15 December 2014

PERANGAI PELIK SAYA | TIDUR MESTI PELUK BANTAL

Perangai pelik saya? Apa ya perangai pelik saya? Malu lah pulak nak share & buat entry pasal ni.. hihihi... Tetapi kerana tugasan, kena buang jela rasa malu tu sekejap... Perangai saya ini memang bagi saya pelik lah kerana dari zaman kanak-kanak, dewasa, bujang dan dah berkahwin sehinggalah sekarang ni saya single parent, saya tidur mesti peluk bantal.

Tidur mesti peluk bantal
Tidur Mesti Peluk Bantal

Ada yang kata wanita yang suka tidur peluk bantal ni dikatakan seorang yang berjiwa seni... Mereka juga dikatakan meminati arena sastera, muzik, dan menghargai lukisan... Seni lah sangat kan.. Ada benarnya juga kerana saya ni jenis yang sukakan muzik dan boleh dikatakan pandailah juga melukis.. Sekarang ni bila dah kenal Shaklee, saya dah pandai pulak buat poster, itu pun seni juga kan.. hihihi.

Selain itu, wanita yang tidur peluk bantak juga dikatakan berperasaan halus, berjiwa romantik, bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing... Wahhhh benarkah ini? Saya bukan la jenis type wanita yang romantik sangat, sikit-sikit tu maybe.. hahahaha.. oh tidakkkkk! Romantik lah sangat saya ni.

Badan langsing? Mungkin kot! Itu dulu-dulu sebelum ada anak seorang.. Sekarang ni ada dah ketul-ketul lemak berlebihan di bahagian perut.. Mujur kenal Shaklee, lemak berlebihan itu takutttt.. adalah slim melim sikit dah.. Kalau macam ni tidur mesti peluk bantal, wanita lain di luar sana tu, jangan malu peluk je bantal kat umah tu time tidur.

Senang cerita wanita yang tidur peluk bantal ni perwatakan mereka comel-comel gitu... Statement ni memang saya suka.. walaupun saya takde lah comel sangat, InsyaAllah lepas ni saya akan bertambah comel... Why? kerana bila saya tidur peluk bantal, anak saya akan cakap "mama comel la tidur peluk bantal, macam Caca pulak".. Terima kasih anak mama kerana memberi sokongan dengan perangai pelik mama ni..


With Love, 
MamaMia

No comments: