31 December 2014

10 CARA HIDUP SIHAT | SIHAT TANPA BELANJA MAHAL

Pastinya semua makhluk Allah di muka bumi ini inginkan cara hidup yang sihat.. Bila sihat, kita akan rasa lebih gembira dan bahagia.. Hanya mereka yang tidak tahu menjaga kesihatan dan suka mengabaikan amalan hidup yang sihat yang perlu berbelanja mahal.. Mengapa? Iyalah, bila dah sakit baru nak ke klinik, medical centre atau hospital, semuanya memerlukan belanja.. betul tak?

10 Cara Hidup Sihat Tanpa Belanja Mahal

Tetapi bila dari awal kita mengamalkan cara hidup yang sihat, pastinya kita akan sihat tanpa perlu mengeluarkan belanja yang mahal.. So, marilah kita sama-sama menjalani 10 cara hidup sihat yang akan menmbuatkan kita lebih menghargai kesihatan kita.


10 CARA MENUJU HIDUP SIHAT


1. Ambil Masa 30 Minit

  • Untuk mendapatkan badan yang sihat, kita perlu melakukan senaman 5 hari seminggu selama 30 minit. Latihan ini boleh membantu kita mendapatkan jantung yang sihat, menurunkan kolesterol, tekanan darah, menjaga berat badan dan mengurangkan risiko kanser. 
  • Caranya - Bangunlah lebih awal setiap pagi. Selepas itu berjalan-jalan lah di sekeliling rumah atau naik turun tangga selama 10 minit sebelum mandi. Juga boleh di lakukan pada waktu malam


2. Sayangi "Mutiara"

  • Cubalah memberus gigi setiap kali kita selesai mengambil makanan utama. Ini untuk membersihkan bahagian gigi dari sisi makanan yang boleh menyebabkan plak pada gigi.
  • Caranya - Beruslah gigi selepas mengambil makanan pada waktu pagi, tengahari dan malm. Jika kita tidak berkesempatan untuk memberus gigi, kita boleh mengunyah gula-gula getah (bebas gula). Ianya mampu membantu mengeluarkan sisa makanan. malah meningkatkan air liur bagi mengelakkan nafas berbau


3. Bekalan Air

  • Minumlah air sebanyak 2 liter atau 6-8 gelas sehari untuk menjaga badan kita dari dehidrasi dan sistem penghadaman. Selain itu, minum air dalam jumlah yang cukup juga boleh menyihatkan jantung, merawat kecantikan kulit dan badan akan lebih segar.
  • Caranya - Bawalah bekalan air sebaiknya air mineral setiap kali keluar rumah. Buah-buahan dan sayuran juga mengandungi banyak air dan ia boleh mengantikan cairan dalam badan yang hilang


4. Sayangi Tulang

  • Tulang berperanan sebagai penyokong organ dalaman badan. Tanpa tulang, kita akan sukar untuk bergerak dan berdiri tegak.
  • Caranya - Ambillah makanan yang mengandungi kalsium 1200mg sehari. Selain susu yang mengandungi kalsium tinggi, ambil juga makanan lain seperti ikan bilis, brokoli atau soya.


5. Lena Diulit Mimpi

  • Tidurlah dengan cukup sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Kurang tidur akan membuatkan kita tidak bermaya sepanjang hari, hilang tumpuan dan hipertensi yang seterusnya akan meningkatkan risiko jantung dan strok.
  • Caranya - Senaman boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Kita boleh bersenam 5 jam sebelum tidur atau gerakan yoga selama 20-30 minit supaya aliran darah menjadi lebih lancar.


6. Kira Pengambilan Sayur dan Buah

  • Makan sayur dan buah-buahan sebanyak 25-30g per hari sudah cukup untuk membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko masalah mata, penghadaman dan mencegah kanser.
  • Caranya - Sediakan buah-buahan dan syur untu di jadikan salad dalam peti ais rumah kita. Minumlah segelas jus buah segar atau satu hidangan buah untuk sarapan, snek atau makan malam. Pastikan juga menyediakan sayur dan buah dalam pelbagai warna untuk di nikmati.


7. Jelingan Pada Isi Pinggan

  • Jangan lupa untuk mengambil dua hidangan ikan setiap minggu atau pengambilan minyak ikan untuk kesihatan sendi. Omega 3 yang ada pada ikan boleh mengelakkan risiko penyakit jantung dan baik untuk mata.
  • Caranya - Makanlah ikan seperti salmon, tuna, sardin, tongkol dan patin. Malah, Omega 3 juga boleh di dapati dari sayuran hijau, kentang dan soya.


8. Sentiasa Bergerak

  • Semakin kita bertambah usia, semakin kurang massa otot kita. Keadaan ini terjadi kerana sel otot telah bertukar menjadi sel lemak.
  • Caranya - Sambil memasak di dapur, kita boleh melakukan latihan untuk meningkatkan metabolisme dan menguatkan otot badan. Contohnya, push up dengan meletakkan tangan pada meja makan.


9. Kekalkan Berat Badan Ideal

  • Berat badan adaah Indek Massa Tubuh (BMI) antara 18.5-22.9kg/m2. Jika indek badan kita kurang dari ini, kita dikategorikan kurang gizi dan jika lebih dari 25kg/m2, kita termasuk dalam kategori terlebih berat badan.
  • Caranya - Cubalah untuk mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5-10%. Ini boleh membantu kita menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah dan menstabilkan gula darah.


10. Jaga Keseimbangan Badan

  • Jika kita kurang berlatih dan bersenam, keseimbangan badan kita akan cepat hilang. Jadi, senaman yoga atau tai chi dapat membantu menjaga keseimbangan badan.
  • Caranya - Amalkan dengan cara mengosok gigi setiap hari dengan berdiri sebelah kaki. Jaga keseimbangan agar kita tidak jatuh dan lakukan gerakan sama dengan memejamkan mata.


Selamat mencuba! 


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

No comments: