10 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | 7 KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL & IBU MENYUSU

Kajian terbaru menujukkan tamar (kurma) secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiar yang dapat mnyembuhkan banyak penyakit. Allah SWT mempunyai maksud tertentu dengan menyeru kita "mementingkan" kurma. Dengan menelti isi kandungan buah ini, akan membuatkan kita lebih fahan dengan apa yang difirmankan oleh Allah.





Khasiat Kurma Untuk ibu menyusu
Khasiat Buah Kurma Untuk Wanita Hamil & Ibu Menyusu

Sesungguhnya kurma bukan sahaja merupakan buah tetapi sekali gus ejadi ubat minuman, pemanis dan makanan berkhasiat


Kurma dengan kandungan 50% gula, amat berkhasiat kerana isi buahnya mengandungi fruktosa dan glukosa berkalori tinggi dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya berupaya menenangkan saraf "gelisah" serta memberikan rasa tenang pada jiwa. 

Sudah pasti setiap ibu yang bersalin kehilangan banyak darah. Malahan, dengan sendirinya jumlah gula dalam darah hilang dengan kadar yang yang banyak. Oleh sebab gla yang hilang itu perlu diganti, memakan kurma mampu menggantikan gula dalam darah dan memberikan tenaga kepada ibu yang baru bersalin 



7 KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL & IBU MENYUSU

1. Mencegah Daripada Berlakunya Pendarahan Ketika Melahirkan Anak
  • Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala.


2. Nutrisi Ibu
  • Khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat bes, kalsium, glukosa, potassium dan serat yang tinggi. Mampu memberikan tamhana tenaga untuk ibu hamil.


3. Diet
  • Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, dikuatkan dalil ayat daripada Maryam ayat 25-26


4. Memperbanyak Air Susu Berkhasiat Tinggi
  • Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu. Bayi yang disusui ibu yang menjadikan kurma sebagai amalan pemakanan akan membesar menjadi anak cerdas.   


5. Menggurangkan Pendarahan Dalaman Ibu Bersalin
  • Hormon Oksitosin untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin. Menurut hasil penelitian, jus kurma dapat memperkuat urat-urat rahim, sehingga proses kelahiran lebih mudah. Juga mengurangkan pendarahan ketika melahirkan serta menguatkan organ rahim.


6. Tidak Mengandungi Kolesterol
  • Kurma juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai "tanin" yang boleh mencegah kanser


7. Meningkatkan Kesihatan Janin Dalam Perut
  • Pengamalan pemakanan kurma semasa hamil juga sangat baik dlam meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan janin dalam perut


Kurma berkhasiat tinggi
Kurma dinyakini berkhasiat tinggi

Tamar atau Kurma khasnya 'ajwah' ialah bahan makanan yang sangat penting bagi kesihatan dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai penyebuh penyakit. Hal ini diakui oleh Nabi sendiri, maka, dianjurkan untuk memakan kurma sebagai sebahagian amalan sunnah untuk menjaga kesihatan tubuh. 

Sebaliknya kurma mestilah dijadikan makanan utama sebagai sebahagian daripada "ittiba" kepada Nabi dan dalam masa yang sama sebagai usaha menjaga kesihatan dan pengubatan. Kini, dengan adanya peralatan moden, mengesahkan sabda Nabi bahawa kurma mengandungi pelbagai zat yang amat baik bagi tubuh manusia dalam masa yang sama boleh menjadi ubat. 

Ingin tahu makanan semulajadi lain yang membantu ibu menyusu? klik sini -- Makanan Tambah Susu Ibu  --


With Love,
MamaMia

No comments: