Showing posts with label Tip Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Tip Ibu Hamil. Show all posts

27 December 2014

BAHAYA SEMBELIT DI KALANGAN WANITA HAMIL | KENALI PUNCA DAN CARA MUDAH MENGATASI SEMBELIT

Bahaya sembelit di kalangan wanita terutamanya wanita hamil pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan adalah gejala biasa yang tidak harus di pandang mudah. Kesukaran membuang air besar atau sembelit yang dialami oleh sesetengah wanita hamil yang mana hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau hanya sekali seminggu.

Bahaya Sembelit Di Kalangan Wanita Hamil

Mengapa masalah sembelit ini berlaku terhadap wanita hamil? Sembelit ketika hamil berlaku akibat daripada peningkatan hormon progestoron yang menyebabkan pengerakkan otot ke usus menjadi kurang effektif. Ini secara tidak langsung mengakibatkan berlakunya sembelit di kalangan wanita hamil.

Ada yang mengatakan pengambilan suplemen zat besi juga turut menyumbang kepada berlakunya sembelit pada wanita hamil. Namun, itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan suplemen tersebut. Ini kerana pengambilan zat besi adalah penting untuk  membawa oksigen di dalam darah sepanjang kehamilan.

Oleh itu, berikut beberapa tip bagi mengatasi masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar dikalangan wanita hamil :-
  • Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari bagi membantu pencernaan dan melembutkan najis agar mudah untuk membuang air besar
  • Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan
  • Kerap melakukan aktiviti senanman ringan seperti berjalan kaki

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Sembelit Bagi Wanita Hamil


Semeblit Ibu Hamil
OsteMatrix Shaklee


Kelebihan Pengambilan Ostematrix bagi Wanita Hamil

  • mengatasi kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi malah membantu mengatasi masalah sembelit.
  • membina dan memelihara kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi
    memelihara fungsi saraf
  • memelihara fungsi membran sel & enzim
  • pengecutan otot
  • menghalang pembekuan darah
    menggalakkan tidur yang lena dan mengurangkan stress
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Tahukah Anda Tentang OsteMatrix?


1 Tablet Ostematrix = Segelas Susu = 80 Biji Buah Badam


Biarkan TESTIMONI Ibu Hamil Berbicara Tentang OsteMatrix

Testimoni Ibu Hamil yang mengamalkan pengambilan Ostematrix untuk atasi masalah sembelit

Mencuba suplemen yang dihasilkan dari sumber semulajadi amatlah digalakkan. Ianya bukanlah ubat, tetapi makanan tambahan untuk kesihatan kita. So, apa tunggu lagi? Ibu-Ibu hamil yang kini menghadapi masalah sembelit tidak perlu gusar..


 OsteMatrix


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

28 November 2014

RAHSIA CHE TA KEMBALI SIHAT & CANTIK SELEPAS BERSALIN

Ramai ibu-ibu yang rasa rendah diri kerana tidak cantik selepas bersalin. Mana tidaknya bentuk badan dah out of shape! Lebihan lemak pulak makin bertambah-tambah.. Kita sebagai wanita harus tahu untuk kelihatan cantik tidak datang dengan sendirinya, kita perlu berusaha untuk mengekalkannya. 

Rahsia Che Ta Kembali Sihat & Cantik Selepas Bersalin

Proses bersalin adalah suatu keadaan di mana banyak tenaga yang kita perlukan. Sangat penting bagi wanita yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga dan menegangkan kembali urat yang kendur. Sebaik-baiknya tiga hari selepas bersalin, kita haruslah berurut. Saya rasa bertuah kerana sepanjang tempoh saya berpantang selepas bersalin, saya di jaga oleh ibu kandung saya sendiri. 

Dari pemakanan, urutan,  sehingga mandian saya semua di jaga rapi oleh ibu saya... Saya juga mengamalkan pemakaian bengkung kain yang kena lilit-lilit tu selama tempoh 45 hari.. Alhamdulillah, kesannya geleber-geleber lemak kat bahagian perut tu tiada.. Syukur sangat-sangat! 

Berbalik kepada story secreto to look beautiful after delivery ni.. Kini terdapat banyak rawatan moden untuk pulihkan ibu-ibu selepas bersalin tetapi jangan kita pinggirkan rawatan tradisional. Ketahuilah bahawa rawatan tradisional juga sangat membantu ibu-ibu selepas bersalin untuk kekal cantik dan langsing. Beberapa cara  mengekalkan tubuh cantik selepas bersalin ialah dengan 4 rahsia ini..


BERTANGAS

  • Fungsi utama bertangas adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jahitan. Ianya juga mengecutka rahim, merapatkan rahim dan mengharumkan kewanitaan. Selain itu tangas mampu mengecut, mengering dan mengetatkan rahim serta otot-otot yang kembang semasa mengandung dan proses bersalin

  • Bahan-bahan yang digunakan ketika bertangkas biasanya herba semulajadi yang mudah didapati. Ramuan tangas adalah seperti daun sirih, halia, biji manjakani, daun inai, dan garam bukit. Segala bahan yang dikumpul perlu direbus terlebih dahulu. Bagi cara yang mudah untuk dilakukan dirumah, didih ramuan di dalam periuk dan letak kerusi diatasnya

Duduk di atas kerusi yang berlubang dan bertangaslah selama 30 minit. Ketika duduk bertangas, lakukan latihan kemutan agar wap boleh masuk ke sistem peranakan. Bertangaslah dengan selang dua hari bagi mendapatkan kesan yang terbaik selama tempoh berpantang. Bertangkas terbahagi kepada dua cara iaitu tangas basah dan tangas kering


  1. Tangas basah adalah merebus ramuan di dalam periuk sehingga mendidih. Terus bertangas dengan duduk di atas kerusi bersama kain sarung
  2. Tangas kering adalah mengunakan batu sungai yang dipanaskan seperti memanas batu bertungku. Kemudia masukkan batu tersebut bersama ramuan tangas  dan bertangas diatasnya.


TERAPI URUTAN

  • Terapi Urutan dapat merengang dan mengendurkan otot kejang serta meningkatkan pergerakan sendi. Urutan juga boleh mengaktifkan sistem saraf parasimpatis tubuh kita untuk melawan respon negatif terhadap stres. Selain itu urutan boleh meredakan ketegangan otot dan membolehkan degupan jantung, tekanan darah dan peredaran darah kembali normal


  • Kekejangan otot ketika bersalin perlu diredakan. Otot yang kejang mengurangkan peredaran darah dan memberi kesan pernat dan sakit. Otot kejang boleh menekan dan meyepit saraf kita menyebabkan kesemutan, kebas atau sakit. Namun terapi urutan mampu meredakan otot-otot dan mengurangkan himpitan saraf


  • Terapi urutan ini juga mampu meningkatkan aliran darah vena ke jantung. Peningkatan ini membawa lebih oksigen ke sel serta membuang sisa metabolisme yang membuat tubuh lesu. Dengan urutan, tona kulit juga menjadi cantik ini kerana dengan peningkatan peredaran darah membantu melembab dan memperbaiki tekstur kulit selain menghilangkan kekeringan.


BERTUNGKU

  • Bertungku ketika berpantang membantu melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan dan juga boleh menguruskan badan. Terdapat dua pilihan batu tungku iaitu batu sungai atau besi. Batu tungku lebih ringgan tetapi cepat sejuk. Manakala besi pula berat tetapi lambat sejuk


  • Cara memanaskan batu bertungku adalah dngan membakar di atas api dapur. bakar dalam 20 minit dan balut dengan daun mengkudu. Kemudian balut dengan kain dan kita boleh terus memulakan proses bertungku.


  • Bertungku selepas bersalin lebih focus kepada mengecutkan rahim, menolak rahim keatas dan mengecilkan rahim. Cara bertungku yang betul adalah dengan menolak batu di ari-ari ke atas secara berulang kali dengan pergerakan dari bawah ke atas.


  • Bertungku di tapak kaki juga boleh di lakukan dengan kaki dirapatkan, kemudian gerakkan ke hadapan dn kebelakang. Jika tungku bulat, golek-golekkan tungku ke depan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.


MANDI REMPAH

Mandi rempah penting untuk perawatan selepas bersalin kerana ia memberi keharuman pada tubuh. Selain itu, ia boleh membantu membersihkan vagina, merapatkan vagina, mengatasi insomnia dan memanaskan badan. Ramai yang tidak suka mandi rempah kerana tidak mahu bau rempah melekat pada badan. Sebenarnya bau rempah akan hilang tetapi khasiatnya kekal melekat. Diantara kelebihan mandi rempah :-


  • Menghilangkan rasa penat
  • Memecah lemak yang berlebihan
  • Menaikkan sistem peranakan
  • Menyihatkan peranakan
  • Mencerahkan dan menghaluskan kulit
  • Membetulkan dan melancarkan perjalanan darah

Bahan-bahan semulajadi yang boleh dipilih sebagai ramuan antaranya adalah daun pisang segra, daun limau purut, daun sera bersama serai, halia muda, daun pandan, daun kunyit, temu kunci dan lengkuas. Kekerapan mengamalkan mandi rempah bagi wanita yang selepas bersalin adalah setiap hari dalam tempoh 44 hari mereka berpantang. Ini bertujuan memulihkan sistem dalaman.

Mandi rempah tidak memerlukan kita menyiramkannya pada tubuh. Cukup sekadar berendam shingga 20 minit di dalam air rendaman rempah sahaja. Waktu terbaik untuk mandi rempah adalah pada waktu pagi dan petang sebelum senja.


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU WANITA KEMBALI SIHAT DAN CANTIK SELEPAS BERSALIN? 

Shaklee menyediakan beberapa set suplemen untuk anda yang baru melahirkan dan masih dalam pantang untuk kekal sihat dan bertenaga. Malah membantu memelihara kesihatan dalaman dan juga luaran wanita selepas melalui proses bersalin. Diantara suplemen yang menjadi pilahan wanita-wanita yang ingin kembali sihat dan cantik selepas bersalin ialah..

VitaLea Iron Formula adalah multivitamin dan multimeneral yang lengkap untuk keperluan tubuh badan. Formula lengkap dengan zat besi membantu dalam membentuk sel darah merah agar tidak mudah letih dan penat

Sustained Release Vita-C merangsang penyerapan zat besi dan asid folic. Meningkatkan sistem imunisasi serta mempercepatkan penyembuhan luka

B-Complex membantu dalam melawan tekanan dan stres, malah mampu mencegah anemia

Zinc Complex membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman. Ianya bukan saja bermanfaat kepada ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan tetapi juga bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal. Zinc juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin

Ostematrix mengandungi kalsium yang sangat penting untuk tulang, gigi dan gusi ibu serta anak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan. Ostematrix juga dapat mengelakkan daripada masalah sembelit

Energizing Soy Protein (ESP) adalah merupakan sumber protein untuk membentuk sel-sel baru. Memelihara kesihatan dan memberikan tenaga segera kepada ibu yang berpantang.

Alfalfa Complex membantu mengatasi masalah sakit-sakit pinggang & lenguh-lenguh serta pemulihan rahim

Lecithin pula membantu memecahkan lemak bagi menurunkan berat badan. Ianya juga dapat mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku semasa dalam pantang.

3 Set PILIHAN Wanita-Wanita Dalam Pantang


Basic Set
  • Vitalea Iron Formula
  • SR Vita-C
  • B-Complex
  • Zinc Complex

ConfineMum Set
  • Vitalea Iron Formula
  • SR Vita-C
  • C-Complex
  • Zinc Complex
  • Ostematrix

ConfineMum Set Premium
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Vitalea Iron Formula
  • SR Vita-C
  • B-Complex
  • Ostematrix
  • Alfalfa Complex
  • Zinc Complex
  • Lecithin

Dapatkan suplemen mengikut keperluan dan kemampuan kita. Hanya yang terbaik untuk wanita yang sentiasa ingin kekal sihat dan cantik selepas bersalin disini.



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love,
MamaMia

27 November 2014

INFO KEHAMILAN | IKATAN TERJALIN DARI DALAM PERUT

Minggu-minggu pertama kehamilan boleh menjadi meletihkan dan memberi tekanan kepada kita. Tetapi apabila usia  kehamilan semakin meningkat dan perut mula membesar, kita akan mula rasa seperti seorang bakal ibu. Apatah lagi yang hamil kali pertama, maka bagi membantu ibu hamil bersiap sedia menghadapi kehidupan baru ini nanti, luangkanlah sedikit masa untuk menjalin ikatan rapat dengan bayi dalam kandungan. 

Info Kehamilan
Ikatan diantara ibubapa dan bayi Terjalin dari dalam perut

Kita mungkin tidak mengetahui bahawa kehamilan hanyalah satu permulaan bagi sebuah ikatan kasih sayang dengan anak. Ikatan secara semulajadi terjalin dari dalam perut.. Bagaimana ikatan terjalin antara ibu dan bayi yang masih dalam perut ibu?

1. URUT PERUT
  • Cara menenangkan ikatan bayi adalah dengan meyapu minyak pada perut dan mengurutnya perlahan-lahan. Gunakan minyak  dan krim sebagai cara mengelakkan tanda regangan dan satu kaedah menenangkan bayi dan ibu hamil.
  • Selain itu, urutan aromaterapi adalah satu cara terbaik untuk memanjakan diri dan meluangkan masa untuk berfikir mengenai bayi atau bercakap-cakap dengannya.


2. BERCAKAP DENGAN BAYI
  • Deria pendengaran bayi berkembang sepanjang masa. Bermula minggu ke-23, bayi sudah boleh mendengar degupan jantung dan bunyi perut anda yang berkeroncong. Bayu juga mula mendengar bunyi yang datang dari luar rahim ibu.
  • Kekerapan bayi mendengar suara ibu akan dapat membantunya segera membentuk ikatan dengan ibu setelah lahir nanti. 
  • Bercakap dan menyanyi kepada bayi lebih menyeronokkan apabila kita tahu bahawa bayi boleh mendengarnya. 


3. BERENANG
  • Tidak kira besar mana perut ibu hamil, air dapat memberi sokongan untuk menampung berat badan serta memberi ketenangan menjelang penghujung kehamilan kita nanti. 
  • Berenang bukan sahaj dapat merehatkan kaki, malah ia memberi peluang kepada ibu hamil merasa keadaan bayi yang ketika ini juga sedang  terapung di dalam air (air ketuban).


4. LATIHAN KELAHIRAN HIPNO
  • Kelas kelahiran hipno menggunakan teknik-teknik hipnoterapi untuk membantu ibu hamil fokus kepada bayi dan badan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran dan bersalin.
  • Keadaaan kelahran hipno dapat mengajar ibu hamil tentang cara menangani kesakitan semasa proses kelahiran dan belajar teknik bertenang untuk membantu merasai hubungan dengan bayi dalam kandungan


5. LIHAT IMBASAN BAYI
  • Imbasan pertama bayi akan menentukan tarikh, ia boleh membantu kita membayangkan si kecil yang sedang membesar didalam rahim. Imbasan trimester kedua, kita mungkin akan mengetahui jantina bayi. 
  • Simpan gambar imbasan itu di handphone atau pada pintu peti sejuk, ia bagi mengingatkan bahawa perut kita adalah rumah kepada seseorang pada ketika itu. Adanya gambar imbasan 3D membolehkan kita melihat rupa bayi yang seterusnya membolehkan kita dan pasangan merasa lebih jelas bakal menjadi ibu dan bapa.


6. IKATAN AYAH DAN ANAK
  • Sebagai ibu, kita sudah mengalami simptom awal kehamilan dan ia membantu kita membina ikatan dengan bayi dalam kandungan dari awal lagi. Naun bagi si ayah, ia ukan secara semulajadi. Bantulah suami membina ikatan rapat dengan bayi. 
  • Beritahu pada suami yang bayi sudah boleh mendengar bunyi yang datang dari luar rahim, minta suami bercakap-cakap dengan bayi. Suami juga harus membantu isteri sepanjang tempoh kehamilan supaya keduanya dapat merasa bahawa suami turut hamil bersama-sama.


7. LUANGKAN MASA BERSAMA BAYI
  • Luangkan masa dengan perut kita dengan pergi berjalan kerana aktiviti ini baik untuk mengisi waktu makan tengahari jika kita bekerja. Berjalan-jalan memberikan kita ruang memikirkan tentang bayi dengan berbual-bual dengannya semasa berjalan.


Sebagai bakal ibu, kita akan mula merasakan pergerakan bayi kira-kira minggu ke-18 hingga ke-20. Pergerakkan bayi ini boleh memberikan keyakinan bahawa bayi sedang membesar didalam perut. Apa yang perlu kita lakukan apabila bayi menendang? Usap perut kita secara perlahan untuk menunjukkan kita berkomunikasi dua hala dengannya sebelum bayi lahir.

Ingin mencuba suplemen Shaklee sepanjang kehamilan anda? Dapatkan Set Kehamilan Shaklee disini.



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

19 November 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | SUKAR HAMIL? ATASI KETIDAKSUBURAN SUAMI ISTERI SECARA SEMULAJADI

Memiliki anak atau cahaya mata menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Kehadiran si comel ini sudah tentunya akahmengukuhkan lagi kasih sayang sesama mereka. Namun, atas beberapa keadaan, ada segelintir pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Salah satu faktor yang menjadi punca ialah ketiksuburan suami  atau isteri atau kedua-duanya sekali.

Sukar Hamil? Atasi Masalah Ketidaksuburan Suami Isteri Secara Semulajadi

Mentaliti masyarakat kita sering menuding jari kepada wanita atau isteri apabila memperkatakan soal kemandulan atau penyebab tiada zuriat. Walhal peratus punca ketidaksuburan lelaki dan wanita adalah sama banyak. Menurut hasil kajian, dalam lima pasangan yang mempunyai masalah ketiksuburan, dua daripadanya berpunca daripada wanita, dua lagi daripada lelaki, manakala satu lagi merupakan gabungan lelaki dan wanita.

Masalah ketikdaksuburan sering meletakkan wanita diposisi yang sukar. Wanita sering dijadikan punca utama dalam masalah ini. Masalah ketiksuburan wanita adalah keadaan perubatan yang menjejaskan hampir 1/10 pasangan yang cuba untuk hamil. Untuk wanita, isu kesuburan yang biasa ialah keseimbangan hormon yang mempengaruhi ovulasi.

Menurut pakar, pasangan yang tidak mempunyai anak setelah setahun berkahwin ataupun enam bulan bagi yang berusia 35 tahun ke atas perlulah merujuk kepada doktor atau pakar sakit ouan bagi pemeriksaan lanjut. Ini kerana ada masalah ketidaksuburan yang boleh dirawat tetapi akan menjadi semakin sukar jika tindakan lambat diambil kerana faktor usia khususnya bagi wanita.

Berikut adalah beberapa masalah umum yang berkemungkinan memperlahankan dan mengganggu usaha wanita amnya seorang isteri yang cuba untuk hamil.

Gangguan Ovulasi
  • Kitaran Ovari yang normal adalah sangat rumit, walaupn perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangna hormon menyebabkan badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu atau mungkin gagal melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga mungkin tidak akan berlaku disebabkan oleh perubahan ketara dalam berat badan

Gangguan Tiub Fallopio
  • Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan ovum. Ini berkemungkinan disebabkan oleh keradangan tiub fallopio, sejarah kehamilan luar rahim, parut yang disebabkan oleh pembedahan atau juga penyakit endometriosis.

Endometriosis
  • Endometriosis biasanya berlaku apabila sel-sel lapisan rongga rahim berkembang di luar rahim contohnya di dalam tiub fallopio dan ovari

Perubahan Kepada Uterus / Serviks
  • Sperma mungkin gagal mencapai ovum jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan yang menghalang sperma masuk melaliu servik. Contohnya, fibroid boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.

Kecacatan Sistem Pembiakan
  • Ada juaga kes-kes yang sukar hamil disebabkan oleh masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang mana menjejaskan betuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vegina atau kedua-duanya. Namun ini adalah sangat jarang berlaku

Polycyctic Ovrian Sindrom (PCOS)
  • Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari juga bakal mengganggu ovulasi dan menyukarkan wanita yang mengalaminya untuk hamil

Gangguan Sistem Imunasi
  • Sistem imunasi wanita boleh menganggap telur atau sperma sebagai benda asing dan mengakibatkan sperma dianggap penceroboh

Lewat Usia
  • Semakin meningkat usia seseorang wanita, peluang untuk hamil adalah rendah. Ia juga merupakana slah satu punca ketidaksuburan wanita. Namun begitu ada juga wanita yang berusia lewat 35 tahun boleh hamil dan memperolehi bayi yang sihat. 

Apapun yang menjadi punca ketidaksuburan bagi pasangan suami isteri yang menginginkan cahaya mata, sebagai manusia kita harus berusaha dan berikhtiar untuk mengatasinya. Sama ada dengan cara perubatan moden, perubatan tradisional atau dengan mencuba mengamalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan supplmen.

Set Kesuburan Shaklee bagi pasangan Suami Isteri

Di Shaklee turut menyediakan set produk suplemen untuk membantu masalah ketidakstabilan hormon yang secara tidak langsung akan membantu dalam mengatasi masalah ketidaksuburan yang dialami oleh suami mahupun isteri.

Zinc Complex
  • Zinc adalah suatu khazanah lelaki kerana ianya amat memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.
  • Kekurangn zinc mengakibatkan masalah kemantangan yang lambat, impoten, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual lelaki
  • Zinc Complex mampu membantu memperbaiki dan melindungi prostat lelaki
  • Pengambilan Zinc Complex untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meningkatkan kiraan sperma.
  • Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga
  • Wanita juga memerlukan zinc untuk ovulasi yang mampu membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya

Vita E Complex

  • Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif yang mana lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Melancarkan saluran darah


GLA Complex

  • Untuk menstabilkan hormon 
  • Menyediakan satu keadaan yang memudahkan pele kaitan sperma dengan ovum


B Complex
  • B Complex sangat baik untuk masalah sengugut (PMS)
  • Juga sesuai untuk yang mengambil pil hormon dan mengurangkan stress yang juga merupakan salah satu punca berlakunya ketidaksuburan. 
  • Untuk Sistem reproduktif yang sihat.
  • Sangat penting untuk pembentukan janin bila hamil
  • Pengambilan B Complex membantu dalam menangani masalah jankitan kuman atau infeksi kepada vagina yang sering disebabkan olhe kekurangan Vitamin B

SET KESUBURAN SUAMI


SET KESUBURAN ISTERI
Sebagai pasangan yang baru berkahwin mahupun yang telah lama, semua ini hanyalah ikhtiar dan usaha kita untuk memperolehi zuriat. Cepat atau lambat semua itu adalah ketentuan dariNYA.. Ingin mencuba Set Kesuburan Suami Isteri boleh klik ⬇️


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 

With Love,
MamaMia

10 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | 7 KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL & IBU MENYUSU

Kajian terbaru menujukkan tamar (kurma) secara keseluruhannya merupakan sejenis makanan berkhasiar yang dapat mnyembuhkan banyak penyakit. Allah SWT mempunyai maksud tertentu dengan menyeru kita "mementingkan" kurma. Dengan menelti isi kandungan buah ini, akan membuatkan kita lebih fahan dengan apa yang difirmankan oleh Allah.





Khasiat Kurma Untuk ibu menyusu
Khasiat Buah Kurma Untuk Wanita Hamil & Ibu Menyusu

Sesungguhnya kurma bukan sahaja merupakan buah tetapi sekali gus ejadi ubat minuman, pemanis dan makanan berkhasiat


Kurma dengan kandungan 50% gula, amat berkhasiat kerana isi buahnya mengandungi fruktosa dan glukosa berkalori tinggi dan mudah serta cepat dicerna. Kandungan gulanya berupaya menenangkan saraf "gelisah" serta memberikan rasa tenang pada jiwa. 

Sudah pasti setiap ibu yang bersalin kehilangan banyak darah. Malahan, dengan sendirinya jumlah gula dalam darah hilang dengan kadar yang yang banyak. Oleh sebab gla yang hilang itu perlu diganti, memakan kurma mampu menggantikan gula dalam darah dan memberikan tenaga kepada ibu yang baru bersalin 



7 KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL & IBU MENYUSU

1. Mencegah Daripada Berlakunya Pendarahan Ketika Melahirkan Anak
  • Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak dan mempercepatkan proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala.


2. Nutrisi Ibu
  • Khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat bes, kalsium, glukosa, potassium dan serat yang tinggi. Mampu memberikan tamhana tenaga untuk ibu hamil.


3. Diet
  • Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, dikuatkan dalil ayat daripada Maryam ayat 25-26


4. Memperbanyak Air Susu Berkhasiat Tinggi
  • Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu. Bayi yang disusui ibu yang menjadikan kurma sebagai amalan pemakanan akan membesar menjadi anak cerdas.   


5. Menggurangkan Pendarahan Dalaman Ibu Bersalin
  • Hormon Oksitosin untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin. Menurut hasil penelitian, jus kurma dapat memperkuat urat-urat rahim, sehingga proses kelahiran lebih mudah. Juga mengurangkan pendarahan ketika melahirkan serta menguatkan organ rahim.


6. Tidak Mengandungi Kolesterol
  • Kurma juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai "tanin" yang boleh mencegah kanser


7. Meningkatkan Kesihatan Janin Dalam Perut
  • Pengamalan pemakanan kurma semasa hamil juga sangat baik dlam meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan janin dalam perut


Kurma berkhasiat tinggi
Kurma dinyakini berkhasiat tinggi

Tamar atau Kurma khasnya 'ajwah' ialah bahan makanan yang sangat penting bagi kesihatan dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai penyebuh penyakit. Hal ini diakui oleh Nabi sendiri, maka, dianjurkan untuk memakan kurma sebagai sebahagian amalan sunnah untuk menjaga kesihatan tubuh. 

Sebaliknya kurma mestilah dijadikan makanan utama sebagai sebahagian daripada "ittiba" kepada Nabi dan dalam masa yang sama sebagai usaha menjaga kesihatan dan pengubatan. Kini, dengan adanya peralatan moden, mengesahkan sabda Nabi bahawa kurma mengandungi pelbagai zat yang amat baik bagi tubuh manusia dalam masa yang sama boleh menjadi ubat. 

Ingin tahu makanan semulajadi lain yang membantu ibu menyusu? klik sini -- Makanan Tambah Susu Ibu  --


With Love,
MamaMia

04 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : MAKANAN TAMBAH SUSU IBU (MILK BOOSTER)

Cabaran HEBAT untuk saya kali ini.. Mana tidaknya kena buat entry tentang makanan tanbahan yang mampu membantu menambahkan susu ibu dan juga petuanya dengan cara sihat dan semulajadi... Fuhhhhh! Rasa-rasanya dah hampir 8 tahun yang lalu kot yang melahirkan anak tunggal perempuan saya tu.. Lama bangettt.

Akhirnya Mr Google dan buku-buku ibu hamil menjadi panduan saya... Seperti yang kita sedia ketahui bahawa seseorang ibu yang baru melahirkan harus menjayakan proses penyusuan bayi sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bulan.. Sedihlah plak saya kerana hanya mampu menyusukan anak saya dulu hanya dalam tempoh kurang 6 bulan.. InsyaAllah jika diberikan rezeki dariNYA, saya akan cuba menjayakan proses penyusuan untuk tempoh dua tahun.

Banyak factor yang mesti kita diambil perhatian. Ini kerana ramai ibu-ibu yang baru melahirkan mengalami masalah susu badan mereka  tiada, susu mereka kurang. Tetapi semua ini berlaku kerana kita tidak memenuhkan ilmu didada dengan mempelajari tentang ilmu penyusuan.. Memang menyusukan bayi nampak sangat mudah.. Namun hakikatnya tidak! Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. 

Milk Booster
Susu Ibu lebih berkhasiat daripada susu tepung dipasaran


MAKANAN TABAH SUSU ATAU PENGGALAK SUSU (MILK BOOSTER)
Diantara cara untuk menambah susu badan ibu yang baru melahirkan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster seperti berikut:-  


Lobak Putih
  • Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.


Buah Longan Kering
  • Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.


Kurma
  • Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu


Pucuk Betik/Betik Muda
  • Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.


Halba/Fenugreek
  • Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.


Habbatus Sauda/Jintan hitam/Black seed
  • Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.


Moringa/Murunggai/Pokok Kelor
  • Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.


Jantung Pisang
  • Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.


Daun Cekur Manis/Pucuk Sayur Manis
  • Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.


Kacang Soya
  • Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
  • Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Pemakanan seimbang
  • Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.



PSIKOLOGI
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  InsyaAllah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
  • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


Doa
  • Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

Tip tambah susu ibu
Doa Tambah Susu Ibu

Jika seseorang ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. 



BAGAIMANA SUPLEMEN SHAKLEE MEMBANTU DALAM MENAMBAH SUSU IBU?

Set Breastfeeding Shaklee disediakan khas bagi memudahkan ibu-ibu yang baru melahirkan untuk menyusukan bayi mereka.. Set ini termasuklah supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi dan penambah susu terbaik... So, kita cuma sebut Set Breastfeeding, satu set dah tersedia.

Set breastfeeding
Set Breastfeeding


Set ini mengandungi:

ESP (Energizing Soy Protein)
  • Sumber protein yang mampu membekalkan tenaga

Vitalea 
  • Multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.


Vitamin-C
  • Penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.


B Complex
  • Mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.


Alfalfa Complex  
  • Telah digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. 



Namun, 3 PERKARA PENTING ini WAJIB diamalkan
  1. Minum 3 Liter air sehari
  2. Pam susu 3 jam sekali
  3. Doa, tawakal

Kita juga harus ingat, set ini bukan ubat ajaib, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya macam pil-pil yang jual kat pasaran tu.. anda silap!  Suplemen Shaklee adalah natural atau semulajadi, suplemennya bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas. InsyaAllah masalah kekurangan susu ibu akan dapat diatasi.

Ingin mencuba Set Breastfeeding Shaklee? Anda hanya perlu mencari SID yang mampu memberikan info ISTIMEWA, tip ISTIMEWA, harga ISTIMEWA, penghantaran ISTIMEWA seperti saya, kerana bagi saya bayi anda terlalu ISTIMEWA.. 


With Love,
MamaMIa


04 September 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah : AWASS!! GLA COMPLEX PUNCA RAHIM BENGKAK.

Baru jer promo last month, bulan ni dah GLEMER plak kat media sosial.. HEBAT sungguh penangan GLA Complex Shaklee ni.

GLA Complex Shaklee


Terus terang saya ni pengamal GLA Complex, saya ambik pun untuk kulit saya yang sensetif... ALHAMDULILLAH, tak sampai sebulan ambik, jerawat kat muka saya sebiji-sebiji kecut.. Sampai skang sy masih consume GLA Complex sebagai makanan tambahan.. Kulit memang makin sihat dan gebus-gebusss gitu.

JERAWAT Kecut Hanya Dengan GLA Complex

Berbalik kepada topik.. Kerana ramai sangat yang dok share link pasal isu HANGAT seorang pengguna Shaklee yang katanya RAHIM BENGKAK consume GLA complex.. tu yang ramai plk dok pm kat Facebook saya tanya itu tanya ini walaupun tak beli ngan saya, tapi takpe.

Meh, biar saya kongsikan komen dari seorang rakan Shaklee saya yang kitorang selalu gelarkan dirinya Doctor... Almaklumlah rakan saya ni bercakap berdasarkan pengalaman dari pakar-pakar perbidanan dan sakit Puan kepada  kakaknya sendiri.. So info ni sahih direct dari doctor tau.


GLA Complex menyebabkan RAHIM BENGKAK???
Huhuhu... wowed.. Camana anda boleh begitu yakin menyatakan demikian?

Jawapannya.. Mungkin YA dan mungkin TIDAK. 

YA, GLA Complex mungkin penyebabnya.. JIKA anda hanya makan GLA tanpa makan benda lain langsung dan anda tidak pernah stress... So, memang pastilah GLA penyebabnya.

Mungkin GLA Complex TIDAK menjadi penyebabnya, jika:-
1. Anda hanya makan GLA.
2. Anda memang banyak consume makanan kaya dengan omega 6.
3. Anda menggambil supplement lain bersama.
4. Anda memang dah ada penyakit itu cuma anda je yang tak tahu.
5. Anda suka makanan sejuk.
6. Anda adalah sekarang yang aktif dalam aktiviti 18sx.
7. Anda adalah orang yang tiada pantang larang.
8. Anda adalah orang yang selalu stress.

Hampir 80% penyakit yang kita hadapi adalah disebabkan oleh faktor stress dan pemakanan yang tidak seimbang.. Menyalahkan GLA, bukanlah sesuatu tindakan yang bijak.. Sekiranya GLA boleh memberikan effect negatif kepada badan dalam jangka masa yang singkat, sudah pasti tiada kelulusan akan diberikan kepada GLA Complex.

Kita seharusnya selidik dulu cara pengurusan stress dan amalan pemakanan seharian kita.. Jika memang kita telah mengamalkan diet sihat dan seimbang... mungkin GLA adalah penyumbangnya.. Jika TIDAK, better watch our your statement.. Silap haribulan kena saman plk nanti.. Bahaya!!

Mudah2an semua ini boleh menghilangkan kekusutan kita tentang GLA Complex ini.. Bak kata leader2 Shaklee saya "SHARE INFO BAGUS TAPI PASTIKAN YANG BETUL" baru berkat hidup kita.

Jangan tau jual jer tapi sendiri tak cuba, confirmlah cepat melatah.. Bagi yang nak consume apa-apa produk tu, carilah SID yang berilmu, penuh ilmu didada macam team saya.. Kita sharing & caring each other! 

Testimoni Pengguna GLA Complex - Jerawat Kecut 


Sekali lagi saya sharekan TESTIMONI pengguna GLA yang masih hangat di pasaran.

Testimoni Pengguna GLA Complex dan ESP - Hamil Dengan IzinNYA

Terima kasih kerana Shaklee BERJAYA menghasilkan product sehebat GLA Complex.. Pastinya juga dengan izin ALLAH..





03 September 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : PANAS!! SAHKAN HAMIL SETELAH 2 BULAN CONSUME SHAKLEE

AKHIRNYA... Setelah 6 tahun penantian. 



Pasangan suami isteri mana yang tidak gembira bilamana setelah hampir 6 tahun berkahwin dan berusaha untuk mendapatkan zuriat akhirnya termakbul.

GLA Complex


Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan sepanjang 6 tahun, namun masih tidak menampakkan hasil dek kerana masalah period yang tidak teratur yang dialami sang isteri. Atas saranan seorang kawan yang merupakan Pengedar Shaklee dibawah group OMS, Puan Mira mencuba mengambil GLA Complex dan ESP Shaklee semata-mata untuk membetulkan masalah period yang dialaminya. 

Testimoni PANAS dari OVEN!! Sah Hamil Setelah 2 Bulan Consume Shaklee.. Alhamdulillah..

Namun, kuasa ALLAH tiada yang dapat menghalang. ALHAMDULILLAH dengan izin NYA, setelah mengamalkan pengambilan GLA Complex dan ESP Shaklee secara konsisten selama 2 bulan, akhirnya Puan Mira disahkan HAMIL. 

Pada 1 September yang lalu, Puan Mira telah selamat melahirkan seorang bayi yang kami gelar bayi Shaklee.... Hanya rasa syukur yang mampu di ungkapkan. 

Inilah SHAKLEE EFFECT yang sebenar.