06 December 2014

APAKAH PRESEPSI BAHAGIA ANDA | BENARKAH WANG RINGGIT & PRESTASI PENGUKUR KEBAHAGIAN?

Bahagia, tidak semestinya perlu berpasangan... Kadang-kala bahagia juga boleh diraih walaupun hanya bersendiri.. Jika bahagia hadir dari dalam, dengan siapa atau walau dimana kita berada, ia tetap terpancar dimuka. Namun begitu, adakah kita tahu yang bahagia juga ada mitosnya??? 

Benarkan wang ringgit dan prestasi pengukur kebahagian?
Presepsi Bahagia saya.. Presepsi bahagia anda?


5 Mitos Bahagia yang sering disebut-sebut, tetapi faktanya sering tidak tepat yang perlu kita PERBAIKI..

Mitos 1 : BAHAGIA BERGANTUNG PADA LUARAN

Ramai yang menganggap yang mustahil untuk mereka merasa bahagia jika kerjaya, perhubungan dan kehidupan sosial mereka rdak memberangsangkan.. Tapi tahukah kita yang satu kajian telah mencatatkan 10% sahaja kebahagiaan jangka panjang berpunca daripada dunia luar... Manakala 90% lagi bergantung kepada bagaimana kita memproses keadaan yang kita alami. Kesimpulannya, jika kita tidak mampu mengubah keadaan diri kita, kita boleh berusaha untuk mengubah cara kita menerimanya.

Mitos 2 : KEBAHAGIAAN TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT

Merujuk pada satu kajian, membelanjakan wang untuk merasai pengalaman (bercuti) berbanding membeli barang seperti baju baru sangat berkait rapat dengan kebahagian. Bahkan menggunakan wang untuk akiviti seperti menderma, membeli bunga untuk ibu dan sebagainya turut merangsang kebahagiaan. Jadi siapa kata wang tidak bleh membeli bahagia??

Mitos 3 : BAHAGIA SEBAIK SAHAJA IMPIAN TERLAKSANA

Kita firkir kita akan bahagia sebaik sahaja berjaya membeli rumah dan kereta idaman?? Fikirkan semula.... Setiap kali kita berjaya mencapai impian, fikiran akan mula mencari-cari impian baru untuk digapai. Ini membuatkan kebahagian kita tidak abadi kerana kita perlu menetapkan sasaran baru setiap kali sasaran lama berjaya dilaksanakan... Oleh itu, fokuslah impian untuk melakukan perkara yang positif daripada menyeka diri mencapai impian yang tidak putus-putus.

Mitos 4 : KEBAHAGIAN TIDAK BERMAKNA UNTUK PRESTASIMU

Kita sering menyangka kebahagiaan idak ada kaitan dengan prestasi. Namun, sedarkah kita yang kebahagiaan sebenarnya satu kelebihan khususna ketika kita berada dibangku sekolah, di lapangan sukan mahupun tempat kerja. Penyelidik telah membuktikan bahawa jurujual ang bahagia mempunyai tahap jualan yang tinggi dan ahli sukan yang positif mudah bangkit dari kegagalan dengan mudah. Otak akan berfungsi dengan baik apabila kita bersikap positif

Mitos 5 : KAWAN YANG NEGATIF KAN MENGHANCURKAN DIRIMU

Kita mungkin menganggap yang sifat negatif mereka akan mempengaruhi kita... Tetapi tidakkah kita sedar yang sifat positif yang ada pada diri kita juga mampu mempengaruhi mereka?? Oleh itu tidak ada sebab kita menjauhi mereka.. Sifat POSITIF dan NEGATIF itu mudah berjangkit... Namun mereka yaang mempunyai personaliti lebih dominan tidak kira lisan mahupun perbuatan, akan lebuh mudah mempengaruhi pihak yang satu lagi.


Bagi saya, presepsi bahagia saya ialah kesihatan saya sekeluarga... Jika diri ini sihat dan keluarga serta rakan-rakan saya sihat... Maka, bahagialah saya... Persepsi bahagia yang mudah dan tidak perlu untuk dirumitkan... Setiap orang ada presepsi masing-masing dan ianya bergantung pada diri kita sendiri.. Yang inginkan kehagiaan itu diri kita bukan diri orang lain ye tak... Bukan wang ringgit, bukan pangkat yang beri saya bahagia.. Tetapi dengannya saya boleh bahagia


Sekiranya anda memerlukan sebarang khidmat nasihat tentang produk Shaklee, ingin mencuba dan mendapatkan produk Shaklee, ingin menjadi ahli Shaklee, ingin menambah pendapatan dengan Shaklee, bolehlah menghubungi saya Hasmiah @ Mia melalui SMS/WhatsApp 014-6737104 atau email ke hasmiah79@gmail.com. Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee di Kota Kinabalu, Sabah. Penghantaran PERCUMA seluruh Kota Kinabalu hanya untuk anda! 


With Love, 
MamaMia

No comments: