10 October 2014

SIHAT ITU NIKMAT YANG MUDAH DILUPAKAN

Ketika kita melihat atau menziarahi orang sakit, barulah kita sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yang Allah Taala berikan kepada kita. Sedangkan sebelumnya kita seakan-akan lupa akan nikmat yang satu ini.

Nikmat Allah yang mudah kita lupakan adalah kesihatan


KESIHATAN merupakan nikmat daripada Allah Taala yang selalu diperbaharui. 
  • Seseorang hamba akan dihisab atas nikmat ini iaitu daripada sisi mana ia mesyukurinya, bagaimana ia menggunakannya? Adakah dalam ketaatan atau kemaksiatan kepada Allah SWT.

Mensyukuri nikmat KESIHATAN dapat dilakukan dengan HATI, LISAN dan ANGGOTA BADAN. 
  • Syukur hati dapat dilakukan dengan cara metakini bahawa ALLAH SWT adalah satu-satunya zat yang memberi kesihatan. 
  • Syukur lisan dilakukan dengan cara mengakui kenikmatan tersebut dengan melafazkannya. 
  • Syukur anggota badan dilakukan dengan menggunakan kesihatan itu dalam ketaatan dan menghindarkannya daripada kemaksiatan.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam Namun, ramai orang yang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ALLAH SWT ini kecuali selepas kehilangann kedua-duanya.

Kebanyakan kita, ketika masih sihat walafiat, kita jarang sekali mensyukuri nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Maha Pencipta. KIta lalai ketika tubuh kita masih tegap dan sempurna dan mampu melakukan apa pun kerana kita masih segar-bugar dan stamina kita masih cukup.. Kita tidak menggunakan kesihatan untuk memperbanyak ibadah dan berbuat kebajikan.. 

Tup.. tup.. Bila sakit datang, semuanya menjadi berubah, kita tidak dapat melakukan aktiviti yang biasanya kita lakukan.. Ketika sakit itulah baru kita nak menyedari akan pentingnya kesihatan.. Masa sakit itulah baru kita mengingati Maha Pencipta dengan memohon kesembuhan.. betul tidak??

Macam-macam janji yang kita buat.. siap bersumpah jika siha nanti akan melakukan pelbagai perkara baik-baik. Ironinya, setelah kita kembali sihat seperti asal, kita lupa akan ucapan-ucapan doa yang pernah dipanjatkan ketika sakit.. Inilah lumrah manusia!! Sepatutnya ketika kita sihatlah, kita harus menjadikan kesihatan kita sebagai tonggak untum menyebarkan kebaikan kepada manusia.

Kesimpulannya, KESIHATAN amat pentin disisi ISLAM. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mestilah mengambil berat terhadap aspek kesihatan sasa ada dari segi MENTAL, ROHANI dan JASMANI. 

Berdasarkan peringatan daripada ALLAH dan Nabi SAW, bahawa kesihatan ialah nikat besar yang dilupakan bermaksud, sekiranya seseorang itu mengabaikan kesihatannya menunjukkan dia tidak mensyukuri kenikmatan yang diberikan lantas mengundang azab ALLAH SWT.. Maka, umat Islam mestilah menekankan aspek kesihatan ini kerana kesihatan merupakan nikmat ALLAH yang teramat besar kepada kita.

Oleh sebab itu, dengan mengabaikan kenikmatan atau tidak mensyukuri kenikmatan akan mengundang azab. Ini bermakna sesiapa yang tidak ambil perhatian terhadap aspek kesihatan mental, rohani datau kesihatan fizikal, maka akan mendapat azab iaitu SAKIT dimana ia merupakan seksaan hidup ini. 

Inilah makna penting yang tersirat daripada amaran Nabi SAW bahawa kesihatan adalaha nikmat yang mudah dilupakan... Jadi, marilah kita menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah dan jangan sesekali kita melupakannya.


With Love,
MamaMia

No comments: