Showing posts with label Tip Kesihatan Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Tip Kesihatan Kanak-Kanak. Show all posts

30 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | MANFAAT IKAN UNTUK PERTUMBUHAN SEL OTAK KANAK-KANAK

Ikan adalah sejenis haiwan atau binatang buruan laut yang halal dan merupakan salah satu sumber makanan yang mempunyai banyak manfaat untuk kita manusia (untuk dinikmati kelazatannya). 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Ia (air laut) airnya suci lagi menyucikan, bangkainya (ikan dan seumpanya) adalah halal dimakan" (Riwayat Abu Daud no.83)

Manfaat Ikan Untuk Pertumbuhan Sel Otak Kanak-Kanak
Diantara Ikan yang mengandungi Omega-3

Khasiat yang terkandung dalam Ikan adalah menyihatkan badan kerana  ia merupakan salah satu sumber bahan makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrisi. Ikan mengandungi Omega-3 yang mana Omega-3 ini dapat membantu mengatasi beban penderita penyakit asma, penyakit kulit, komplikasi diabetes dan juga kanser payudara.

Bahkan, pertumbuhan sel otak manusia sangat bengantung pada kadar Omega-3 yang diambil sejak bayi berada di dalam kandungan ibunya sehinggalah lahir dan usianya lima tahun. Sehingga waktu itu, pengambilan Omega-3 yang mencukupi akan membantu kanak-kanak membesar dengan potensi kecedasan maksimun.

Justeru, ibu-ibu hamil perlu mengambil ikan sebagai sumber makanan dalam jumlah yang cukup sehinggaa bayinya lahir. Setelah bayi lahir dan mampu makan bubur nasi, perkenalkan ikan dalam setiap hidangan makanannya sehingga usianya meningkat.

Secara umumnya kita ketahui bahawa di dalam minyak ikan ada asid lemak tidak tepu Omega-3 terutama yang disebut eikosapentaenoat (EPA) dan dokosaheksaenoat (DHA) yang mampu membantu dalam perkembangan dan pertubuhan sel otak. Secara tidak langsung memberikan kecerdasan otak kepada kanak-kanak. 

Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak yang suka makan ikan jarang mendapat penyakit asma kerana kandungan Omega-3. Dengan itu, kita seharusnya mengalakkan anak-anak kita mengambil Ikan sebagai makanan utama berbanding yang lain bagi perkembangan sel otak mereka.

Namun begitu, mampukah kita menyediakan makanan seperti ikan kerisi atau pun salmon yang mengandungi asid lemak Omega-3 kepada anak kita setiap hari? Mungkin ada diantara ibubapa yang mampu, tetapi adakah anak-anak kita tidak jemu dengan makanan yang sama dihidangkan untuk mereka setiap hari? 


Bagaimana Shaklee Membantu dalam Menyediakan Makanan Tambahan yang Kaya dengan Omega-3

Kini kebanyakkan pengusaha kilang menggunakan penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang bakal membahayakan kesihatan kita.

Minyak Ikan Terbaik Dunia
Omega Guard Shaklee 

Shaklee nyata berbeza kerana ianya menggunakan kaedah untratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard yang penuh dengan 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Omega Guard Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Ini membuatkan Omega Guard Shaklee mengandungi Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.

Kecerdasan Otak Kanak-kanak
Keratan Akhbar Tentang Minyak Ikan dalam membantu kecerdasan Kanak-kanak

Hanya dengan memberikan anak kita satu softgel kapsul Omega Guard setiap hari mampu meningkatkan pertumbuhan sel otak dan juga kecerdasan minda mereka. Malah, ianya juga mampu membantu meningkatkan sistem imum kanak-kanak sepaya mereka sentiasa sihat dan cergas serta bebas melakukan aktiviti riadah disekolah mahupun dirumah.


With Love, 
MamaMia

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | PUNCA ANAK TIDAK FOCUS BELAJAR

Perkembangan minda anak-anak pada waktu usianya pra-persekolahan berkembang dengan amat pesat. Pada saat ini perkembangan mereka harus dijaga dengan baik daripada sebarang gangguan yang merencatkan perjalanannya. Gangguan yang kerap diterima akan memberi kesan kepada dirinya kelak.

cara membuat anak focus pada pembelajaran mereka
Ketahui punca mengaoa anak tidak focus dalam pembelajaran mereka

Sebagai ibubapa kita sering berhadapan dengan perubahan tingkah laku anak-anak dimana sewaktu kecil amat rajin dan gemar mengetahui sesuatu dengan mendalam sehingga mengajukan pelbagai jenis soalan. Namun, setelah masuk ke alam persekolahan, tingkah laku positif terhadap pembelajaran ini seakan pudar dan tidak lagi menjadi kegemaran anak-anak. Mengapa berlaku hal sedemikian?

Berbalik kepada usia "crucial" perkembangan kanak-kanak, di sinilah detik perubahan minat kepada pembelajaran boleh berubah. Anak-anak tidak berubah dengan sendirinya setetlah usia mereka dewasa tanpa ransangan dan "feedback" yang kerap diterima daripada persekitaran. Ini kerana segala ransangan dan "feedback" ini akan di simpan di dalam minda bawah sedarnya kemudian di simpan sebagai pangakalab data yang akan diaktifkan apabila stimulasi-stimulasi yang sama diterima.

So, apa yang di tunjukkan oleh kanak-kanak adalah respons yang diterima sewaktu usianya masih dua hingga tujuh tahun. Segala memori dan data kesan daripada maklumat yang diterima daripada persekitaran ini akan di bongkar kembali kerana data-data ini sudah pun di program didalam minda bawah sedarnya dan menjadi rujukan kepada setiap langkahnya sehingga pangkalan data tersebut diubah semula. Wah! macam program data komputer pulak ye.

Ini bermakna perubahan minat anak terhadap pembelajaran, kehilangan focus ada kaitannya dengan stimulasi yang diterimanya sewaktu usia dua hingga tujuh tahun. Cuba kita imbau semua sifat dan fitrah anak-anak sewaktu pada usia ini terhadap pembelajaran. Kita mungkin tidak dapat melihatnya secara langsung minatnya terhadap buku, kerana kanak-kanak sewaktu dia sedang bermain. Sebaliknya, secara pandagan mata kasar kita sebagai ibu bapa merasakan mereka ini suka bermain sehingga mungkin kita memarahi anak kita.

Hakikatnya mereka sedang menghadapi proses pembelajaran pada waktu ini. Pelbagai jenis kemahiran langsung dipelajari, imaginasinya berkembang dan sel-sel otaknya juga sedang menerima rangsangan untuk berhubung antara satu sama lain. Jadi adakah aktiviti bermain ini suatu yang tidak baik untuk anak? Jika ada presepsi begitu, maka haruslah segera di ubah.

Sifat semulajadi anak-anak pada usia ini profesion tetapnya ialah bermain. jadi, jika kita sekat fitrahnya itu dengan memberikan aktiviti-aktiviti yang pasif seperti menonton televisyen atau bermain game sahaja, maka keadaan ini mungkin mengganggu perkembangan mindanya. Jadi ianya perlulah diseimbangkan.

Jika dia sedang asyik bermain sesuatu permainan, biarkan saja dia berbuat demikian. Seeloknya jangan diganggu dengan herdikan atau arahan untuk berhenti bermain. Ini kerana sewaktu ini dia sedang focus  terhadap pembelajaran  melalui aktiviti bermain. Focus ini kelak yang akan digunakan sewaktu dia menhadapi pembelajaran yang lebih serius. Jika focus itu di ganggu, lama-kelamaan anak akan menjadi hilang minat untuk belajar dan sukar focus terhadap pembelajarannya yang lebih serius kelak.

Apa yang perlu ibubapa lakukan adalah menyediakan tempat bermain yang selamat dan jika berkesempatan libatkanlah diri kita dalam permainan tersebut. Pada waktu ini juga dia gemar mengajukan soalan kerana mindanya sedang giat berkembang. Maka berilah ruang berbuat demikian. Usah rencatkan dan sempitkan ruang tersebut dengan memberikan alternatif pasif seperti gajet. 

Ketahuilah bahawa tahap perkembangan ini hanya sekali sahaja dilalui sepanjang kehidupannya, maka benarkan dia melaluinya dengan gembira sekaligus meransang perkembangan mindanya.


Bagaimana Shaklee Membantu Dalam Perkembangan Minda dan Otak Kanak-Kanak?

Omega Guard Shaklee mengandungi DHA iaitu nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting di amalkan oleh ibu mengandung terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa didalam kandungan. Ibu yang baru melahirkan yang mengamalkan pengambilan Omega Guard juga mampu membantu perkembangan otak bayi kerana susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi yang mampu membantu perkembangan otak bayi dan perkembangan memori.

Omega Guard membantu dalam perkembangan otak anak-anak
Omega Guard Shaklee membantu perkembangan otak anak-anak

Manakala pengambilan Omega Guard yang mengandungi DHA yang tinggi dikalangan kanak-kanak juga mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran disamping memelihara penglihatan dan pendengaran. Satu hindangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega3 EPA dan HDA.

semakin minat belajar dan focus belajar dengan Omega Guard
Testimoni kanak-kanak yang semakin minat dan focus dalam pembelajaran sejak mengamalkan pengambilan Omega Guard secara konsisten

Tidak salah jika saya mengatakan bahawa Omega Guard mampu membantu anak-anak kita untuk lebih focus dalam pembelajaran disamping memberikan tahap kesihatan yang optimum.


With Love,
MamaMia

28 October 2014

Pengedar Shaklee Kota Kinabalu, Sabah | KENALI DAN ATASI PENYAKIT ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Masih ramai yang menganggap pengidap asma tidak boleh terbabit dalam kegiatan aktif, bimbang mereka akan ‘semput’. Malah ada ibu bapa yang meminta doktor memberi surat supaya anak mereka dikecualikan daripada program tertentu khususnya jika ia membabitkan banyak aktiviti fizikal.


Awas bahaya penyakit asma
Bila melihat keadaan anak kita seperti pasti menyiksakan, atasi segera

Apa Itu Asma?

  • Asma adalah antara penyakit kronik kanak-kanak yang paling lazim di seluruh dunia sehingga ada pakar perubatan menganggapnya sebagai wabak. Di Amerika Syarikat saja dianggarkan ada 22.2 juta pesakit asma dan 6.5 juta daripadanya adalah remaja di bawah 18 tahun (data 2005). Asma dihidapi kira-kira 8.9 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.
  • Kajian menunjukkan 85 peratus kes asma di kalangan pesakit kanak-kanak yang tinggal di bandar adalah tidak terkawal. Manakala di kalangan pesakit yang kerap mendapat serangan asma, hanya 20 peratus yang berjaya mengawal penyakit mereka.



FAKTA Tentang Penyakit Asma

  • Keadaan di negara kita juga tidak jauh berbeza. Kajian pada 1995 mendapati 14 peratus remaja berusia 13 hingga 14 tahun di Lembah Klang menghidap asma
  • Hasil kajian juga menunjukkan pertambahan kes asma kanak-kanak dan dalam masa 10 tahun kemasukan pesakit kanak-kanak ke hospital akibat asma meningkat 20 kali ganda.
  • Menurut Perunding Paediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Azam Mohd Nor, asma adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan kanak-kanak yang menduduki tangga ketiga kepada punca  kemasukan ke hospital di kalangan kanak-kanak bawah 15 tahun. Satu pertiga daripada keseluruhan kes kecemasan paediatrik adalah membabitkan kes asma.
  • Asma juga menjadi punca utama ketidakhadiran kanak-kanak ke sekolah. Dianggarkan empat juta kanak-kanak yang mengalami sekurang-kurangnya satu serangan asma kehilangan 12.8 juta hari persekolahan akibat penyakit ini.


Benarkan Asma Adalah Penyakit Paru-Paru Kronik?

  • Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang disebabkan keradangan pada saluran udara pada paru-paru. Apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan (alergen), dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit. Akibatnya, pesakit asma mengalami gejala seperti sesak nafas, mengah, dada terasa sempit atau ketat serta batuk,” katanya.

Kebimbangan sesetengah ibu bapa membenarkan anak yang menghidap asma menyertai aktiviti cergas memang berasas kerana senaman atau sebarang kegiatan membabitkan banyak pergerakan adalah antara faktor pencetus serangan asma.

Untuk mengelakkan masalah ini, kanak-kanak asma selalunya diberi kelonggaran untuk duduk di tepi padang atau gelanggang ketika kawan-kawan bersukan. Kebanyakan kanak-kanak ini sebenarnya ingin merasai keseronokan itu tetapi kebimbangan ia akan mendatangkan mudarat menyebabkan mereka rela menjadi pemerhati.
 

Jadi tidak hairanlah jika pesakit asma sering dilabel sebagai orang yang lemah sedangkan mereka boleh hidup cergas dan aktif seperti orang lain jika penyakit mereka dikawal dengan baik. Bagi kebanyakan orang, asma bermula sejak kanak-kanak. Biasanya masalah dapat dikesan ketika mereka berumur antara dua hingga lima tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan sepanjang hayat, terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya.


Punca Penyakit Asma

  • Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat. Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi ia dalam keadaan terkawal. Keadaan ini membezakan kualiti hidup setiap pesakit. Asma yang terkawal dan stabil membolehkan pesakit menjalani kehidupan yang baik-sebaik individu sihat.

Bagi kanak-kanak asma, kualiti hidup dianggap baik jika dapat bermain, pergi ke sekolah dan tidak perlu ditahan di hospital untuk mendapat rawatan. Bagi orang dewasa pula, kualiti hidup dan prestasi kerja terjejas jika kerap mengambil cuti sakit.


Bagaimana Mengetahui Sama Ada si Kecil Menghidap Asma?

  • Bukan semua pesakit akan menunjukkan gejala yang sama. Bagaimanapun antara gejala yang paling kerap dialami ialah batuk berterusan ketika bermain, ketawa atau menangis, dan lebih teruk pada waktu malam; nafas anak menjadi kasar, pendek dan cepat (tercungap-cungap); pernafasannya berbunyi kasar.
Diantara FAKTOR Pencetus Serangan Asma
1. Selesema dan flu
2. Pencemaran udara
3. Kehadiran alergen (habuk kutu rumah, spora, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulat)
4. Senaman atau aktiviti cergas
5. Sesetengah makanan (terutama makanan sejuk) dan bahan yang ditambah dalam makanan
6. Sesetengah ubat dan persediaan herba
7. Asap rokok
8. Cuaca sejuk




Bagaimana SHAKLEE Membantu Kanak-Kanak yang Mengidap Asma

Menurut kajian,  jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Jika kita mempunyai anak penghidap asma, anda tentu sekali gusar dan susah hati kan? Ialah anda terpaksa berualang alik ke klinik/hospital bagi mendapatkan rawatan NEB untuk anak anda. Seksa kan bila tengok anak meronta-ronta semasa menerima rawatan NEB tu kan?

 
SET CADANGAN ASMA UNTUK KANAK-KANAK
 
Set Cadangan Shaklee Untuk Pesakit Asma bagi Kanak-Kanak
Set Cadangan Bagi Mengurangkan Masalah Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

Omega Guard
Omega Guard ini adalah pati minyak ikan tulen yg diesktrak dari ikan laut dalam yg bersifat panas, cuba bayangkan mcm mana ikan ni boleh hidup dalam lautan yg sejuk dgn tekanan yg sgt tinggi tu, Ini adalah kerana ikan ini mempunyai sifat anti freeze yg sgt tinggi

Omega-3 boleh mengurangkan keradangan di dalam saluran pernafasan, yang boleh memberi manfaat kepada orang-orang dengan asma. Satu kajian kecil daripada 29 kanak-kanak dengan asma mendapati bahawa mereka yang mengambil minyak ikan selama 10 bulan telah kurang gejala daripada orang-orang yang tidak mengambilnya. 

Meal Shakes
Meal Shakes mampu membekalkan nutrisi lengkap kepada tubuh kerana ia kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), juga mampu meningkatkan sistem imum bagi kanak-kanak. 


TESTIMONI Berbicara.....

Omega Guard atasi masalah asma
Testimoni kanak-kanak pengidap asma yang kini berkurangan dengan pengambilan Omega Guard


Mencegah itu lebih baik dari mengubati, Kita mencuba apa jua cara mengatasi segala sesusatu penyakit. Selebihnya kita memohon kepada NYA, InsyaAllah akan terlaksana. 
 

With Love,
MamaMia

08 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | CARA MENGATASI ANAK HIPERAKTIF

Memiliki seorang anak adalah dambaan bagi kedua ibubapa. Namun apa yang terjadi jika anda memiliki anak yang hiperaktif? Anak hiperaktif bukanlah suatu penyakit dan memang sangat sukar untuk mengatasi anak yang hiperkatif tersebut. 


Tip atasi anak hiperaktif
Cara Mengatasi Anak Hiperaktif

Anak hiperaktif boleh disebabkan oleh bawaan dari lahir dan juga kurangnya perhatian dari orang tuanya. Kita sebagai  ibubapa harus yakin bahawa kita mampu mengatasi anak yang hiperaktif tersebut dengan mencuba beberapa yang akan saya kongsikan dalam entry kali ini..


Cara Mengatasi Anak Hiperaktif
  1. Bantulah anak kita agar menjadi lebih fleksibel dan juga ajarkan mereka untuk mengenal antara disiplin atau serius dan bermain. Ajaklah anak kita bermain diluar bersama, berikan seluruh perhatian kita kepadanya, biarkan ia bermain sehingga semua tenaganya keluar.
  2. Cubalah untuk memberikan arah yang benar kepada anak kita, ajarkan ia untuk mengembangkan krativitinya sehingga semua tenaga yang ada dalam badan anak kita dimanfaatkan untuk hal tersebut.
  3. Gunakan cara alternatif yang bisa membuat anak anda menjadi lebih tenang, ajakalah anak anda untuk melakukan yoga atau meditasi bersama anda agar anak anda bisa lebih tenang.
  4. Bawalah anak anda untuk berjalan- jalan bersama anda secara rutin kerana menurut hasil penelitian mendapati dengan berjalan secara rutin ternyata mampu meningkatkan konsentrasi seseorang.
  5. Cubalah ajarkan anak kita untuk melatih pernafasannya, ajarkan ia untuk menarik nafas panjang ketika anak kita mulai marah sehingga ia tidak akan menyakiti orang lain ataupun dirinya sendiri kerana ketika kita menarik nafas panjang maka oksigen dibawa ke otak akan lebih banyak dan hal itu akan membuat fikiran menjadi lebih tenang.
  6. Buatlah jadual khusus untuk anak kita agar boleh membantu kita menyelesaikan kerja-kerja rumah, sehingga tenaganya akan tersalur dengan berbagai kegiatan dirumah seperti membersihkan rumah dan berkebun.
  7. Yang terakhir adalah ajaklah anak kita untuk membaca, sediakan berbagai bahan bacaan dan biarkan ia memilih sendiri bacaan mana yang ingin dibacanya, biarkan saja mereka membaca kerana lama kelamaan ia akan memupuk minat mereka membaca apabial telah mulai menyukainya.



Sebagai seorang ibu kepada seaorang anak perempuan yang tidak kalah aktifnya.. saya beerharap Info ini bermafaat untuk kita bersama. InsyaAllah! 


With Love,
MamaMia

07 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | 8 CARA JADIKAN ANAK GENIUS (Dato' Fadzilah Kamsah)

Kebanyakan kita sebagai ibubapa sudah tentu menginginkan anak menjadi seorang yang genius tidak kiralah dalam ilmu dunia mahupun akhirat. Tetapi kita mungkin tidak mengetahui bahawa terdapat beberapa cara jika diamalkan mampu menjadikan anak kita Genius. 



cara jadikan anak genius
Anak Genius menjadi dambaan setiap ibubapa


8 Cara untuk mendidik anak dan menjadikan anak – anak anda genius ini di kongsi daripada satu syarahan yang di bawakan oleh Dato’ Fadzilah Kamsah. Siapa tak nak anaknya bijak dan genius kan ? kita semua boleh berusaha untuk jadikan anak kita genius dan seterusnya mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.


Tatacara Dalam Mendidik Anak GENIUS

“cuma ada ibu bapa yg tidak perihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintaranya tebantut begitu sahaja.sebab itulah ada kes,semasa kecil seseorang kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilagn begitu saja kerana tidak ada rangsangan beterusan dari ibu bapa” ujar Dato’ Fadzilah Kamsah. 



Untuk itu beliau telah memberikan tip bagaimana tatacara yg bekesan dalam mendidik anak menjadi genius.
  • Doa ibu bapa
Sebagai ibu bapa doa sangat penting kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yg dilahirkan sentiasa dalam pelindunganya, diberikan kecerdasan akal,akhlak mulia,mendengar kata dan bebudi pekerti.Bila pakej ini ada dlm disi seseorang dr kecil, tdk mustahil anak itu blh menjadi genius sebagaimana yg diharap oleh ibu bapa dlm doanya,pun begitu,pastikn doa yg dilakukan dgn niat ikhlas ,tulus penuh rendah dir kpd Yang Maha Esa.

  •  Didik secara besungguh-sungguh
Anak genius adalah seorang anak yg suka mencr ilmu, sentiasa betanya ,befikir dan sentiasa mempunyai naluri ingin tahu dlm dirinya,jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari awal,maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius.Maka ibu bapa haruslah bersungguh2 untuk mendidik ,menggalak dan merangsang keperluan ini dan membimbing potensi yg ada supaya tidak di salahgunakan kpd yg tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dlm memantau pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh behemah dan kasih sayang.

  • Terima anak seadanya
Bukan semua impian dan harapan untuk mendapat anak genius itu menjadi kenyataan oleh itu jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak,malah setiap anak itu tidak sama kepintaran dan kelebihan yg dimiliki. terimalah anak seadanya.Hanya kebijaksanaan ibu bapa menggilap potensi,jika ada usaha kalau anak tidak genius pun dia boleh menjadi seorang yg pandai.tetapi tidak lah genius krn anak yg genius adalah anak yg sentiasa rajin mencari ilmu dan sentiasa befikir.

  • Sediakan suasana yg boleh merangsang
Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tangga yg boleh merangsang otak anak.contohnya,melalui warna dinding ,barang permainan dan perhiasan rumah.semua ini,ada maksud tertentu. bapa misalnya boleh bercakap dgn anak, kenapa dia meletakan meja di sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat,Atau papa cat bilik warna hijau adalah untuk memberikanya suasana lebih santai dan tenang dan kreatif befikir.

  • Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat
Otak cergas datang dari badan dan makanan sihat,Anak genius tidak makan makanan ringan.Galakan atau lakukan besama anak rutin melakukan senaman,riadah dan besukan .

  • Sentiasa mengekalkan hubungan rapat dgn anak
Sebagai ibu bapa,hubungan dgn anak mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling memerlukan,betimbang rasa,betolak ansur dan memahami satu sama lain walaupun dgn anak.

  • Menjalin hubungan rapat dengan guru
Sentiasalah mengadakan hubungan rapat dgn guru,jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita. Sentiasa tolong menolong dan berbincang dgn guru tentang pelajar dan perilaku anak di sekolah.

  • Perlu satu institusi khas dan kumpulan sokongan
Untuk melahirkan lebih ramai anak genius,satu institusi perlu dibentuk untuk merangsang anak menjadi hebat dan perlu ada kumpulan sokongan untuk anak pintar.



Bagaimana Shaklee membantu dalam menjadikan ANAK GENIUS?

Hanya dengan pengambilan supplement Omega Guard sejak anak kita dalam kandungan lagi mampu membantu dalam perkembangan otak mereka. Ini kerana kandungan minyak ikan omega 3 didalam setiap kapsul Omega Guard menjadikan otak kanak-kanak lebih cergas.

Tip Anak Genius
Omega Guard Shaklee


Lagi Kebaikan Omega Guard Shaklee sila klik  Kelebihan Omega Guard untuk Anak Genius


Mudah-mudah info ini bermanfaat untuk kita semua dalam melahirkan anak yang lebih sihat dan genius.


With Love,
MamaMia

06 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah | AWAS!! BAHAYA MEALSHAKES UNTUK SEMUA

Meal Shakes Shaklee berbahaya?? Oppsss!! Jangan cepat nak melatah... Kalau nak tahu sekarang ni Meal Shakes tengah buat promosi Beli 3 DAPAT 4, lagi banyak set kita beli, lagi banyak Meal Shake kita dapat.. Pasal tu BAHAYA kalau kita tak borong awal-awal, nanti kehabisan stock lah pulak.. 


Apa itu Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shake Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



Apa itu Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee

Fakta tentang Meal Shakes Shaklee
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

15 KEBAIKAN Meal Shakes Shaklee untuk kanak-kanak yang ibubapa perlu tahu
  1. Mengatasi Ekzema
  2. Membantu Tumbesaran
  3. Perkembangan Minda
  4. Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  5. Meningkatkan berat badan
  6. Sesuai untuk anak yang telah berhenti menyusu ibu
  7. Anak yang kekal Aktif 
  8. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak
  9. Membantu kanak-kanak focus dalam pembelajaran
  10. Membantu mengurangkan kekerapa asthma
  11. Mengatasi Masalah sembelit bagi kanak-kanak
  12. Sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan bagi kanak-kanak yang obesiti
  14. Meningkatkan kecergasan seawal pagi selepas bersarapan
  15. Supplement yang mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin dan susu


Meal Shake Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shake Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shake Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.

Mengapa saya memilih Meal Shake Shaklee?
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segra yang mampu milik
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan Ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shake Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

mealshake
Ini adalah diantara golongan yang memerlukan Meal Shakes Shaklee

Selain itu, Meal Shake Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein. Hebatkan Meal Shake Shaklee ni!!! 

MAHAL??? Oh Semestinya TIDAK.. Promosi BELI 3 PERCUMA 1 sedang berjalan sepanjang bulan Oktober 2014.. Beli 6 DAPAT 8.. Memang sangat murah!! Kalau nak murah lagi, meh join member, lagilah dapat harga murah.

Bagaimana untuk mendapatkan Meal shakes Shaklee? Boleh hubungi saya bila-bila masa.. Penghantaran terus ke depan pintu rumah anda... 


With Love,
MamaMia

05 October 2014

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : PETUA ATASI ANAK SEMBELIT

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku dikalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air, serat atau fiber, ataupun faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Atasi Anak Sembelit
Kasihanilah anak kita yang menghadapi masalah sembelit

3 Tanda-tanda UTAMA seseorang kanak-kanak dikategorikan mengidap sembelit sekiranya..
  1. Membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu
  2. Najis keras, kering atau besar
  3. Mengalami kesukaran ketika membuang air besar


BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT?

Berikan Air yang lebih
  • Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, ini bagi menolong memudahkan pergerakan najis melalui usus. Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimya kanak-kanak dialam persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari. Malah, boleh juga ditambah dengan satu atau dua cawan jus setiap hari.


Makanan yang kaya serat
  • Makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan roti bijirin mempunyai kandungan serat yang tinggi ini boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Serat ini biasanya tidak dihadam, jadi ianya boleh membantu membersihkan usus dalam pergerakan melalui sepanjang usus. Serat ini kurang digemari oleh kanak-kanak, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa memberikannya dalam bentuk yang lain.


Senaman yang cukup
  • Aktiviti fizikal mengerakkan lagi usus. Jadi galakkan anak kita bersenam dengan melakukan aktiviti mudah seperti berlari menangkap rama-rama atau berbasikal.


Jadual Pemakanan yang tetap
  • Makanan merupakan rangsangan asli atau semulajadi bagi pergerakkan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.


Mewujudkan satu tabiat tandas yang baik
  • Jika kanak-kanak suka menahan dan malas untuk ketandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk tandas sekurang-kurangnya 10minit setiap hari pada waktu yang sama, terutamanya selepas makan.



BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU MENGATASI ANAK SEMBELIT?

Meal Shakes Shaklee menyediakan hindangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan harian. Mengandungi bahan semulajadi yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga ke orang dewasa. Meal Shakes kaya dengan serat larut untuk membantu dalam membuang sisa buangan dari perut dan usus. 


Atasi Anak Sembelit
Meal Shakes Shaklee


Fakta tentang Meal Shake Shaklee
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Testimoni anak sembelit
Testimoni BUKTI MealShakes membantu mengatasi masalah anak sembelit

10 KEBAIKAN Meal Shake Shaklee untuk kanak-kanak yang ibubapa perlu tahu:
  1. Membantu Tumbesaran
  2. Perkembangan Minda
  3. Meningkatkan selera makan kanak-kanak
  4. Anak yang kekal Aktif 
  5. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada kanak-kanak
  6. Mengatasi Masalah sembelit bagi kanak-kanak
  7. Sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  8. Membantu menurunkan berat badan bagi kanak-kanak yang obesiti
  9. Meningkatkan kecergasan seawal pagi selepas bersarapan
  10. Supplement yang mudah disediakan, boleh dicampurkan dengan bijirin dan susu

Meal Shakes Atasi Sembelit
Meal Shakes PILIHAN ibubapa penyayang.. 

Meal Shake Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shake Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.


With Love,
MamaMia

Pengedar Shaklee Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah : RAHSIA MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Ramai ibubapa kini tidak begitu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak. Janji anak tu makan je dah kira ok.. Burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan atau lebih glemer namanya jajan memang menjadi kegemaran kanak-kanak.  

Rahsia Meningkatkan Selera Makan Anak
Tetapi sebagai ibubapa, kita harus tahu bahawa tidak semua yang digemari anak kita baik untuk mereka. Kanak-kanak perlu dididik untuk mengelak makanan yang tinggi kalori, mempunyai kandungan lemak berlebihan serta mengandungi bahan pengawet. Sebagai ibu bapa, didiklah mereka agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemah atau makanan yang lebih sihat seperti yang mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.

Pemilihan makanan yang tidak betul akan membantutkan tumbesaran anak-anak. Begitu juga dengan tahap kesihatan mereka akan turut terjejas. Mungkin dalam tempoh jangka pendek kita tidak melihat kesan tersebut, malah menganggap ianya adalah perkara biasa. Sehinggalah bila mana anak-anak kita mengadu sakit, mengalami penyusutan berat badan, peningkatan berat badan berlebihan, kurang selera makan, pada masa itu barulah kita mula gusar dan mencari alternatif mengubatinya. 

Sebenarnya, ada banyak makanan berkhasiat yang boleh kita berikan kepada anak-anak kita, cuma ibu bapa tidak mengambil berat untuk menerangkan kepada anak-anak mereka bahawa makanan tersebut perlu lebih diutamakan.

Berikut adalah sumber makanan yang mampu membantu meningkatkan selera dan tumbesaran anak kita:-

SUSU
Susu yang merupakan sumber kalsium, vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak. Sejak masih bayi, anak kita minum susu, tetapi apabila besar sedikit, ramai yang terus berhenti minum susu. Antara sebabnya ialah terdapat banyak minuman lain disediakan di rumah. Jika pun begitu, cuba didik anak anda untuk terus minum susu dua hingga empat gelas sehari, tambahan kini susu boleh didapati dalam pelbagai perisa.

Meal Shakes - Susu perasa Vanilla sesuai untuk anak kita

Tidak salah jika kita mencuba memberikan anak kita meminum Meal Shakes Shaklee berperisa Vanilla setiap hari.. Ia sememangnya di gemari oleh kanak-kanak kerana rasa vanillanya yang sedap.. Bukan saja sedap, malah khasiat yang terkandung didalamnya sangat baik untuk tumbesaran anak kita.

Diantara MANFAAT UTAMA Yang Terkandung Didalam Meal Shakes 

  • Nutrisi Lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan dalam tumbesaran kanak-kanak. 
  • Membekalkan Nutrisi kepada Sel Tubuh kerana ianya kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imun.
  • Membantu Tumbesaran kerana kandungan asid folik biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk prose membesar kanak-kanak.

Selera Makan Anak
Testimoni seorang ibu yang berjaya meningkatkan selera makan anaknya dengan MealShake


YOGURT
Selain susu, kanak-kanak juga sukakan yogurt yang kaya dengan kalsium. Sebaiknya, pilih yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur untuk anak kita.


Jus buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak

BUAH-BUAHAN
Buah-buahan yang mengandungi vitamin, fiber dan rendah kalori juga sebenarnya digemari kanak-kanak. Sungguhpun begitu ramai ibu bapa tidak menyediakannya di rumah sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sebaliknya ramai lebih gemar menyimpan kerepek, keropok, biskut lemak dan pelbagai makanan ringan lain yang tidak berkhasiat untuk anak-anak.


ROTI
Kebanyakan kanak-kanak juga gemar makan roti. Ibu bapa pula perlu memastikan mereka menikmatinya dengan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Contohnya, mentega kacang, berbanding mentega, krim, keju atau lain-lain makanan yang kaya dengan lemak. Mentega kacang juga tinggi kandungan lemaknya, tetapi kebanyakan lemak tersebut adalah lemak mono dan poli tak tepu, yang lebih sihat berbanding lemak tepu.

Pelbagaikan Cara Penyediaan Makanan untuk menarik minat anak kita makan

Selain menikmati roti dengan mentega kacang, kanak-kanak juga sukakan sandwic. Sediakan sandwic tuna berserta salad dan tomato segar. Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral. Jika menggunakan mayonis dalam sandwic, pilihlah yang rendah lemak, manakala roti pula yang berbijirin.

BIJIRIN
Untuk sarapan pagi, bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat, madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Bijirin boleh disajikan dengan buah-buahan agar kelihatan lebih menarik dan sihat untuk anak anda.

SAYUR-SAYURAN
Ramai kanak-kanak tidak suka makan sayur, tetapi ada sayur-sayuran yang lebih digemari mereka. Contohnya, jagung, karot dan kekacang. Karot contohnya, tinggi kandungan fiber, vitamin A, vitamin C dan potasium.

BISKUT
Kanak-kanak juga sukakan biskut. Peranan ibu bapa dalam memastikan mereka makan makanan yang lebih sihat ialah menyediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Sebaiknya pilih yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat-zat lain.


Anak kita tanggungjawab kita, kesihatan dan pemakanan mereka harus kita utama. Semoga info ini bermanfaat untuk kita semua.


With Love,
MamaMia