31 December 2014

10 CARA HIDUP SIHAT | SIHAT TANPA BELANJA MAHAL

Pastinya semua makhluk Allah di muka bumi ini inginkan cara hidup yang sihat.. Bila sihat, kita akan rasa lebih gembira dan bahagia.. Hanya mereka yang tidak tahu menjaga kesihatan dan suka mengabaikan amalan hidup yang sihat yang perlu berbelanja mahal.. Mengapa? Iyalah, bila dah sakit baru nak ke klinik, medical centre atau hospital, semuanya memerlukan belanja.. betul tak?

10 Cara Hidup Sihat Tanpa Belanja Mahal

Tetapi bila dari awal kita mengamalkan cara hidup yang sihat, pastinya kita akan sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal.. So, marilah kita sama-sama menjalani 10 cara hidup sihat yang akan menmbuatkan kita lebih menghargai kesihatan kita.


10 CARA MENUJU HIDUP SIHAT


1. Ambil Masa 30 Minit

  • Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu melakukan senaman 5 hari seminggu selama 30 minit. Latihan ini boleh membantu kita mendapatkan jantung yang sihat, menurunkan kolesterol, tekanan darah, menjaga berat badan dan mengurangkan risiko kanser. 
  • Caranya - Bangunlah lebih awal setiap pagi. Selepas itu berjalan-jalan lah di sekeliling rumah atau naik turun tangga selama 10 minit sebelum mandi. Juga boleh di lakukan pada waktu malam


2. Sayangi "Mutiara"

  • Cubalah memberus gigi setiap kali kita selesai mengambil makanan utama. Ini untuk membersihkan bahagian gigi dari sisi makanan yang boleh menyebabkan plak pada gigi.
  • Caranya - Beruslah gigi selepas mengambil makanan pada waktu pagi, tengahari dan malm. Jika kita tidak berkesempatan untuk memberus gigi, kita boleh mengunyah gula-gula getah (bebas gula). Ianya mampu membantu mengeluarkan sisa makanan. malah meningkatkan air liur bagi mengelakkan nafas berbau


3. Bekalan Air

  • Minumlah air sebanyak 2 liter atau 6-8 gelas sehari untuk menjaga badan kita dari dehidrasi dan sistem penghadaman. Selain itu, minum air dalam jumlah yang cukup juga boleh menyihatkan jantung, merawat kecantikan kulit dan badan akan lebih segar.
  • Caranya - Bawalah bekalan air sebaiknya air mineral setiap kali keluar rumah. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi banyak air dan ia boleh mengantikan cairan dalam badan yang hilang


4. Sayangi Tulang

  • Tulang berperanan sebagai penyokong organ dalaman badan. Tanpa tulang, kita akan sukar untuk bergerak dan berdiri tegak.
  • Caranya - Ambillah makanan yang mengandungi kalsium 1200mg sehari. Selain susu yang mengandungi kalsium tinggi, ambil juga makanan lain seperti ikan bilis, brokoli atau soya.


5. Lena Diulit Mimpi

  • Tidurlah dengan cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Kurang tidur akan membuatkan kita tidak bermaya sepanjang hari, hilang tumpuan dan hipertensi yang seterusnya akan meningkatkan risiko jantung dan strok.
  • Caranya - Senaman boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Kita boleh bersenam 5 jam sebelum tidur atau gerakan yoga selama 20-30 minit supaya aliran darah menjadi lebih lancar.


6. Kira Pengambilan Sayur dan Buah

  • Makan sayur dan buah-buahan sebanyak 25-30g per hari sudah cukup untuk membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko masalah mata, penghadaman dan mencegah kanser.
  • Caranya - Sediakan buah-buahan dan syur untu di jadikan salad dalam peti ais rumah kita. Minumlah segelas jus buah segar atau satu hidangan buah untuk sarapan, snek atau makan malam. Pastikan juga menyediakan sayur dan buah dalam pelbagai warna untuk di nikmati.


7. Jelingan Pada Isi Pinggan

  • Jangan lupa untuk mengambil dua hidangan ikan setiap minggu atau pengambilan minyak ikan untuk kesihatan sendi. Omega 3 yang ada pada ikan boleh mengelakkan risiko penyakit jantung dan baik untuk mata.
  • Caranya - Makanlah ikan seperti salmon, tuna, sardin, tongkol dan patin. Malah, Omega 3 juga boleh di dapati dari sayuran hijau, kentang dan soya.


8. Sentiasa Bergerak

  • Semakin kita bertambah usia, semakin kurang massa otot kita. Keadaan ini terjadi kerana sel otot telah bertukar menjadi sel lemak.
  • Caranya - Sambil memasak di dapur, kita boleh melakukan latihan untuk meningkatkan metabolisme dan menguatkan otot badan. Contohnya, push up dengan meletakkan tangan pada meja makan.


9. Kekalkan Berat Badan Ideal

  • Berat badan adaah Indek Massa Tubuh (BMI) antara 18.5-22.9kg/m2. Jika indek badan kita kurang dari ini, kita dikategorikan kurang gizi dan jika lebih dari 25kg/m2, kita termasuk dalam kategori terlebih berat badan.
  • Caranya - Cubalah untuk mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5-10%. Ini boleh membantu kita menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah dan menstabilkan gula darah.


10. Jaga Keseimbangan Badan

  • Jika kita kurang berlatih dan bersenam, keseimbangan badan kita akan cepat hilang. Jadi, senaman yoga atau tai chi dapat membantu menjaga keseimbangan badan.
  • Caranya - Amalkan dengan cara mengosok gigi setiap hari dengan berdiri sebelah kaki. Jaga keseimbangan agar kita tidak jatuh dan lakukan gerakan sama dengan memejamkan mata.


Selamat mencuba! 


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

9 TIP DIET CARA SIHAT | BUAH-BUAHAN MENJADI PELENGKAP DIET

Menjelang tahun baru ramai yang berazam untuk kurus dan ingin berdiet.. Tetapi berapa ramai yang tahu akan tip diet yang sihat? Jangan azam tinggal azam jer, sempai ke hujung tahun takde pun diet nya.. opsss! Ada bermacam-macam cara kita na berdiet.. Salah satu nya ialang berdiet dengan buah-buahan kerana ianya merupakan salah satu pelengkap diet.

9 tip diet cara sihat
Buah-buahan menjadi pelengkap diet


Walau bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau Gedang

Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat mengurangkan kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.


9 RAHSIA KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL


1. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang

2. Jangan takut kepada kelaparan

3. Jangan makan kerana sedih

4. Jangan makan ketika melakukan tugas di pejabat atau dirumah

5. Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat

6. Makan secara konsisten

7. Kawal diri anda dengan bijak

8. Jangan malas bergerak

9. Tidur dengan nyenyak


Bagaimana Merealisasikan Impian Diet Anda Dengan Shaklee

Setiap kandungan 850g ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. ESP merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 Asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tuan-muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39, menjadikannya sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Diet cara sihat dengan esp
ESP sumber protein yang sesuai sebagai pelengkap diet anda

Manfaat UTAMA Pengambilan ESP


  • ✔️ Awet Muda
  • ✔️ Membuang otot, rambut, kuku
  • ✔️ Baik untuk Hormon
  • ✔️ Mencantikan dan Mencerahkan Kulit
  • ✔️ Merendahkan paras kolestrol 
  • ✔️ Mencegah Risiko Osteoporosis 
  • ✔️ Mengurangkan Kedutan
  • ✔️ Menghilangkan Kesan Parut
  • ✔️ Mempercepatkan Penyembuhan Luka
  • ✔️ Pembekal Tenaga
  • ✔️ Meningkatkan Sistem Imun
  • ✔️ Membaiki Pegmentasi 
  • ✔️ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur
  • ✔️ Meningkatkan Kualiti Memori
  • ✔️ Baik untuk Prostat

Dapatkan ESP sebagai salah satu pelengkap bukan saja untuk diet, malah untuk kesihatan dan kecantikan anda!


 Set Diet


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

28 December 2014

FOBIA UNTUK BERSALIN? | PENGALAMAN MELAHIRKAN YANG TERLALU INDAH

Fobia untuk bersalin?? Ramai wanita-wanita atau ibu-ibu yang sedang hamil anak sulung akan menjadi takut dan gementar bila membaca entry-entry tentang fobia ibu-ibu yang pernah melahirkan. Kita wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling unik di muka bumi ini.. Mengapa? Hanya insan yang bergelar wanita saya yang akan merasakan bagaimana melahirkan anak.

Fobia Untuk Bersalin


Mengapa kita harus fobia untuk bersalin? Sedangkan bagi saya ianya satu pengalaman yang cukup indah.. Hanya wanita dan ibu yang pernah melahirkan akan dapat merasakan keindahannya.. Sakit?? Of courselah bila melalui proses bersalin itu, kita akan merasakan kesakitan.. Tetapi percayalah kesakitan itu akan hilang sekelip mata sebaik saja kita melihat wajah bayi yang baru lahir dari rahim kita.

Mengimbau kenangan saya melahirkan anak perempuan saya kira-kira hampir 8 tahun yang lalu.. Sebaik saja detuman bunga api menyambut kedatangan tahun baru 2007, perut saya mula memulas-mulas, terasa sakit seperti ingin membuang air besar.. hampir 3-5 kali jugak lah saya berulang alik ke tandas.. Saya tidak pernah terfikir yang saya akan bersalin pada waktu itu kerena due date yang diberikan oleh doktor adalah pada penghujung Januari 2017.. Ini kan baru 1st Januari, mustahil awal sangat..

Jam menunjukan hampir jam 1:45 pagi, saya ke tandas lagi, kali ini saya lihat ada darah... Takut takya cakap lah! bergegar seluruh badan.. Keluar dari tandas saya menjerit terus terduduk di luar pintu tandas... Tiba-tiba terasa macam terkencing, banyak pulak air keluar, terasa hangat! Rupa-rupanya air ketuban dah pecah.. Saya terus terdiam! Hanya berdoa dalam hati semoga dipermudahkan segala urusun bersalin.

Tepat jam 2:00 pagi saya sampai di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang... Time tu masih stay kat area Klang, so kira hospital inilah yang paling hampir.. Habis saya kena serbu dek kakitangan di bahagian kecemasan HTAR Klang.. Time tu saya berdiam diri saja.. Maklumlah first time nak bersalin ni... Kang bising-bising cakap banyak pun tak guna.. 

"9 cm dah terbuka ni!" jerit salah seorang kakitangan HTAR Klang.. Selepas itu mereka membawa saya ke wad bersalin.. Sampai saja di wad bersalin, seorang misi bertanya "Anak pertama ke puan?".. saya hanya mengangguk kan kepala.. "Puan jangan takut yer, kejap lagi bayi puan akan keluar, puan ikut cakap saya yer" sambungnya lagi.. macam biasa saya hilang kata-kata hanya menganggukkan kepala.

Kali pertama meneran.... Kali kedua meneran.... bayi saya masih tidak dapat keluar.. tiba-tiba "Puan harus teran kuat-kuat ya, jika tidak bayi puan akan lemas" entah suara dari misi yang mana satu, saya pun tak tahu.. Akhirnya saya kumpulkan seluruh tenaga dan cuba meneran untuk kali yang ketiga... Tepat jam 2:45 pagi, suara tangisan bayi kedengaran... 

Alhamdulillah, airmata mengalir laju dipipi ini... saya kini  selamat bersalin.. saya kini telah menjadi seorang ibu.. Its baby girl! Bayi itu diletakkan di dada saya, dan saya sempat mengucupnya... Indahnya perasaan saya ketika itu hanya Allah yang tahu.. Terlalu indah! 1st January 2007 adalah kenangan terindah dalam hidup saya sebagai seorang wanita. 

Bayi itu kini telah tumbuh membesar dan diberikan nama Dania Mairisya @ Caca.. Cinta hati mama! Dialah anak, sahabat, teman suka dan duka saya... She's my True Love! << Wajah Cinta Hati Saya >>

Cinta hati mama
Dania Mairisya @ Caca Cinta Hati Saya

Mengapa harus merasa fobia untuk bersalin? Jika saya diberikan umur yang panjang, di pertemukan jodoh sekali lagi.. InsyaAllah! Melahirkan seorang bayi lagi adalah impian saya.. Jadi, tidak perlu ada rasa takut dalam diri kita... Rasai, Nikmati, Alami keindahan bersalin, saya pasti rasa fobia untuk bersalin itu akan pudar dan hilang.


With Love, 
MamaMia

27 December 2014

BAHAYA SEMBELIT DI KALANGAN WANITA HAMIL | KENALI PUNCA DAN CARA MUDAH MENGATASI SEMBELIT

Bahaya sembelit di kalangan wanita terutamanya wanita hamil pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan adalah gejala biasa yang tidak harus di pandang mudah. Kesukaran membuang air besar atau sembelit yang dialami oleh sesetengah wanita hamil yang mana hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau hanya sekali seminggu.

Bahaya Sembelit Di Kalangan Wanita Hamil

Mengapa masalah sembelit ini berlaku terhadap wanita hamil? Sembelit ketika hamil berlaku akibat daripada peningkatan hormon progestoron yang menyebabkan pengerakkan otot ke usus menjadi kurang effektif. Ini secara tidak langsung mengakibatkan berlakunya sembelit di kalangan wanita hamil.

Ada yang mengatakan pengambilan suplemen zat besi juga turut menyumbang kepada berlakunya sembelit pada wanita hamil. Namun, itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan suplemen tersebut. Ini kerana pengambilan zat besi adalah penting untuk  membawa oksigen di dalam darah sepanjang kehamilan.

Oleh itu, berikut beberapa tip bagi mengatasi masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar dikalangan wanita hamil :-
  • Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari bagi membantu pencernaan dan melembutkan najis agar mudah untuk membuang air besar
  • Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan
  • Kerap melakukan aktiviti senanman ringan seperti berjalan kaki

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Sembelit Bagi Wanita Hamil


Semeblit Ibu Hamil
OsteMatrix Shaklee


Kelebihan Pengambilan Ostematrix bagi Wanita Hamil

  • mengatasi kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi malah membantu mengatasi masalah sembelit.
  • membina dan memelihara kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi
    memelihara fungsi saraf
  • memelihara fungsi membran sel & enzim
  • pengecutan otot
  • menghalang pembekuan darah
    menggalakkan tidur yang lena dan mengurangkan stress
  • memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Tahukah Anda Tentang OsteMatrix?


1 Tablet Ostematrix = Segelas Susu = 80 Biji Buah Badam


Biarkan TESTIMONI Ibu Hamil Berbicara Tentang OsteMatrix

Testimoni Ibu Hamil yang mengamalkan pengambilan Ostematrix untuk atasi masalah sembelit

Mencuba suplemen yang dihasilkan dari sumber semulajadi amatlah digalakkan. Ianya bukanlah ubat, tetapi makanan tambahan untuk kesihatan kita. So, apa tunggu lagi? Ibu-Ibu hamil yang kini menghadapi masalah sembelit tidak perlu gusar..


 OsteMatrix


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

EXTENDED BREASTFEEDING | MENYUSUKAN ANAK LEBIH DARI 2 TAHUNMEMUDARATKAN KESIHATAN

Kebanyakkan dan umumnya mengetahui penyusuan susu ibu bagi si manja secara eksklusif 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Namun begitu ada juga ibu-ibu yang menyusukan anak selepas usia 2 tahun. Adakah penyusuan atau extended breastfeeding selepas anak berusia 2 tahun masih boleh diteruskan?

Menyusukan anak lebi dari 2 tahun memudaratkan kesihatan
Extended Breastfeeding 

Menurut kenyataaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF), masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap. ini bermakna penyusuan atau extended breastfeeding selepas anak berusia 2 tahun masih boleh di teruskan.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa.

Kelebihan Extended Breastfeeding bagi Si Ibu

Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk si ibu dan anak juga. Sekiranya kita bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh.

Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental si ibu.

Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu kita memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan kita dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit seperti:-

1. Kanser payu dara
2. Kanser ovari
3. Kanser rahim
4. Endometrium
5. Osteoporosis
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes

Kelebihan Extended Breastfeeding Bagi Si Manja

Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.

Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.

Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi :

1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.

Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaikbagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah, kandungan nutrisi susu ibu tidak perlu dipertikaikan lagi

Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika kita tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak kita. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

9 MITOS TENTANG SUSU IBU

Terlalu banyak mitos tentang susu ibu yang kebanyakkan menjadi kepercayaan segelintir ibu-ibu yang  menyusukan anak walhal tidak dikaji atau diselidik dahulu akan kebenarannya.. Sebagai seorang ibu yang pernah menyusukan anak, saya sedikit sebanyak juga turut mengetahui beberapa mitos tentang susu ibu ini.

Mitos Susu Ibu
9 Mitos Tentang Susu Ibu

MITOS 1

Susu Berwarna Kekuningan Sewaktu Kali Pertama Kali Bayi Menyusu Adalah Susu Basi


Fakta ~ Lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair berwrna kekuningan (kolostrum) bertindak sebagai antibodi pertama bayi. Kolostrum hanya hadir pada tiga atau empat hari yang pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh enam bulan atau tempoh dua tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang.

Kolostrum adalah makan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


MITOS 2

Payu Dara Ibu Menyusu Lebih Cepat Mengendur


Fakta ~ Secara alami saiz payu dara akan berisi sepanjang sembilan bulan kehamilan. Proses pembesaran itu berlaku ekoran kerana proses mamogenesis – pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payu dara ibu akan menurun cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.


MITOS 3

Bayi Akan Sentiasa Melekap Pada Ibu


Fakta ~ Ibu adalah manusia pertama bayi kenal. Manakan tidak sembilan bulan bayi menumpang teduh di dalam rahim ibunya, setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya lebih dari 10 kali sehari.

Impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak. Usah bimbang kerana tempoh melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat, mungkin sekitar enam bulan sahaja, dua tahun atau mungkin lebih sehingga tida tahun atau lima tahun.

Ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian, bayi yang menyusu ibu akan membesar menjadi individu yang lebih berdikari, berasa selamat dan dilindungi, lebih berkeyakinan dan kurang menangis.Ini kerana sewaktu proses menyusu bayi berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa disayangi selalu.


MITOS 4

Susu Ibu Tidak Sesedap Susu Formula


Fakta ~ Hakikat sebenar susu formula telah ditambah pelbagai rencah untuk menyedapkannya. Sekalipun apa jua kenyataan yang mereka uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka, belum ada mana-mana susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu.

Gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.


MITOS 5

Payu Dara Kecil Punca Susu Ibu Kurang


Fakta ~ Semua ibu secara semula jadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payu dara KECIL atau BESAR bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang. Kelenjar mamari adalah kelenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita, jadi tidak bermakna saiz payu dara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda.


MITOS 6

Apabila Memilih Untuk Menyususkan Anak Sepenuhnya, Pemakanan Ibu Haruslah Terkawal

Fakta ~ Semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu yang menyusu secara ekslusif. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan.Bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafeina (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu dua jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.


MITOS 7 

Susu Ibu Terlalu Cair


Fakta ~ Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi tiga lapisan iaitu warna keruh di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.

Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80 peratus kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang bayi.

Naluri semula jadi manusia minum sebab dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dari laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan menyebabkan kenyang.


MITOS 8

Puting Susu Ibu Perlu dicuci Sebelum Menyusukan Bayi


Fakta ~ Puting payu dara bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (satu jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik bayi.

Bintik-bintik kecil disekeliling payu dara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payu dara memadai dengan mandi biasa dua kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci.


MITOS 9

Menyusu Boleh Mengubah Saiz Badan Ibu


Fakta ~ Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat badan, selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.


Jika anda mengalami masalah kekurangan susu ibu, tidak salah mencuba pengambilan suplemen yang membantu menambahkan susu badan anda. Ketahui info lanjut << Sumber Makanan yang Membantu Tambah Susu Ibu >>


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda!


With Love,
MamaMia

22 December 2014

BAD MOOD? STRES? |12 MAKANAN ATASI EMOSI YANG TIDAK STABIL

Bad Mood? Stres? Lagi-lagi bila hari ISNIN yang sering dikaitkan dengan hari yang paling sibuk, secara langsung menjadi hari yang menyebabkan emosi kita tidak stabil atau bad mood.. Bila dah bad mood confirm akan membawa kepada stres.. Tak kan nak biarkan je bad mood tu mengusai diri kita seharian..

Apabila mood tidak menentu, kita akan lebih cenderung menikmati makanan enak tanpa berfikir panjang, janji perut kenyang. Sedangkan belum tentu makanan yang kita ambil itu boleh menghilangkan stres, silap haribulan akan menyebabkan berat badan kita semakin bertambah. So, bagi yang rasa-rasa diri tu bad mood atau stres, boleh amalkan salah satu daripada 12 makanan yang mampu atasi emosi yang tidak stabil ini.

12 JENIS MAKANAN ATASI EMOSI YANG TIDAK STABIL


1. Daging

Ia mengandungi zink yang tinggi dan vitamin B yang membantu menghilangkan stres

Daging mempunyai kandungan zink yang tinggi


2. Asparagus

Asid Folik yang ada pada asparagus membantu menghasilkan hormon serotonin yang boleh membawa rasa bahagia dan nyaman

Asparagus
Asparagus kaya dengan Asid Folik

3. Susu

Kandungan protein dan kalsium tinggi yang digandingkan bersama bijirin pilihan akan menjadikan ianya salah satu penghalau stres dan sarapan lazat untuk kita

susu dan kacang badam
Susu dan Kacang Badam mampu membantu atasi stres

4. Kacang Badam

Mengandungi Vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang merupakan salah satu sebab utama stres pada kita. Sebab itulah, setiap kunyahan membuatkan kita merasa puas dan membuang emosi berlebihan.

5. Blueberi

Kandungan vitamin C yang tinggi dapat membuatkan fikiran kita lebih tenang dan tahan dalam menghadapi tekanan.

Blueberi


6. Tuna

Ia mengandungi vitamin B6 dan B12 yang dapat menangai stres. Malah, tuna juga rendah lemak.

7. Sup

Sup mengandungi bahan dari protein, vitamin dan mineral lain. Ia dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan menenangkan saat kita menikmatinya.

8. Telur

Ia mengandungi asid amino yang bergabung dengan tryptophan yang membuatkan otak dan badan kita menjadi lebih rileks.

9. Madu

Madu dapat melepaskan tekanan yang dihadapi di dalam badan dan bahagian otak menjadi lebih tenang. Tambahkab madu dalam susu, teh atau makanan lain.

Gandingan Mantap Teh dan Madu dalam mengatasi Stres

10. Teh

Minuman ini mampu menenangkan kerana kandungan L-theanin dan flavonoid yang membantu meredakan tekanan dengan menambahkan teh dengan lemon atau chamomile.

11. Makanan Laut

Makanan laut sangat kaya dengan kandungan magnesium, zink dan selenium yang memberi manfaat untuk meredakan tekanan dalam badan.

12. Coklat Gelap

Coklat gelap mengandungi tryptophan dan mampu mengeluarkan hormon serotonim

Coklat Gelap dikatakan lebih baik untuk kesihatan berbanding Jus buah-buahan


SUPLEMEN SHAKLEE MAMPU MEMBANTU MENGATASI STRES


Set Budget Atasi Stres dengan Suplemen Shaklee



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

21 December 2014

INSTANT SHAWL KEGEMARANKU | NAELOFAR HIJAB JIMATKAN MASA

Sememangnya setiap hari ada saja bermacam-macam hijab yang hangat dipasaran.. Jika sebelum ni saya berkongsi tentang tudung Bokitta.. Kini, saya nak share tentang Naelofar Hijab pulak.. Instant hijab yang lebih kurang sama dengan Bokitta, tetapi harga murah sikit la berbanding Bokitta.. 

Naelofar Hijab
Instant Shawl Kegemaran ku.. Naelofar Hijab..

Bukan nak menunjuk-nunjuk pasal hijab ni, cuma nak berkongsi tentang keselesaan mengenakan Instant Shawl Naelofar. Pastinya bila dah cuba saya pasti anda pun akan fall in love sama seperti rakan-rakan saya yang lain juga.

Naelofar Hijab
My First Naelofar Hijab Chic & Basic "Mustard"



Naelofar Hijab
My First Chiffon Naelofar Hijab


Naelofar Hijab
My Favourite Forever Young Collection by Naelofar Hijab


Naelofar Hijab
Forever Young Collection "Caramel" by Naelofar Hijab 


Naelofar Hijab
Forever Young Collection "Indigo" by Naelofar Hijab

Saya bukan pengedar Naelofar Hijab atau Bokitta ya, saya ni pengedar Shaklee yang mengemari instant shawl Naelofar Hijab dan Bokitta. Kalau nak order Instant Shawl Naelofar Hijab atau Bokitta di area Sabah, khususnya Kota Kinabalu ni boleh refer kat Instagram.

Naelofar Hijab
Jadi Model lah pulak kat Instagram Naelofarhijab_Borneo..

Sebenarnya saya masih nak kan Naelofar Hijab Chic & Basic, tapi kat Sabah dah out of stock... Fenomena betul instant shawl Naelofar kat Sabah ni.. Mana tidaknya, senang, selesa dan jimatkan masa betul guna instant shawl nya.. Am really in love.. Bagi yang belum mencuba tu, you should get it one and try it!


With Love,
MamaMia

17 SUMBER MAKANAN KAYA DENGAN VITAMIN E | KESAN KEKURANGAN VITAMIN E

Vitamin E.... Vitamin E... Selama ni saya tak tahu pulak yang terdapat banyak sumber makanan harian kita yang kaya dengan Vitamin E.. Bila nak baut entry ni baru saya tahu yang terdapat banyak sumber makanan yang kaya dengan Vitamin E...

17 sumber makanan kaya Vitamin E


17 Sumber Makanan Kaya Dengan Vitamin E


1. Almond 

Almond adalah salah satu sumber yang kaya dengan vitamin E. 100 gram almond menyediakan 26.20 miligram Vitamin E. Walaupun kita di galakkan mengambil almond dalam keadaan mentah, namun begitu, kita boleh juga mengambilnya dalam bentuk minyak almond atau susu almond.

Almond

2 . Biji-bijian

Biji labu atau biji bunga matahari merupakan sumber vitamin E yang yang sangat baik. Hanya 1/4 gelas biji bunga matahari akan memberikan kita 90.5 % dari keperluan vitamin E harian kita

Biji buah matahari

3. Hazelnut 

Hazelnut sejenis kekacang banyak mengandung Vitamin E, serta nutrisi bermanfaat lainnya seperti vitamin B. Kita boleh memakan kacang ini yang dalam bentuk produk tertentu.

Hazelnuts


4. Pine Nuts

Kacang pinus merupakan kacang import yang banyak mengandung Vitamin E . Satu ons kacang pinus ini mengandung 2.6 miligram Vitamin E.

Pine Nuts


5. Avokado

Ini adalah sumber tinggi Vitamin E yang paling banyak disuka, serta lazat, harganya pula tidaklah terlalu mahal. Hanya setengah buah avokado secara semulajadi menyediakan lebih dari 2  miligram Vitamin E. Sayangnya buah lazat dan sangat bergizi ini tergantung musim.

Buah Avokado


6. Swiss Chard

Sayuran berdaun hijau banyak mengandungi beberapa Vitamin penting, termasuk vitamin E. Sayuran berdaun hijau menawarkan hampir 17 % dari keperluan harian yang dicadangkan. 

Swiss Chard 


7. Mustard Greens

Sama seperti Swiss chard , Mustard greens adalah sayuran yang sangat bergizi. Sayuran yang hampir sama dengan sayur sawi atau kailan ini kaya akan Vitamin E, Folat, Vitamin A , C , dan K.

Mustard Greens


8. Bayam 

Selain terkenal akan zat besinya, bayam juga sarat dengan Vitamin E,  Antioksidan, dan banyak nutrisi penting lain seperti kalsium dan folat.

9. Turnip hijau 

Sama seperti sayuran berdaun lainnya diatas, hanya 1 cangkir Turnip hijau akan memberikan Anda dengan banyak Vitamin E , A ,  C, dan sama folat.

10. Kale 

Kale adalah salah satu sayuran yang banyak mengandung Vitamin E. Pengambilan segelas kale rebus setiap hari akan memberikan kita 6 % dari keperluan harian vitamin E.

Kale

11. Minyak Nabati

Vitamin E juga banyak terdapat dalam minyak biji-bijian. Wheat germ oil adalah minyak nabati yang memiliki Vitamin E tertinggi. Minyak bunga matahari adalah alternatif lain yang banyak menyediakan Vitamin ini. Hemp Seed, minyak Kelapa, minyak zaitun juga kaya vitamin E.

MInyak Nabati
Minyak Nabati

12. Brokoli

Brokoli menduduki peringkat atas sebagai sayuran yang paling bergizi di dunia. Selain itu, sayuran ini juga dikenal sebagai makanan pendetoks tubuh yang baik dan sumber tinggi Vitamin E. 

13. Buah Betik

Buah Betik atau papaya yang sangat lezat ini juga merupakan salah satu buah sumber Vitamin E dan juga kaya vitamin C. Satu buah pepaya segar bisa memenuhi keperluan Vitamin E harian kita sebesar 17 %.

14. Buah Zaitun

Buah atau minyak zaitun adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan Vitamin E harian kita yang mana kita boleh menambahkannya untuk salad, pasta atau makan roti.

Buah Zaitun

15.  Aprikot Kering

Buah Aprikot kering umumnya dimakan sebagai camilan, dan juga mengandung banyak nutrisi seperti serat dan vitamin E. Kita juga dapat mencampurkannya ke dalam salad buah.

Aprikot Kering


16 . Buah Kiwi dan Mangga 

Kedua buah ini adalah sumber penting untuk meningkatkan asupan vitamin e Anda. Setengah gelas jus buah mangga menyediakan 0.7 mg Vitamin E, sementara kiwi berukuran sedang mengandungi 1.1 mg vitamin ini.

17. Tomato 

Tomato adalah salah satu buah sayuran yang boleh digunakan dalam bentuk apapun kedalam makanan kita. Umumnya mengandungi Vitamin E, C, zat Besi dan serat. Satu buah tomato berukuran sedehana diketahui mengandung 0.7 mg vitamin E .

Tomato


Masih banyak makanan yang mengandung vitamin E, termasuk daging tanpa lemak, produk susu, telur , jagung, ubi jalar, selada, kubis, sereal dan minyak ikan kod.

Diantara sumber makanan lain yang kaya dengan vitamian E


Pelbagai risiko kesihatan akibat KEKURANGAN Vitamin E

  • Bayi prematur dengan berat lahir rendah lebih renta anemia karana kekurangan vitamin E.
  • Menyebabkan gangguan terkait reproduksi atau kesuburan bagi lelaki
  • Ketidakmampuan untuk berkonsentrasi 
  • Kulit kusam
  • Libido rendah
  • Dapat mempengaruhi sistem saraf pusat dan mata minus.
  • Mengakibatkan mudahnya terkena penyakit kanser dan jantung.


Sumber Semulajadi Vitamin E daripada Shaklee


Vita E Complex Shaklee

Ingin mengetahui tentang Vitamin E Shaklee Kenali Vitamin E.. Ingin mencuba? 

 Vitamin E Complex


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

19 December 2014

VITAMIN C BUKAN SEKADAR VITAMIN CANTIK | PENTINGNYA VITAMIN C DALAM BADAN

Asal sebut Vitamin C mesti kita fikir tentang nak  C aje.. apa itu C? Of Course la Cantik.. betul ke tidak?  Ramai diantara kita yang mengamalkan pengambilan Vitamin C, tetapi tidak ramai yang tahu kandungan Vitamin C yang terbaik untuk badan kita. Vitamin C bukan sekadar Vitamin Cantik je tau.. Kebanyakkan kita mudah terikut-ikut bila tengok seseorang tu mengamalkan Vitamin C kelihatan sihat dan cantik.. Apa lagi, kita pun nak juga..  

Vitamin C bukan sekadar untuk cantik
Vitamin C Bukan Sekadar Vitamin Cantik

Jom kita ketahui tentang Vitamin C Shaklee, best ever suplemen yang saya dah cuba.. Kalau nak tahu sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. 

Namun, apabila kita demam dan selesema, dinasihatkan agar kita mengambil dua biji vitamin C sekaligus pada waktu pagi, tengahari dan sebiji waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Sekilas fakta, Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection vitamin C gently and continuously. It's made from all natural vitamin C sources (citrus fruits).. Wah! berbahasa orang putih pulak kita ya... Rasa-rasanya semua faham gak kan..


Pentingnya Vitamin C Dalam Badan 

  • Membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan 
  • Kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan
  • Membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka
  • Membina kalogen untuk kulit yang sihat
  • Bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan
  • Meningkatkan penyerapan zat besi
  • Pastinya untuk kulit yang sihat, cerah dan cantik

So, bila dah tau tentang Vitamin C Shaklee ni, tak kan nak tengok jer kot.. Meh lah cuba untuk kesihatan badan kita juga..



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

PROMOSI HEBAT AKHIR TAHUN 2014 | GANDINGAN MANTAP VITAMIN C & VITAMIN E

Promosi hebat akhir tahun 2014 Shaklee membuatkan ramai pengemarnya histeria! Bukan kerana gila, tetapi kerana harga yang terlalu murah dari yang biasa.. dah tu pulak keberkesanannya yang bombastik! Masih tak percaya? Teruskan baca entry saya tentang promo hebat Vitamin C dan Vitamin E Shaklee kali ini.


Vitamin C Vitamin E
Promosi Hebat Akhir tahun 2014


Sustained Released Vita-C Plus Shaklee


Sustained Release Vita-C Plus atau SR Vita-C Plus ini membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan. Membantu menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Juga dikenali sebagai Vitamin Cantik.. 

Manfaat Utama SR Vita-C Plus 

  • Membentuk Kolagen
  • Memperbaiki Simpton pendarahan
  • Peningkatan Sistem Imun
  • Memerangi Kanser
  • Mencantikan Kulit
  • Memperbaiki Insomnia
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat



Apa yang BEST Promosi Akhir Tahun Vitamin C ?

  • Beli 2 botol DAPAT Diskaun 5%
  • Beli 6 botol PERCUMA 1 botol
  • Penjimatan RM9.25 bagi Pembelian 2 botol
  • Penjimatan RM92.50 bagi Pembelian 6 botol
  • Harga kurang daripada RM0.50 sebiji



Vita-E Complex Shaklee

Vita-E Complex atau Vitamin E mengandungi Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ianya juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi Vitamin E


Manfaat Utama Vita E Complex

  • Melindungi Jantung
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
  • Anti Penuaan
  • Anti Oksidan yang Kuat
  • Kelestarian Tenaga
  • Memperbaiki Arthritis
  • Menghalang Keguguran
  • Memperbaiki Parut


Apa yang BEST Promosi Akhir Tahun Vitamin E Complex ?

  • Beli 2 botol DAPAT Diskaun 5%
  • Beli 6 botol PERCUMA 1 botol
  • Penjimatan RM14.90 bagi Pembelian 2 botol
  • Penjimatan RM149.00 bagi Pembelian 6 botol
  • Harga hanya RM1.25 sebiji
  • Bonus TUNAI pada 15 Januari 2015 bagi pembelian 6 botol
  • Keahlian PERCUMA bagi pembelian 6 botol

Inilah masanya bagi anda yang ingin mendapatkan produk atau suplemen Shaklee Hebat ini. Tawaran hanya sepanjang bulan Disember 2014 ini saja tau.. Jangan tunggu lama-lama nanti menyesal ooo..



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

16 December 2014

PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA | CERAH BERSERI DENGAN NUTRIWHITE

Semalam kat group whatsApp kecoh tentang Produk Penjagaan Kulit NutriWhite... Mana tidaknya, sebelum ni ramai tau nak jual saja tapi sendiri tak try pakai, so camana kita nak tau keberkesanan nya.. camana nak suh orang lain guna or try kalau diri sendiri pun tak menggunakannya ye tak.

Set Basic Nutriwhite
Set basic NutriWhite pilihan saya


So, memandangkan saya ni pengguna dan pengamal Skin Care produk NutriWhite sejak penghujung 2013, rasanya afdal kalau saya nak kongsikan tentangnya.. hihihi.. Maklumlah sejak mengamalkan NutriWhite, kulit saya semakin sihat dan cerah gitu.


SKIN CARE NUTRIWHITE 


Ianya adalah lebih sesuai untuk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk dan berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk. 

Wajah Berseri dengan NutriWhite
NutriWhite penyeri Wajah

Di antara produk-produk penjagaan NutriWhite

1. Gentle Deep Foaming Cleanser 

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan


2. Soothing Radiance Whitening Softner

  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan


3. Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran



4. Daily Defence Whitening Essence 

  • Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit


5. Overnight Renewal Whitening Cream 

  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri


6. Gentle Action Makeup Remover

  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
Canti Berseri
Diantara produk-produk NutriWhite

7. Spot Whitening Treatment

  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


Ramuan NutriWhite
Ramuan yang terkandung dalam produk NutriWhite

LANGKAH MUDAH UNTUK KULIT CERAH BERSERI DENGAN NUTRIWHITE

Produk penjagaan Kulit muka
Cara menggunakan produk-produk NutriWhite untuk kesan yang optimum


Keberkesanan tidak kurang hebat seperti SKII dengan harga yang lebih murah.. Malah, NutriWhite lebih tahan lama.. Terbukti memberikan penjimatan untuk wang anda. Ingin mencuba?



Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia