18 January 2015

TIP PUJUK ANAK KE SEKOLAH YANG RAMAI IBUBAPA TIDAK TAHU

Persekolahan baru seminggu berlalu, tentu ramai ibubapa yang anak baru masuk ke tadika dan juga ke darjah satu.. Ada ibubapa yang terpaksa mememani anak setiap hari sepanjang minngu di sekolah.. Mana tidaknya kena tinggal kejap dah huru hara, jeritan menggalahkan kosert K-pop dalam kelas. Sebagai seorang ibu, Alhamdulillah saya sangat bersyukur sejak dari tadika hinggalah masuk ke darjah satu anak saya tidak pernah menanggis apatah lagi terkena histeria bilamana saya tidak menemaninya di sekolah.

Anak Saya yang Rajin Ke Sekolah


Lagi yang membuatkan saya berasa sangat bertuah, anak saya sendiri yang menyuruh saya untuk pulang dan hanya kembali ke sekolah mengambilnya apabila sesi persekolahanya pada hari itu selesai.. Anak saya cukup bersemangat setiap pagi untuk ke sekolah hinggalah ke hari ini, anak saya dah masuk ke tahun tiga.. sepertinya tiada istilah malas..  Jika anak saya boleh dan suka ke sekolah, rasa-rasanya tidak mustahil anak-anak anda yang lain juga boleh.. 

Inilah yang sering membuatkan ramai ibubapa menjadi risau bila anak-anak dah mula melangkah ke sekolah.. Ketahui beberapa tip pujuk anak ke sekolah yang saya amalkan dan ramai ibu bapa tidak tahu.

Memberikan Pujian

Oleh kerana anak kita pertama kali ke sekolah, setiap kali menghantar dan mengambilnya di sekolah, sebagi ibubapa, kita berikanlah kata-kata pujian. Contohnya "adik ni ensem/cantiknya pakai baju sekolah" secara tidak langsung anak kita akan suka ke sekolah.. mana tidaknya, hati mereka dah berbunga-bunga kerana dikatakan handsome atau cantik dengan seragam sekolah.. Bonusnya pulak, anak kita seboleh-bolehnya tidak akan mengotorkan baju seragam yang dipakainya di sekolah, maklumlah nanti tak hansome or cantik bila baju dah kotor.. 

Memberikan Ganjaran

Memberikan ganjaran kepada anak-anak tidak salah, kerana ini akan lebih memberikan mereka semangat untuk ke sekolah dan juga belajar. Contohnya setiap bulan saya akan membawa anak saya menonton wayang atau makan ice cream atau berjalan-jalan hanya jika attendance nya ke sekolah penuh.. Dek kerana nak makan Icecream atau jalan-jalan untuk tengok wayang, anak saya jadi rajin ke sekolah. Mungkin ibubapa yang lain boleh memberikan ganjaran lain juga.

Menyediakan Makanan dan Minuman Yang Berwarna Warni

Menyediakan Makanan yang berwarna warni ni bukan bermakna kita bagi kat anak kita makanan bercampur warna.. hahaha.. kita hanya perlu sediakan bekalan makanan yang menarik untuk mereka ke sekolah, kita hiaslah cantik-cantik. Manakala minuman mereka, kita berilah rebina ke, sirap ke, oren ke.. kita cuba pelbagaikan setiap hari.. ini secara langsung menarik perhatian mereka untuk ke sekolah.. dapat bawa bekal makanan dan minuman yang sedap.. stay kat umah mana dapat..

Luangkan Masa dan Dengarkan Luahan Hati Anak

Sesibuk mana pun kita, luangkan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam bersama anak-anak sehari.. Tanya apa yang mereka buat di sekolah, apa yang mereka suka di sekolah, apa yang mereka tidak suka.... Tanya saja apa-apa yang berkaitan dengan anak kita dan sekolah mereka.. Pastinya mereka akan suka dan sentiasa bercerita dengan kita.. Setiap hari saya akan bertanya kat anak saya tentang aktiviti sehariannya di sekolah, dan sekarang ni saya dah tak sempat nak tanya coz anak saya sendiri yang akan bercerita dengan saya.. Saya akan mendengar dah berbual seakan berminat sangat dengan ceritanya walaupun cerita anak saya tu dah berulang 10x dah.. hahaha.. 

Memotivasi Dengan Kata-Kata Positif

Kanak-kanak sangat mudah menerima dan mencopy paste apa yang ibu bapa mereka lakukan.. Jadi, sentiasanya menunjukan perilaku yang baik kepada mereka. Bila anak-anak jadi malas ke sekolah, memanglah kita sebagai ibubapa ni marah, tapi janganlah pula kita memaki hamun anak kita... Cubalah bercakap dengan mereka "adik tak nak pergi sekolah, mama tak marah, tapi kalau adik nanti tak pandai, orang gelak kan adik, siapa yang malu?" atau "anak kawan mama dapat hadiah di sekolah, dia rajin.. adik tak nak hadiah juga ke?" atau "mama sayang adik, adik sayang mama tak? klu adik sayang mama, adik mesti rajin ke sekolah".. apa-apa saja kata-kata yang positif, InsyaAllah akan berkesan pujuk anak kita ke sekolah.

Ini adalah antara tip pujuk anak ke sekolah yang saya amalkan yang pastinya ramai ibubapa tidak tahu.. Kalau ada yang tahu pun tapi tak praktik kan tak guna juga apa.. So, bila dah tahu ini, cuba-cubalah amalkan.. Bukan hanya memudahkan kita sebagai ibubapa tetapi untuk masa depan anak-anak kita juga. Semoga kita menjadi ibubapa yang baik, InsyaAllah! 


With Love,
MamaMia


No comments: