KAK MAH SAYANG SUAMI | JANGAN ABAIKAN PENAMPILAN DIRI

Sejak minggu lepas ni dok kecoh tentang Kak Mah Vs Zulaika di media sosial..  Siapa tu? Artis.. Bangsawan.. Siapa pun mereka bukan hak kita untuk menuding jari.. Tetapi sukar untuk saya percaya bila si suami yang dah melakukan perzinaan dengan wanita lain menyalahkan isterinya. 

Menurut artikel di Sinar Harian, si suami yang sudah berkahwin selama 10 tahun mempunyai hubungan terlarang dengan seorang janda hanya kerana isterinya sudah tidak cantik seperti dulu. ALASAN apakah ini? Memang mengeramkan! Si suami telah menulis sepucuk surat kepada si isteri menerangkan di mana silap nya.. 

Wanita Harus Cantik
Surat yang ditulis oleh si suami kepada si Isteri

Kerana surat dan penerangan si suami ini, si isteri menerima dan memaafkan si suami... Menurutnya itu adalah fitrah seorang lelaki.. Mulia dan lembut nya hati seorang isteri. Sememangnya fitrah lelaki menginginkan wanita yang cantik.. 

Ada tak lelaki yang nak wanita pengotor, selekeh, lagi-lagi yang badan berbau? Kalau boleh mereka nak kan yang sempurna dari segala segi.. Tetapi sempurna kah lelaki itu sebagai suami? Mampukah mereka mengantikan tempat isteri untuk membuat kerja-kerja rumah?


Isteri itu hadiah dari ALLAH untuk dijaga.

Tetapi kalau dah berkahwin dan beristeri tu, kenalah tahu batasan. Si isteri jadi tak cantik, shaping pun dah lari semuanya kerana penat menjaga makan minum dan keperluan si suami dan anak-anak di rumah. Jangan jadikan ALASAN isteri dah tak cantik untuk membuat hubungan terlarang sebegini. 

Wanita-wanita atau isteri-isteri diluar sana, jangan lah pulak bila dah kahwin terus mengabaikan kebersihan dan penampilan diri.. Dalam agama Islam mahupun agama-agama lain turut menekankan tentang kebersihan dan kekemasan diri tidak kira sebelum atau pun sesudah kita berkahwin.. Buktikan kat suami-suami anda yang wanita telah berkahwin atau mempunyai anak pun masih mampu kelihatan cantik menawan.

Dapatkan Rahsia Sihat, Cantik dan Menawan KLIK DI BAWAH

 Rahsia Sihat, Cantik, Menawan



With Love, 
MamaMia





07 November 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | KENAPA KITA SELALU SAKIT?

Menurut Profesor Doktor Muhaya Mohamad, kita sakit bukanlah disebabkan oleh kuman, tetapi kerana badan kita lemah. Apa yang melemahkan kita? Pemikiran negatif yang membuatkan kita lemah. Sakit yang kita alami biasanya 75% disebabkan oleh minda. Oleh itu, betulkan minda dengan cara kita betulkan akidah dan tabiat.

Kenapa Kita Selalu Sakit? Kaji dan Atasi puncanya


Fikiran kita terbentuk daripada tabiat dan sistem kepercayaan kita. Oleh sebab itu, kita perlu betulkan sistem kepercayaan dan tujuan hidup kta. Ini bermakna, rasakan betapa hidup kita pada setiap hari itu berharga, demi mencari reda Allah. 

Menurutnya satu kajian, orang yang selalu dijangkiti demam, contohnya lebih daripada sekali daam tempoh enam bulan, orang itu sebenarnya sedang stress dan tidak sihat. Tidak sepatutnya orang normal mendapat demam lebih dari sekali dalam tempoh enam bulan. 

Biasanya orang yang memiliki pelbagai jenis gejala penyakit adalah orag yang memerlukan perhatian. Ini kerana, mereka tidak yakin pada diri dan tidak menyayangi diri sendiri dan membiarkan dirinya sakit. Mengapa mereka tidak menyayangi diri? Ini kerana mereka tidak tahu menilai diri dan mengenal diri mereka sendiri.

Bila kita terlalu focus pada perkara yang negatif dan tidak sihat, maka secara langsung pemikiran kita juga akan menjadi negatif. Ini merupakan punca kenapa kita selalu sakit. Apabila kita salalu sakit, fikirkan juga apakah dosa yang sudah kita lakukan? Mohon ampun dengan orang, manalah tahu kita pernah membuat kesalahan pada mereka, dan Allah menurunkan sakit kepada kita untuk menbersihkan dosa dan memberikan kita kesedaran.

Ini tidak, bila kita demam atau selalu sakit, kita menyalahkan orang lain. Mereka batuk, lalu berjangkit kepada kita. Kita menganggap apabila kita selalu sakit semuanya disebabkan oleh jangkitan. Tetapi sebenarnya kita selalu sakit bukan kerana kuman atau jangkitan, ianya disebabkan kita lemah.

Kenapa kita lemah? Ini kerana sistem imuniti tubuh kita yang lemah.. Kenapa sistem imuniti tubuh kita lemah? Ini kerana kita selalu berfikiran negatif dan suka bercakap perkara yang tidak baik. Malah, kita juga melihat berita yang tidak baik dab turur membaca perkara yang berunsurkan negatif. Ini semua menyebabkan kitaran negatif dalam persekitaran kita menjadi banyak, seterusnya menjadi punca kenapa kita selalu sakit.  

Kita bertanggungjawab menjaga kesihatan diri dan keluarga kita agar tidak selalu sakit. Jagalah kesihatan dan makan vitamin, terutamanya vitamin C dan banyakkan beristighfar. Contohnya bila kita terasa diri mula dijangkiti selesema, terus makan vitamin C. Jangan menyalahkan musim hujan penyebab kita selesema pulak. 

Mudah-mudahan perkongsian dalam entry kali ini dapat membantu dan dijadikan amalan seharian kita untuk kekal sihat dan menghidarkan diri dari selalu sakit. Sentiasalah berkata pada diri kita "Saya bersyukur dan gembira kerana kekal sihat". InsyaAllah bila kita berfikiran positif, maka positiflah yang kita akan perolehi.


With Love,
MamaMia

04 November 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | 27 MANFAAT OMEGA 3 UNTUK KESIHATAN

Omega Guard adalah diantara HOT produk Shaklee.. So, bila pihak Shaklee buat promo Omega Guard sepanjang bulan November ni, lagilah bertambah HOT permintaan dari mereka yang mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee ni. 

Omega 3
27 Manfaat Omega 3 Untuk Kesihatan


Tidak keterlaluan jika saya katakan semua orang memerlukan Omega Guard Shaklee.. Setiap isi rumah patut memiliki sekurang-kurangnya satu botol Omega Guard di dalam rumah mereka.. Ini kerana kelebihan dan manfaat Omega 3 yang terkandung di dalam setiap kapsul Omega Guard sangat luar biasa.


27 MANFAAT OMEGA 3 YANG TERKANDUNG DI DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah OBESITI
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
25. Omega 3 meningkat dan menguatkan daya ingatan pada minda 
26. Membantu mengurangkan masalah bagi pesakit asma, lelah dan selesma
27. Omega 3 juga mampu memperbaiki masalah yang berkaitan dengan otak seperti
  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Begitu banyak kelebhan dan manfaat Omega Guard untuk kesihatan kit, jadi apa tunggu lagi?.. Rebutlah peluang untuk mendapatkan Omega Guard dengan harga promosi sekarang. Hubungi Pengedar Shaklee berhampiran anda atau saya melalui sms/whatsApp : 014-6737104, email pun boleh juga dihantar kepada hasmiah79@gmail.com



With Love,
MamaMia

23 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | LEMAK BAIK UNTUK TUBUH

LEMAK oH LEMAK...
Sebut je pasal lemak kat badan semua kata tak suka.. Macam-macam presepsi kita tentang lemak sedangkan kita sebenarnya tidak tahu pun lemak tu apa? Jenis-jenis lemak? Kebanyakkan diantara kita cuma tahu lemak tu mengemukkan badan, menggeleber kat perut, lengan kiri kanan.. betul ke tidak?

Sebenarnya lemak ni terbahagi kepada dua.. Lemak jahat dan lemak baik.. macam kelakarlah pulak bunyinyakan, tetapi inilah yang sebenarnya. 

Lemak baik vs lemak jahat
Lemak Baik Vs Lemak Jahat 

KITA melakukan pengorbanan yang amat berharga kepada badan sekiranya dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan. Bagaimanapun jangan sampai keterlaluan kerana pemakanan yang tiada lemak langsung boleh membunuh kita secara perlahan-lahan.


Lemak
Jenis dan sumber utama lemak yang perlu ditambah dan dihindari

Sehingga kini masih ramai skeptikal terhadap lemak dan menganggap ia sebagai bahan yang memburukkan kesihatan. Hakikatnya ia adalah antara bahan penting yang membolehkan kita hidup dengan sejahtera kerana lemak adalah sumber penting untuk tenaga, melembapkan kulit, membolehkan organ berfungsi dengan baik dan menyingkirkan bahan toksin dari badan.

Lemak amat diperlukan untuk meningkatkan daya ketahanan badan, mengurangkan risiko diserang penyakit jantung, merendahkan tekanan darah, mengelakkan keradangan terutama dalam sistem pencernaan dan sendi serta mengekalkan kesuburan.

Bahkan makanan yang mengandungi lemak rasanya jauh lebih sedap dan menyelerakan. Fungsi dan manfaat lemak ini bagaimanapun sering ditenggelami pelbagai keburukan lemak seperti yang dialami kebanyakan orang terutama apabila mereka mendapat serangan jantung.

Pakar Pemakanan dari Kanada, Dr Udo Erasmus menegaskan bukan semua lemak itu memudaratkan kerana badan amat memerlukan jenis asid lemak perlu seperti omega-3 dan omega-6 untuk berfungsi dengan baik.

Memang benar semua minyak yang berasaskan sayur-sayuran tidak mengandungi kolesterol kerana kolesterol hanya wujud dalam makanan yang berasaskan haiwan.

Katanya, ada tiga proses yang boleh mengubah ciri baik minyak kepada tidak baik iaitu hidrogenasi - menjadikan minyak cecair ke bentuk beku, lebih stabil dan bersifat seperti plastik. Proses ini menyebabkan kemusnahan molekul dan mengubah susunan molekul ini menjadi `rantaian asing' kepada badan.

Proses inilah yang menjadikan asid lemak perlu bertukar kepada asid lemak trans (dengan susunan molekul berpilin dan kompleks). Bahan-bahan seperti marjerin, lelemak haiwan atau sayur serta minyak separa hidrogenasi juga mengandungi banyak asid lemak trans.

"Antara makanan yang mengandungi banyak asid lemak trans (hidgrogenasi atau separa hidrogenasi) ialah kek, biskut, biskut lemak, coklat, sup segera, sajian pencuci mulut, kerepek, mentega kacang, roti dan makanan ringan," kata

Asid lemak trans dikenal pasti menjadi faktor risiko utama penyakit jantung, mengubah sistem pertahanan badan, mengganggu fungsi insulin, mengurangkan penghasilan hormon testosteron dan meningkatkan penghasilan sperma tidak normal serta boleh mempengaruhi kehamilan.

Kedua ialah menggoreng. Memanaskan minyak sehingga berasap boleh mengubah susunan semula jadi molekul minyak yang boleh menjejaskan fungsi sel dan menyebabkan masalah kesihatan membuat salur darah menjadi keras serta kanser.

Ketiga ialah proses penapisan dan `pengharuman' yang menghasilkan minyak tanpa warna, bau dan rasa. Proses ini katanya akan mengubah lebih banyak susunan molekul minyak dan menambah paras toksik minyak.

"Kebanyakan minyak masak mengalami 0.5 hingga satu peratus perubahan molekul atau satu camca teh (15 mililiter). Walaupun jumlah ini nampaknya sangat kecil tetapi ia mengandungi kira-kira 100,000 molekul toksik.

"Malah kebanyakan orang menggunakan tiga atau empat camca makan minyak untuk memasak makanan. Jadi fikirkanlah berapa banyak bahan toksik yang akan masuk ke dalam badan kita.

"Jika minyak itu selalu digunakan untuk menggoreng, jumlah molekul toksik akan bertambah menjadi tiga hingga 10 kali ganda. Kebanyakan minyak mengandungi dua peratus fitokimia yang amat penting tetapi bahan ini musnah ketika proses penghasilan minyak," katanya.

Malah ada kajian menunjukkan apabila minyak dipanaskan sehingga melebihi 150used Celsius, ia akan mengubah ciri minyak daripada memberi perlindungan terhadap mutasi genetik (perubahan bahan baka) kepada menyebabkan mutasi.

Dr Merasmus bagaimanapun menegaskan bukan semua minyak memudaratkan kerana kita memerlukan 15 peratus tenaga daripada lemak tetapi pengguna perlu bijak memilih dan menggunakan minyak yang mengandungi asid lemak Omega-3 dan omega-6.

Menurutnya minyak yang panjang jangka hayatnya kurang baik untuk kesihatan dan justeru itulah kita disaran mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan.

Apakah sumber asid lemak omega-3 dan omega-6? Walaupun ada yang mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) tetapi Dr Erasmus menyarankan supaya dua asid lemak ini diperolehi daripada makanan seperti biji flax, kacang pea, kacang kuda dan dal bagi omega-3.

Manakala bagi omega-6 pula boleh didapati daripada biji bunga matahari dan bijan. Bagaimanapun katanya, amalan pemakanan yang seimbang sebenarnya sudah membekalkan asid lemak omega-6 yang mencukupi.

Malah beliau juga tidak menggalakkan pengambilan minyak ikan kerana ia mengandungi lebih banyak kerosakan berbanding minyak masak biasa iaitu antara tiga hingga lima peratus.

Sebaliknya menyarankan khasiat daripada minyak ikan itu diperolehi daripada ikan segar yang dimasak dengan cara sihat iaitu menggunakan air sama ada rebus, kukus atau reneh dan bukannya goreng atau bakar.

Bahkan kita juga perlu memastikan pengambilan asid lemak omega-3 dan omega-6 ini dalam nisbah yang betul iaitu dua ke satu.

Kedua-dua asid lemak ini amat penting untuk mengekalkan kesihatan kulit, meningkatkan tenaga dan kecerdasan otak, menajamkan daya tumpuan, menseimbangkan emosi, merendahkan risiko sakit jantung dan kencing manis serta memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang.

Kekurangan kedua-dua asid lemak ini boleh menyebabkan masalah ingatan, kemurungan, cepat penat dan bagi kanak-kanak, mereka berisiko mengalami masalah cemerkap (kelam kabut) dan kecerdasan terbantut...





22 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | ATASI KEKEJANGAN OTOT & KEBAS-KEBAS SEBELUM TERLAMBAT

Kebas-kebas pada jari-jemari biasanya disebabkan gangguan pada saraf akibat bebanan yang berlebihan. Ia biasa berlaku pada mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan dan jari seperti tukang jahit, jurutaip dan ada juga berlaku disebabkan gangguan hormon seperti menopaustiroid dan diabetes.

Atasi Kekejangan Otot
Atasi Kekejangan Otot


Kekejangan otot pula berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba dan tak terkawal. Salah satu sebab mengapa berlakunya kebas-kebas dan kekejangan ialah akibat KEKURANGAN KALSIUM & magnesium dalam tubuh.


ostematrix
Salah satu tanda kekurangan Kalsium

ostematrix
Kebas-kebas adalah tanda awal kekejangan otot

Jika anda sering mengalami perkara-perkara tersebut, ini lah masanya untuk mencuba OSTEMATRIX

Kekejangan Otot dan Kebas-kebas
OsteMatrix Shaklee


Ostematrix

Istimewanya Ostematrix ialah ia lengkap dengan Magnesium yang membantu tubuh memelihara paras kalsium, Vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus. Kajian ada menunjukkan pengambilan kalsium beserta Vitamin D membantu;
 

  • merendahkan risiko diabetes tahap 2 terhadap mereka yang mempunyai pra-diabetes
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • meningkatkan sistem imun
  • menyokong berat badan ideal dan meningkatkan potensi kehilangan berat badan
Atasi Kebas-kebas
Kandungan dalam 1 Tablet OsteMatrix


Oleh itu, pastikan produk kalsium anda lengkap dengan Magnesium, Vitamin D, Boron, mangan, tembaga & zink untuk fungsi dan penyerapan kalsium yang optimum. Jika tidak, JOM BERTUKAR KE OSTEMATRIX hari ini!





ATASI KEKEJANGAN OTOT

Pengambilan OsteMatrix setiap hari membantu dalam mengatasi masalah-masalah berikut:

  • mengatasi kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi malah membantu mengatasi masalah sembelit.
  • membina dan memelihara kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi
    memelihara fungsi saraf
  • memelihara fungsi membran sel & enzim
  • pengecutan otot
  • menghalang pembekuan darah
    menggalakkan tidur yang lena dan mengurangkan stress
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Pada usia 19 hingga 55 tahun lelaki dan wanita, sebanyak 1,000mg kalsium diperlukan setiap hari. Bagi mereka yang berusia lebih 55 tahun, sebanyak 1,200mg kalsium diperlukan bagi memastikan fungsi tubuh yang optimum. Harga Ostematrix (120biji) hanya RM61 yang bagi saya harga yang mampu milik berbanding kos perubatan yang terpaksa ditanggung untuk mendapatkan rawatan pakar. Mencegah itu lebih baik dibanding mengubati. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh hubungi saya. Pastinya kos Penghantaran PERCUMA seluruh kawasan Kota Kinabalu.





With Love, 
MamaMia

18 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | KEPENTINGAN SUPLEMEN UNTUK TUBUH

Tubuh yang sihat, cergas dan bebas daripada pelbagai jenis peyakit adalah antara nikmat kehidupan. Bagi memperoleh kesihatan yang baik, tubuh memerlukan nutrisi yang cukup dan ia boleh didapati daripada makanan yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Kepentingan Suplemen Untuk Tubuh
Kepentingan Supleemen Untuk Tubuh

Namun begitu, ada kalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen boleh memenuhi khasit yang diperlukan. Walaupun begitu, kita tidak boleh mengambil suplemen sembarangan keraana seandainya tidak memerlukannya, ia tidak akan memberikan sebarang manfaat. Maka, kita perlu bijak mengambil suplemen agar ia memberi kebaikan kepada tubuh selain mengelakkan pembaziran.

DI ANTARA KEBAIKAN SUPLEMEN KEPADA TUBUH

Meningkatkan Metabolisme Tubuh
  • Gangguan terhadap metabolisme tubuh akan memberi kesan kepada penyerapan makanan yang kemudiannya akan menurunkan kadar nutrisi yang diterima oleh tubuh. Mengambil suplemen dalam kadar yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme hinggakan tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan.


Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Suplemen seperti Vitamin C sangat berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan sekaligus sebagai antioksidan yang membantu mengatasi kerosaka ke atas otot.


Penting Untuk "Vegeterian"
  • Bagi mereka yang mengamalkan "Vegeterian" pastinya kekurangan zat yang dibekalkan oleh makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka telah kekurangan sumber protein, vitamin dan mineral, sedangkan ia penting terhadap tubuh. Dengan pengambilan suplemen, ia sangat membantu memberikan manfaat kepada tubuh dan akan menjalankan peranannya dengan berkesan.


Suplemen Khas Untuk Wanita
  • Terdapat tiga jenis suplemen sangat penting dan berguna untuk wanita iaitu zat besi, asid folok dan juga vitamin D, terutamanya bagi wanita hamil. Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk mencegah anemia. Asid folik sangat diperlukan untuk mengurangkan kecacatan pada bayi manakala vitamin D penting untuk mencegah osteoporosis.



BILA BADAN PERLUKAN SUPLEMEN?
  • Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga
  • Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen
  • Ketika terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
  • Ketika badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan dengan cuaca buruk
  • Wanita hamil amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.
  • Pengambilan suplemen perlu dilakukan dari awal untuk hasil yang memberangsangkan.


INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN TERBAIK? 

Klik di sini Suplemen Untuk semua


With Love,
MamaMia













12 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | RAHSIA MANDI AIR SEJUK

Musim-musim hujan di Kota Kinabalu sejak dua menjak ni, tentu ramai yang kata sejuk.. Sampai ada yang tidak mandi.. Kalau mandi pun kena air panas, rasa selesa gitu.. But OK lah kan daripada tak mandi langsung.. hahahaha... 

Mandi adalah aktiviti rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa air sejuk boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh dan kesihatan.. Tak percaya? Berikut adalah faedah mandi air sejuk

Rahsia Mandi Air Sejuk

TINGKATKAN SISTEM IMUNITI
  • Mandi air sejuk boleh meningkatkkan tahap kekebalan tubuh. Dikatakan air sejuk yang membasahi tubuh boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan sel darah akan melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit kecil seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya.

MELEGAKAN SELESEMA
  • Sekiranya kita terkena selesema, mandilah dengan air sejuk. Menggunakan air hangat untuk mandi ketika selesema hanya akan meningkatkan lagi suhu panas ditubuh sekaligus menyebabkan hidung tersumbat.

MENURUNKAN BERAT BADAN
  • Berita baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jika sebelum ini kita telah puas berdiet dan melakukan senaman, cuba alternatif ini. Amalkan mandi air sejuk berbandng air hangat kerana ia mampu merangsang penghansilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekaligus mengurangkan berat tubuh.

ATASI MASALAH DARAH BEKU
  • Bagi yang mengalami darah cepat beku, disarankan agar mandi air sejuk secara konsisten. Ia boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh seterusnya menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga.

HILANGKAN TEKANAN
  • Bekerja seharian di pejabat memang memenatkan. Ditambah lagi dengan tekanan tugas, pastinya menyakitkan kepala. Lari seketika daripada masalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Suhu dingin yang meresap ke dalam tubuh amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisme.

SIHATKAN PARU-PARU
  • Mandi dengan air sejuk bagus untuk menyihatkan paru-paru. Paru-paru akan terbuka sekaligus membuatkan kita mampu bernafas dengan baik dan selesa.


Bagi meningkatkan tenaga pada waktu pagi mandi menggunakan air sejuk. Ianya mampu membuatkan badan kita berasa lebih cergas dan bertenaga. 


With Love,
MamaMia 

10 October 2014

SIHAT ITU NIKMAT YANG MUDAH DILUPAKAN

Ketika kita melihat atau menziarahi orang sakit, barulah kita sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita. Sedangkan sebelumnya kita seakan-akan lupa akan nikmat yang satu ini.

Nikmat Allah yang mudah kita lupakan adalah kesihatan


KESIHATAN merupakan nikmat daripada Allah Taala yang selalu diperbaharui. 
  • Seseorang hamba akan dihisab atas nikmat ini iaitu daripada sisi mana ia mesyukurinya, bagaimana ia menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau kemaksiatan kepada Allah SWT.

Mensyukuri nikmat KESIHATAN dapat dilakukan dengan HATI, LISAN dan ANGGOTA BADAN. 
  • Syukur hati dapat dilakukan dengan cara metakini bahawa ALLAH SWT adalah satu-satunya zat yang memberi kesihatan. 
  • Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dengan melafazkannya. 
  • Syukur anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam Namun, ramai orang yang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ALLAH SWT ini kecuali selepas kehilangann kedua-duanya.

Kebanyakan kita, ketika masih sihat walafiat, kita jarang sekali mensyukuri nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Maha Pencipta. KIta lalai ketika tubuh kita masih tegap dan sempurna dan mampu melakukan apa pun kerana kita masih segar-bugar dan stamina kita masih cukup.. Kita tidak menggunakan kesihatan untuk memperbanyak ibadah dan berbuat kebajikan.. 

Tup.. tup.. Bila sakit datang, semuanya menjadi berubah, kita tidak dapat melakukan aktiviti yang biasanya kita lakukan.. Ketika sakit itulah baru kita nak menyedari akan pentingnya kesihatan.. Masa sakit itulah baru kita mengingati Maha Pencipta dengan memohon kesembuhan.. betul tidak??

Macam-macam janji yang kita buat.. siap bersumpah jika siha nanti akan melakukan pelbagai perkara baik-baik. Ironinya, setelah kita kembali sihat seperti asal, kita lupa akan ucapan-ucapan doa yang pernah dipanjatkan ketika sakit.. Inilah lumrah manusia!! Sepatutnya ketika kita sihatlah, kita harus menjadikan kesihatan kita sebagai tonggak untum menyebarkan kebaikan kepada manusia.

Kesimpulannya, KESIHATAN amat pentin disisi ISLAM. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mestilah mengambil berat terhadap aspek kesihatan sasa ada dari segi MENTAL, ROHANI dan JASMANI. 

Berdasarkan peringatan daripada ALLAH dan Nabi SAW, bahawa kesihatan ialah nikat besar yang dilupakan bermaksud, sekiranya seseorang itu mengabaikan kesihatannya menunjukkan dia tidak mensyukuri kenikmatan yang diberikan lantas mengundang azab ALLAH SWT.. Maka, umat Islam mestilah menekankan aspek kesihatan ini kerana kesihatan merupakan nikmat ALLAH yang teramat besar kepada kita.

Oleh sebab itu, dengan mengabaikan kenikmatan atau tidak mensyukuri kenikmatan akan mengundang azab. Ini bermakna sesiapa yang tidak ambil perhatian terhadap aspek kesihatan mental, rohani datau kesihatan fizikal, maka akan mendapat azab iaitu SAKIT dimana ia merupakan seksaan hidup ini. 

Inilah makna penting yang tersirat daripada amaran Nabi SAW bahawa kesihatan adalaha nikmat yang mudah dilupakan... Jadi, marilah kita menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah dan jangan sesekali kita melupakannya.


With Love,
MamaMia

09 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | 8 MAKANAN RAHSIA KEKAL SIHAT DAN AWET MUDA

Setiap manusia inginkan kesihatan yang berpanjangan. Ingin kekal awet muda walaupun di mamah usia. Agak mustahil untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah. Kadang-kala, masalah kesihatan itu timbul sejak kita baru dilahirkan lagi. Namun, bukan semua orang memiliki kesempurnaan dan kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat.



Dibawah, terdapat beberapa jenis makanan sihat untuk kekal sihat dan awet muda:

Makan makanan yang di panggang/rebus.
  • Semestinya, makanan yang di panggang atau direbus merupakan cara memasak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon dan dori yang dipanggang atau rebus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.


Minum kopi.
  • Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fugsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30 peratus. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding si bukan peminat kopi.


Ambil vitamin D.
  • Vitamin D membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan 'antibody' badan dan melindungi daripada sebarang penyakit kanser serta jantung. Antara sumber vitamin D seperti sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna dan udang.


Zaitun kombinasi makanan terbaik.
  • Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buahan dalam menu harian bersama minyak zaitun. Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak dan mentega roti kepada minyak zaitun.


Makan lebih banyak sayur.
  • Gantikan snek pada waktu lapang anda kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran dan buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.


Nikmati teh hijau.
  • Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan penyakit.


Kawal pengambilan gula dan garam.
  • Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.


Elakkan makanan dalam tin.
  • Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.


Setiap manusia inginkan kesihatan yang berpanjangan. Ingin kekal awet muda walaupun di mamah usia. Agak mustahil untuk menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah. Kadang-kala, masalah kesihatan itu timbul sejak kita baru dilahirkan lagi. Namun, bukan semua orang memiliki kesempurnaan dan kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat. 



Makanan Yang Mampu Kekalkan Awet Muda

Dibawah, terdapat 8 makanan rahsia untuk kekal sihat dan awet muda:



1. Makan makanan yang di panggang/rebus 

Semestinya, makanan yang di panggang atau direbus merupakan cara memasak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon dan dori yang dipanggang atau rebus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik. 

2. Minum kopi 
Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fugsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30 peratus. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding si bukan peminat kopi. 

3. Ambil vitamin D 
Vitamin D membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan 'antibody' badan dan melindungi daripada sebarang penyakit kanser serta jantung. Antara sumber vitamin D seperti sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna dan udang. 

4. Zaitun kombinasi makanan terbaik 
Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buahan dalam menu harian bersama minyak zaitun. Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda dua tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak dan mentega roti kepada minyak zaitun. 

5. Makan lebih banyak sayur 
Gantikan snek pada waktu lapang anda kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran dan buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut. 

6. Nikmati teh hijau 
Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan penyakit. 

7. Kawal pengambilan gula dan garam 
Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari. 

8. Elakkan makanan dalam tin 
Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.


Namun begitu, Shaklee juga turut menyediakan makanan tambahan daripada sumber semulajadi untuk mengekalkan keremajaan kulit. Dengan kata lain makanan tambahan untuk kita kekal sihat dan Awet Muda iaitu Vivix. 

Vivix Shaklee
Vivix Shaklee


Makanan untuk Awet Muda
Tonic Anti Penuaan yang TERBUKTI mampu membuatkan kulit kita kekal Awet Muda.

Fakta tentang Vivix Shaklee, sila click sini  Awet Muda Dengan Vivix

Semoga kita akan kekal SIHAT dan Awet Muda ya! 


With Love,
MamaMia