25 January 2015

PRESEPSI CANTIK WANITA BERHIJAB | DEFINISI CANTIK BAGI WANITA BERHIJAB

Bagaimana presepsi anda tentang kecantikan seorang wanita berhijab? Apakah  yang wajar dikenakan? Bagaimana pula ia perlu berkelakuan? Sederhana pastinya menjadi kata kuncinya.. Beberapa pendapat umum dari kaum lelaki dan wanita itu sendiri tentang definisi cantik wanita berhijab.

Presepsi Cantik Wanita Berhijab

Tidak Perlu Terikut-Ikut "Trend" 

Cantik yang sepatutnya bagi wanita berhijab ialah mereka tidak perlu tampil dengan solekan yang tebal ataupun terlalu mengikut arus perkembangan fesyen. Sebaiknya wanita itu biarlah cantik budi pekerti, pandai menjaga diri dan yang paling penting melakukan apa yang disuruh Allah.

Trend ikut-ikutan wanita berhijab
"Trend" Wanita Berhijab yang sering menjadi ikut-ikutan


Bersederhanalah Kerana Itu Yang Paling Cantik

Wanita berhijab perlu sederhana dalam setiap tingkah lakunya terutama ketika bersosial. Mereka perlu mengelakkan diri daripada difitnah. Tidak ada salahnya wanita berhijab untuk berfesyen tetapi biarlah bertempat, tidak keterlaluan dan menjolok mata orang yang memandang. Jika mahu bersoleh sekalipun, pastikan ia tidak perlu tebal berinci-inci. Cukuplah sekadar membuatkan diri yakin berdepan dengan orang lain

Kesalahan Wanita Berhijab


Bukan Di Wajah Semata-mata

Kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah semata-mata tetapi ia perlu juga dihiasi dengan akhlak. Sesunggugnya, kecantikan pasti akan hilang seiriing dengan bertambahnya usia. Namun kecantikan hati dan akhlaknya yang akan bersinar terpancar diwajah. Cantik tutur kata, sopan budi bahasa, indahnya seorang wanita ciptaanNya. Tiada guna mempunyai wajah yang secantik bidadari tetapi dibenci. Percantikkanlah akhlak agar dicintai dan dirinsui semua

Wanita Berhijab Tetap Boleh Tampil Cantik

Berhijab atau berudung bukan alasan wanita tidak boleh berfesyen dan bergaya. Walaupun bertudung, wajah seharusnya ditambah dengan sedikit solekan yang menarik. Fesyen dan penampilan juga amat penting, lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerjaya. Namun, biarlah ianya bersesuaian dengan diri seseorang wanita itu juga. Gabungan cantik, jelita, anggun juga bergaya mestilah selari dengan tingkah laku. Dari wajah yang tenang dan hati yang bersih akan lahirlah wajah yang ayu.


Ikhlaskan hati dalam berhijab

Sebagai seorang wanita muslim, saya sedar banyak kekurangan dalam melaksanakan perintahnya.. InsyaAllah, dengan mengikhlaskan hati kita dalam setiap apa yang kita lakukan, pasti akan beroleh kebaikan dariNya.. Wanita yang cantik itu adalah wanita yang cantik dimata penciptaNya..


With Love, 
MamaMia

No comments: