25 January 2015

KENAPA LELAKI BUNCIT | ELAK PERUT BOROI SEMUDAH 1,2,3

Lelaki Buncit? Kenapa Lelaki Buncit? Persoalan ini sering bermain di minda bukan hanya bagi kaum lelaki tetapi juga kaum wanita.. Suami.. Tunang.. Kekasih.. memiliki perut buncit? Jangan salahkan wanita jika mereka terlebih dulu melihat perut anda kemudian baru melihat wajah anda.. Muka emsem, macho TETAPI.... Perutttt.. OMG! 

Kenapa Lelaki Buncit
Kenapa Lelaki Buncit


Jika saya sebagai wanita mempunyai 'aset' untuk dijaga, anda juga sebagai lelaki tidak terlepas. Jangan ambil mudah apabila perut mula naik kerana ada kajian perubatan mendapati, jumlah lemak pada perut boleh menyumbang kepada beberapa penyakit. Uhhhh! Menakutkan... So, daripada kita dok sibuk mengata kenapa lelaki buncit atau perut buncit ni.. Meh saya kongsikan sedikit info Kenapa Lelaku Buncit.

Punca Kenapa Lelaki Buncit 


  • Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak 'membiak' dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut.
  • Namum begitu, ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.
  • Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.




Tabiat Pemakanan Yang Salah Menyebabkan Kenapa Lelaki Buncit


  • Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam.
  • Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak.




Pengambilan Ubat-Ubatan yang Salah dan Kurang Bersenam Juga Penyebab Kenapa Lelaki Buncit


  • Kaedah liposuction, pil diet dan diet melampau perlu dielakkan. Meskipun kadang-kadang ia memberi kesan tetapi ia untuk kesan sementara saja malah memberi kesan sampingan. 
  • Sanggupkah anda melakukan liposuction atau sedut lemak yang boleh mendatangkan kecederaan dalaman? Manakala pil diet pula memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Kami tahu ada sesetengah berpersepsi boroi itu seksi! Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks. 

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Perut Buncit juga merupakan punca penyakit

Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3.

  1. Kawal pemakanan
  2. Rajin bersenam 
  3. Banyakkan makanan organik


Elak Boroi
Jejaka Six Pack Indaman wanita


Mungkin kita tak tau yang Nickname boroi tak sedap. Tukarkan kepada jejaka six pack! Bagi saya..apapun yang dikatakan....sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana kita mengawal cara pemakanan kita. Apa yang sering saya amalkan contohnya...
  • Jangan makan dengan banyak..kecuali kalau kita lapar sangat
  • Saya memang minum minuman berais tapi kurang la, saya lebih suka minum dengan air panas/suam
  • Jangan mandi selepas makan
  • Jangan tidur selepas makan dan jangan makan selepas bangun tidur ~ Saya jarang makan malam...tapi kkdg2 tu makan la kalau lapar sgt lagi2 klu mak saya masak sedap2.. hahaha.. Bagi saya makan malam ni penyumbang utama kepada perut buncit. Lebih baik makan waktu petang dan jangan makan selepas pukul 7...
  • Saya amalkan makan pagi yang ringgan, kalau tidak, confirm time unch yang berat.. dan bila lapar makan la biskut/roti/buah waktu petang...
  • Jangan minum air banyak pada waktu malam.

Dan yang paling utama...JANGAN sesekali biarkan perut kita kosong...tak mau nanti penyakit yang tak diundang plak yang datang...Senaman pun penting, berjalan kaki dari rumah ke kedai pun kira senaman jugak apa.. Mengemas rumah atau apa sajalah activiti yang boleh mengeluarkan peluh...

Selain itu, amalkan pengambilan suplement yang terhasil daripada sumber semulajadi.. Bukan bermakna kita kena bergantung sepenuhnya pada suplemen, TETAPI sekurang-kurangnya kita mengamalkan pengambilan suplemen untuk kesihatan kita juga.. tak gitu? 

Pengedar Shaklee Sabah
Set Buang Lemak TERLARIS


Pengedar Shaklee Sabah
Salah Satu Set TERBAIK hapuskan LEMAK

Siapa kata MAHAL? Semua mampu milik yang mengikut budget kita jer pun.. Tapi kalau nak lagi murah senang je, join & register jadi member Shaklee.. Confirm dapat harga MURAH.. 



Sekiranya anda ingin mengurangkan  perut buncit anda? Ingin kelihatan macho macam Aaron Aziz? Berbadan sasa seperti Ady Putra? Tetapi terlalu sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti harian anda, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. InsyaAllah saya akan membantu anda membongkarkan rahsia mengurangkan perut buncit dan boroi itu.


With Love, 
MamaMia

No comments: